Friday, May 10, 2019

PILIHAN MENU IKAN UNTUK BERBUKA

ASSALAMUALAIKUM...
PILIHAN MENU IKAN UNTUK BERBUKA | Bila sampai bulan puasa jer,suri rumah adalah orang yang paling sibuk mencari menu dan resipi untuk dimasak buat juadah berbuka puasa..mama pun kekadang macam tu juga,pening memikirkan apalah menu untuk berbuka dan bersahur..kekadang tu mama akan terus menyediakan juadah berbuka dan untuk bersahur sekali gus terus...bila nak bersahur tu just panaskan jer dalam microwave untuk menu yang kering dan yang berkuah tu panaskan jer atas dapur senang kerja mamakan..

Kat bawah ni ada beberapa menu ikan yang biasa mama masak untuk bulan puasa atau pada hari biasa juga...semuanya menu simple dan biasa jee...pada korang yang tak tahu nak masak menu apa untuk berbuka nanti bolehlah mencuba salah satu menu simple mama yang ada di sini yer...mama just senaraikan nama menu dan kliklah menu resipi tu untuk ke link blog mama bagi melihat resipi simplenya yer...ada yang tak ada link pun just letak gambar jer kat sini...jomlah kita tengok apa menu yang sesuai untuk petang ni nanti...


IKAN KEMBUNG GORENG KICAP

LEMAK IKAN MASIN TALANG DENGAN NENAS




PINDANG IKAN SELAR


IKAN KEMBUNG GORENG MASAK LEMAK KACANG PANJANG




IKAN CENCARU BAKAR SUMBAT SAMBAL

ASAM PEDAS IKAN KISI

LEMAK IKAN TENGGIRI BERNENAS

ASAM PEDAS KEPALA IKAN MAYONG

ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI BERBENDI















Okay korang ! memasak sambil berselawat yer...moga apa menu yang korang hidangkan nanti akan memberikan seribu senyuman buat keluarga yer... selamat berpuasa dan berbuka puasa yer...

p/s sendiri pun tak tahu nak masak apa petang ni...

1 comment:

  1. wah banyak nya menu. anak2 saya memang suka makan ikan. kadang sampai blur jugak nak masak apa. hehehehe

    ReplyDelete