ASSALAMUALAIKUM...
MAJLIS HARI LAHIR SIMPLE UNTUK CUCUNDA | Terlupa pulak nak update majlis kecik besday cucunda Darling mama ni...besday si comel ni jatuh pada 1 Mei yang lepas dan kebetulan semuanya bercuti dan masih belum berpuasa lagi, tu yang dapat juga buatkan majlis kecil-kecilan untuk si Darling grandma ni...

Inilah dia bornday girl grandma yang tomey...puji cucunda sendiri kan...kalau grandma tak puji sape lagi kan Darling...ala-ala princess la Darling ni,tu yang geram sangat...genap setahun dah usianya budak ajaib dan paling kerap mama Darling keluar masuk hospital semasa mengandungkan si kecik ni...

Posing jap dengan si Princess Darling grandma ni...nama sebenar Nur Darleena Zalikha tapi dah terbiasa panggil nama gelaran "Darling" jer,tu yang senang dan mudah...mesti lekat nama tu,sampai besar la nanti...

Seronok Darling bila setiap tahun nanti sambut hari lahir jatuh pada hari cuti umum...satu family dapat sambut besday bersama-sama...memang jadi semakin meriah lagi la sebab hari lahir mama Darling dan Cuneynya berdekatan saja tarikhnya...mungkin tahun depan boleh sambut besday sekali kesemuanya..
Selamat Hari Lahir Nur Darleena Zalikha !
Semoga panjang umur,murah rezeki,terus membesar menjadi anak solehah,berjaya dalam apa jua yang dihajati dan sentiasa diberkati di dunia dan akhirat aamiin...
p/s sekejap jer dah setahun usianya...
2 Comments
alhamdullilah
ReplyDeleteSemoga menjadi kebanggaan keluarga...
ReplyDeletePost a Comment