Assalamualaikum...
Dah malas rupa-rupanya mama ni nak update blog...nak menaip pun bercinta jer rasanya...bukan apanya bila dah uruskan budak kecik 2 orang ni memang leka la memanjang...dapat kemas dan masak tu dah kira bagus juga la...bila dah tidur kedua-duanya baru la dapat duduk dengan senang untuk menaip...tapi nak taip entri ni pun kena cepat-cepat bila dah bangun kedua-duanya nanti ! ada saja benda yang perlu dilakukan...okay la kita lihat resepi mama kali ni yer..
bahan-bahan yang perlu ada dah tentulah ikan...tak kira la ikan apa pun semuanya boleh dibuat rendang...bahan-bahannya lebih kurang macam nak buat rendang daging atau ayam juga...
Bahannya: ikan,cili api/cili blander,kunyit,halia bawang besar,bawang putih,santan,kerisik,daun kunyit n serai..
Cara nak masak: blander semuanya cili api/cili kering,kunyit,bawang,serai,bawang putih,halia...selepas tu tumiskan bahan yang dah diblender ke dalam kuali..biarkan bahan tu garing dan kering sedikit kemudian baru masukkan santan biarkan santan masak sekejap n selepas tu barulah masukkan ikan dan masak sehingga kering sedikit..akhir sekali masukkan kerisik dan daun kunyit/ daun limau...akhirnya rendang ikan siap untuk dihidangkan bersama nasi panas....
petua dapur...kalau ikan yang lembut tu eloklah dimasukkan akhir sekali takut isi ikan hancur kalau dimasukkan awal-awal...
p/s dah stop dulu.. dua budak kecik ni dah bangun nak mandikan...
16 Comments
Wahh.. sedap.. buat hidangan makan malam pun sgt2 menyelerakan ni.. best.. :)
ReplyDeletethanks for sharing mama, bolehlah cuba nanti ni...
ReplyDeleteAssalam... mama, saya datang BW... dan tertarik dengan entri ni... Saya baru tahu boleh buat rendang ikan... nampak best jer... nak kena cuba ni... Tapi tak pernah masak macam ni... apa maksud mama tunggu santan masak (macamana nak tau tu? tanda-tanda? atau rupa dia camana?)
ReplyDeleteassalam wafa...mekacih singgah sini...kalau suka boleh la cuba yer....oh tentang santan masak tu kiranya mcm dah mendidih la tapi sekejap dan ianya masih x mengeluarkn minyak lg....:)
Deletejangan tunggu dia kuar minyak ek.. ok faham...
Deleteikan cencaru murah sekarang kat sini... boleh nak cuba jugak :D
nampak sedap je mama. kalau peminat rendang ni, mesti suka. macam kite ni, rendang kureng sikit. hehee :D
ReplyDeletep/s : untuk beg tuu insyaallah boleh. hehhee :D
nanti kite bincang lah nak tali yg macam mana tuu, nak fabrik yg mana. saiz hp tuu. hehee nanti malam sikit ke kite pm mama ye utk lebih lanjut.
assalam ct....mekacih yer...:)
Deletetentang beg tu okay...:)
mcm sedap je kna try nanti hehe
ReplyDeletesalam mama,selalunya dengar rendang ayam atau daging je..by the way..thanks mama sharing resepi nie..mana tau boleh mencuba nanti..
ReplyDeleterendang ikan?pertama kali dengar..nanti boleh ler cuba =)
ReplyDeleteWahh ..Kena cuba nie ..Lya pon tak penah mkn rendang ikan
ReplyDeleteBiasa rendang ayam atau dging jer selalu mkn..
Insyaallah ada masa nanti Lya cuba ..Tq mama
saya pernah juga jadi tukang masak dulu. tapi ni 1st time saya dengar rendang ikan. menarik ni. terime kasih mama..
ReplyDeletewaaaaaaa.. sedappp.. :)
ReplyDeleteBelum lg pernah buat rendang ikan atau mkn :)
ReplyDeletepatut la mama dah makin jarang update blog. sibuk menguruskan 2 org si comel tu rupanya.
ReplyDeletesedapnya.. xpernah masak rendang guna ikan neh..biasanya guna ayam ataupun daging je
ReplyDeletePost a Comment