Thursday, February 11, 2021

CLOROX DAN MERCY MALAYSIA SEDIAKAN KIT KEBERSIHAN KEPADA RIBUAN MANGSA BANJIR DI JOHOR

 ASSALAMUALAIKUM....

Clorox dan MERCY Malaysia Sediakan Kit Kebersihan kepada Ribuan Mangsa Banjir di Johor

 Lebih daripada 40,000 rakyat Malaysia di tujuh negeri terpaksa dipindahkan dari rumah mereka sejak sebulan lalu kerana banjir yang melanda, diperburukkan lagi dengan fenomena cuaca La Ninā.


Apabila air banjir surut, mangsa yang pulang ke rumah mereka memerlukan bantuan untuk mulakan kehidupan semula.

Muhammad Hapis Jamil (kanan), wakil dari MERCY Malaysia menyerahkan kit kebersihan dari Clorox kepada Ahmad Raepi Bin Haji Jalil dari Pertubuhan Kebajikan Dan Kesejahteraan Komuniti Kulai #PEDULI KULAI untuk kegunaan mangsa banjir

Clorox Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan menyokong usaha bantuan banjir MERCY Malaysia dengan menyediakan lebih 4,000 unit produk pembersih dan pembasmi kuman untuk digunakan sebagai sebahagian daripada peralatan kebersihan bagi memudahkan proses pembersihan rumah mangsa banjir.


MERCY Malaysia akan mengedarkan kit kebersihan yang merangkumi Clorox Bleach Original dan Clorox Expert Disinfecting Wipes untuk membersihkan rumah mereka sebelum dapat didiami semula. Kawasan yang dilanda banjir teruk adalah Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu.


Mangsa banjir menerima Kit Kebersihan dari Clorox dan MERCY Malaysia

Pembersihan dan pembasmian kuman adalah sangat penting terutama selepas banjir kerana air banjir boleh menimbulkan risiko penyakit berjangkit seperti leptospirosis atau kencing tikus, kolera, demam kepialu dan Hepatitis A.

Clorox Bleach Original 

“Daerah-daerah yang dilanda banjir teruk memerlukan Air, Sanitasi dan Kebersihan (WASH) dengan segera. Keperluan ini meningkat akibat wabak Covid-19 yang berterusan. Kebersihan dan sanitasi yang baik adalah sangat penting untuk mematuhi SOP. Kami ucapkan terima kasih kepada Clorox Malaysia kerana telah memberikan sumbangan produk pembasmi kuman yang menjadi asas alat kebersihan untuk mangsa banjir yang pulang ke rumah mereka,” kata Pemangku Pengarah Eksekutif MERCY Malaysia, Zuraidah binti Mian

Clorox Expert Disinfect Wipes Flow Packs

"Kami berasa rendah diri melihat usaha MERCY Malaysia memberi bantuan kepada mangsa banjir, dan ingin turut serta menyokong usaha mereka kerana keperluan mendesak," kata Pengarah Jualan & Pemasaran Clorox Asia Tenggara, Paulo M. Lao. "Kami berasa gembira kerana produk pembersih dan pembasmi kuman kami dapat membantu membersihkan rumah-rumah secara berkesan untuk persekitaran yang selamat kerana Clorox percaya bahawa kebersihan adalah penting."


Pengarah Jualan & Pemasaran Clorox Asia Tenggara, Paulo M. Lao

Dapatkan lebih maklumat mengenai bahan pembersih, aktiviti dan banyak lagi dari laman web Clorox Malaysia di https://www.cloroxmalaysia.com atau ikuti halaman media sosial Clorox Malaysia di https://www.facebook.com/CloroxMalaysia/ dan

https://www .instagram.com/cloroxmalaysia/

 

Mereka yang ingin menyokong Misi Bantuan Banjir MERCY Malaysia sebagai sukarelawan boleh mendaftar di https://www.mercy.org.my/volunteer/

 

  • Tamat  -

 

Mengenai The Clorox Company

The Clorox Company (NYSE: CLX) adalah syarikat pengeluaran dan pemasaran produk pengguna dan profesional multinasional yang terkemuka dengan mempunyai kira-kira 8,800 pekerja di seluruh dunia dan penjualan bersih sebanyak $6.2 bilion bagi tahun fiskal 2019. Clorox adalah penandatangan United Nations Global Compact dan Ellen MacArthur Foundation's New Plastics Economy Global Commitment. Syarikat ini telah diiktiraf secara meluas atas usaha tanggungjawab korporatnya, termasuk CR Magazine's 2019 100 Best Corporate Citizens list, Barron's 2020 100 Most Sustainable Companies, the Human Rights Campaign's 2020 Corporate Equality Index dan the 2019 Bloomberg Gender Equality Index, antara lain. Sebagai sokongan komunitinyaThe Clorox Company dan yayasannya menyumbang kira-kira $12 juta dalam gabungan berbentuk geran tunai, sumbangan produk dan pemasaran untuk tahun fiskal 2019. Untuk maklumat lebih lanjut, lawati TheCloroxCompany.com, termasuk blog Good Growth, dan ikuti syarikat tersebut di Twitter di @CloroxCo.

 

Mengenai MERCY MALAYSIA

MERCY Malaysia adalah sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berfokus untuk memberikan bantuan perubatan, pembangunan berkaitan kesihatan yang berpanjangan dan aktiviti pengurangan risiko bagi masyarakat yang kurang bernasib baik dalam situasi krisis ataupun bukan. MERCY Malaysia menyedari nilai bekerjasama dengan rakan kongsi dan sukarelawan serta memberi peluang kepada individu untuk berkhidmat dengan profesionalisme. Kami menjunjung Kod Tingkah Laku untuk Pergerakan Palang Merah Internasional dan Bulan Sabit Merah dan juga NGO dalam Bantuan Bencana dan bertanggungjawab kepada penderma dan penerima bantuan. Sebagai sebuah organisasi NGO, MERCY Malaysia hanya bergantung pada dana dan sumbangan dari organisasi dan individu yang dermawan untuk meneruskan perkhidmatan kami untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada penerima. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.mercy.org.my

 

Saturday, January 02, 2021

GOOD BYE 2020 AND WELCOME 2021

 ASSALAMUALAIKUM...


FORGIVE AND FORGET WHAT HAD HAPPENED IN THE PERVIOUS YEAR.

START ANEW WITH ALL THE VGOR AND ENTHUSIASM IN 2021. 

GOODBYE 2020 AND WELCOME 2021 


Thursday, December 31, 2020

PENGAKHIRAN TAHUN 2020 YANG PENUH DUGAAN DAN CABARAN

ASSALAMUALAIKUM... 

   Ya Allah !!! lamanya tak munculkan diri di laman social blog ni,masih ada ke yang mengingati blogger sendu macam mama ni,rasanya hampir setahun jugalah blog mama ni ditinggalkan sepi..dah macam kekok pulak nak menaip entri panjang lebar ni..Blog lama terbiar sepi manakala tuan punya blog pun dah semakin meninggi usianya jadi kekuatan nak penuhi naluri rasa menaip cerita diblog ni jadi sepi jer...hanya masa dan keadaan yang akan menentukan ke mana arah blog ni akan pergi,sama ada ianya akan ditutup atau dibiarkan begitu saja dalam situasi yang menyediahkan macam tuannya juga...tahun ni memang macam-macam musibah hadir dalam diri tapi kelangsungan hidup juga haruslah diteruskan agar ianya tidak memberikan impak yang negatif pada diri mama ni...anak-anak,menantu dan cucundalah tempat untuk mama mengadu kasih dan semua masalah buat masa sekarang ni,memandangkan hubby pun memang dah tak larat untuk bekerja lagi disebabkan masalah kesihatannya...doa-doakanlah mama dan hubby diberikan anugerah kesihatan diri dan mampu melalui aktiviti kehidupan seperti biasa...

Tahun 2020 yang bakal kita tinggalkan beberapa hari lagi adalah tahun yang penuh dengan dugaan dan cabaran di dalam hidup,macam-macam terjadi dalam tahun ini hanya Allah saja yang Maha Mengetahui apa jua hikmah yang bakal kita tempuhi di masa akan datang..
Tahun 2020 ni semua manusia mengalami situasi agak menyedihkan dimana seluruh dunia mengalami ancaman Virus Covid19 yang boleh memberikan impak yang besar pada dunia dan negara kita...itu masalah yang tak dapat kita hindarkan walau bagaimana pun kawalan dan jagaan diri perlu untuk mengelakkan sebarang masalah pada kita juga keluarga kita...tahun 2020 ini juga mama dan family tak terkecuali mengalami impak yang besar..hanya pada Allah mama berserah moga segala masalah dan dugaan ini dapat ditempuhi dengan rahmat dan petunjuk dari Allah...hanya mampu menadah tangan berdoa agar segala dugaan yang diberikan ini diberikan hikmah yang indah dikemudian hari nanti...

Pada kawan-kawan yang masih lagi berblog tu teruskanlah,moga apa jua yang korang lakukan akan terus membuahkan hasilnya nanti...Bagi mama biarlah keadaan yang menentukan arah blog mama ni...moga kawan-kawan terus berjaya dalam dunia blogging ni yer...

p/s in sha Allah jika di panjangkan umur kita pasti bertemu lagi...

Wednesday, December 30, 2020

Iman Troye - Teman (Official Music Video)

ASSALAMUALAIKUM...

TEMAN [ IMAN TROYE ]
Rama-rama hinggap di bunga taman Langitan biru di takluk awan Senangnya bila berdua-duaan Saat berjauh rindu-rinduan Mudah-mudahan ku dipertemukan Dengan Si dia yang ku idamkan Kini aku kesunyi-sepian Berbantal panjang sebagai teman PRE CHORUS Oh~ cinta yang indah mekar Kini gugur bila dibiar Ku tertanya-tanya mengapa hanya sementara CHORUS Aku pilih pilih lagi Pilih pilih hati Puas ku mencari Bergilir-gilir ganti Gilir-gilir janji Yang dimungkiri Ku pilih pilih lagi Pilih pilih hati Puas ku mencari Dan jika kau berkenan Jadikan ku teman (Teman teman teman) Berteman dan meneman Bukan sekadar kawan (Teman teman teman) VERSE 2 Ku timang-menimang dalam fikiran Haruskah ku terus mengimpikan Adakah kita kan berkekalan Mungkinkah kita tak sehaluan BRIDGE Gugur Di biar…. POST CHORUS Dan jika kau berkenan jadikan ku teman mu dan bukan Bukan sekadar kawan Oh bukan... Bukan sekadar kawan


(OST Ryan Aralyn) Danial Zaini - Ku Tak Rela (Official Music Video)

ASSALAMUALAIKUM...

KU TAK RELA - DANIAL ZAINI Song & Lyric: Hadi Rumnan Musnah sudah akhir kisah cinta kita  Tak sangggup ku bayangkan Berat ku melepas dirimu  Ku ikhlaskan engkau pergi  Bersama dirinya kerana orang tuamu Tak ingin kita bersatu  Walaupun sakit sungguh sakit  Hatiku melepaskanmu  Yang tak ku relakan kau tak bahagia Bersama dirinya kau jadi sengsara  Ku yang memujamu Tak pernah Terfikir tuk menyakitimu  Dan aku sesalkan kau bersamanya  Tapi tak bahagia dan penuh kecewa  Ku yang mencintaimu merintih  Menangis rasakan pedihmu KU TAK RELA

Saturday, May 30, 2020

SELAMAT ULANG TAHUN KEPUTERAAN TUNKU PUTERA JOHOR

ASSALAMUALAIKUM...
Selamat Ulang Tahun Keputeraan buat Tunku Putera Johor
Yam Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim

p/s alhamdullilah dah hari raya ke 7 hari ni...

Thursday, May 28, 2020

AMALKAN SURAH AL-FATIHAH SETIAP PAGI APABILA BANGUN TIDUR

ASSALAMUALAIKUM...
AMALKAN SURAH AL-FATIHAH SETIAP PAGI APABILA BANGUN DARI TIDUR | Setiap pagi apabila bangun dari tidur buatlah amalan ini untuk diri kita sendiri...mungkin dah lama kita tak memberi atau membaca surah Al-Fatihah untuk diri kita sendirikan, jadi bermula dari hari ini marilah kita lakukan untuk diri kita sendiri sebelum kita lakukan untuk orang lain...semoga kita semua akan sentiasa diberikan kerahmatan dan keberkatan setiap hari In sha Allah...

p/s syawal ke 5 PKPB ke 73..