Assalamualaikum...
Hari ni mama nak kongsikan resepi Ikan Kerisi Masam Manis...eloklah kalau dimasak untuk dibuat juadah berbuka puasa nanti...lauknya tak berapa pedas dan elok bagi kawan-kawan yang mahu masakan yang kurang pedas...
Bahan-bahan...
ikan kerisi/ ikan kerapu/ikan siakap
sos cili,sos tiram,sos tomato
nenas,tomato,cili merah,daun limau
bawang merah,halia,bawang putih,serai
daun bawang,garam,serbuk perasa
minyak untuk menggoreng
cara-caranya..
1-Daulkan ikan dengan tepung jagung dan kemudian digoreng sehingga garing..angkat tepikan dulu..
2-Potong dadu nenas,tomato,bawang merah,cili merah/cili api..
3-Ambil halia dan bawang putih kemudian dihiris
4-Panaskan minyak dan tumiskan halia,bawang putih dan serai kedalam kuali
5-Masukkan sos tiram,sos tomato dan sos cili ke dalam kuali kalau pekat tambahkan air sedikit...
6-Biarkan sekejap,,lepas tu masukkan garam serbuk perasa secukupnya dan akhir sekali masukkan bahan yang dah di potong dadu tadi ke dalam kuah sos tu..
7-Tuangkan kuah sos itu ke atas ikan kerisi yang telah digoreng tadi dan hiaskan dengan daun bawang...sedap disediakan ketika masih panas...
Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa yer...
5 Comments
Sedapnyerr..arini nad masak ikan pari asam pedas
ReplyDeleteamboilah hai ,sedapnya mama. nsb baik dah brbuka, tkdela terliur sgt. hehe
ReplyDeletenampak sedap..resepi pon macam senang..nnt nak cubalah!tq mama..(^_^)
ReplyDeletesedapnya masak masam manis nih..:)
ReplyDeletegulp. sedapppp nye. boleh try ni. :)
ReplyDeletePost a Comment