ASSALAMUALAIKUM..
Ramai yang nak diet kat rumah mama ni kononnya tak nak guna minyak sangat...sebenarnya memang elok kalau kita nak kurangkan penggunaan minyak ni...jauhi dan kurangkan tahap kolestrol dalam badan..bila tengok channel Astro Go Shop ni buat hati tergerak nak mencuba produk Haier Air Fryer ni...nampak macam bagus jer Air Fryer ni boleh gunakan tanpa minyak..maka terbekenanlah dan terbelilah produk Haier Air Fryer ni...akhirnya sampai juga produk Air Fryer ni depan rumah semalam...


Ni dia produk Haier Air Fryer yang sudah terbeli dari Go Shop tu...harga yang dijual di Go Shop adalah RM279 setelah diskaun kalau tidak harga biasanya adalah RM5++...


Mama beli Air Fryer tu dapatlah percuma 3 bekas mangkuk stainless steel dan peralatan dapur seperti pisau besar dan kecil,gunting dan pisau pengikis kulit buah tu..


Nak mencuba menggunakannya...kena juga praktis kalau tak memang tak tahu macam mana nak menggunakannya nanti...


Video test menggoreng ayam dan nugget pula...


Siap rakam video nak test menggoreng telur semalam menggunakan Air Fryer ni...menjadi juga...


Ni lah hasilnya selepas menggoreng nugget dan ayam goreng frozen ini..belum sempat ambil gambar dah kena cekup kulit ayam tu...rasanya macam kita mengoreng menggunakan minyak juga...


Goreng ikan pun sekata masaknya...memang eloklah kalau ada satu Air Fryer di rumah...lepas ni kalau ada yang nak diet tu bolehlah menggunakan Air Fryer untuk sesi diet yang baik...


p/s soping online...