03 December 2014

# resepi masakan

Resepi Telur Ikan Masak Lemak Cili Api

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Dah lama juga tak makan telur ikan masak lemak ni...selalu digoreng jer jadi hari ni mama nak buat gulai lemak telur ikan ni..jom kita tengok resepi mudahnya di bawah ini...

Bahan-bahannya...
telur ikan,bawang merah
kunyit hidup,cili api
serai,daun kunyit
santan,asam keping,garam,serbuk perasa
kacang panjang (mama x letak sbb x ada stok)

Cara-cara memasaknya...
1-Ambil cili api kalau suka pedas banyakkanlah cili apinya,kunyit hidup,bawang merah
ditumbuk semuanya itu hingga lumat..serai dititik sedikit..
2- Masukkan bahan yang sudah ditumbuk ke dalam periuk bersama santan cair,asam keping dan serai tadi...
3-Biarkan kuah tu mendidih sekejap dan masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya..tambahkan santan pekat kacau perlahan-lahan..
4-Bila kuah dah mendidih masukkan telur ikan ke dalam periuk tadi...masukkan juga daun kunyit dan biarkan telur ikan itu masak sepenuhnya...bila telur ikan dah masak bolehlah ditutup api dapurnya..
5-Menu telur ikan masak lemak cili api siap untuk dihidangkan bersama nasi panas dan lauk pauk yang lain juga...
Selamat mencuba resepi simple ini yer kawan-kawan..

3 comments:

  1. Sedapnyaaaaa telur ikan... suka telur ikan goreng garing mkn dgn nasi panas panas... heeehee

    ReplyDelete
  2. masak lemak mmg sedap..yum3..
    timm xmkn sgt telur ikan beso-beso..tpi mak timm suka betoi..

    ReplyDelete