ASSALAMUALAIKUM...

Resepi Ramadan serta Raya yang Sedap, Cepat & Mudah daripada Ayam Brand™

Ramadan bakal tiba tidak lama lagi dan diikuti oleh sambutan Hari Raya sebulan kemudian. Sahur dan iftar sepanjang Ramadan, diikuti oleh sambutan Eid sememangnya dapat mengumpulkan sanak-saudara dan rakan-taulan untuk menikmati hidangan tradisional, di samping meneroka makanan baru yang enak. Bagi kebanyakan orang, hidangan istimewa adalah yang dimasak di rumah.

Ayam Brand™, terkenal sebagai produk yang sihat, mudah dan bebas bahan pengawet telah menghasilkan lapan resepi menarik. Ini termasuklah hidangan tradisional kegemaran ramai, selain resepi mudah dan cepat yang boleh dibuat oleh sesiapa sahaja. Resepi-resepi ini seimbang dari segi rasanya yang sedap dan pemakanan sihat.
Donburi sardin yang mudah dan sedap bersama nasi lemak hanya menggunakan enam ramuan untuk dihasikan. Masak nasi dengan santan Ayam Brand ™, air, daun pandan dan garam di dalam periuk nasi. Kemudian hidangkan dengan sardin Ayam Brand ™ di dalam minyak zaitun. Siap.
Anda pasti tidak puas makan sebiji bebola nasi perang tuna. Sediakan pada malam sebelumnya dan letakkan di dalam peti sejuk. Masukkan ke dalam oven untuk mencairkan keju dan membuatkan bahagian luarnya garing. Bakar, jangan goreng dan ia sedia untuk dimakan dalam masa hanya 10 minit.
Membuat Kek Ikan Thai mungkin kedengaran sukar, tetapi Ayam Brand ™ menjadikannya lebih mudah. Kisar semua ramuan seperti Ayam Brand™ Tuna di dalam air dan santan sehingga pekat, masukkan daun bawang dan ketumbar, kemudian buat bentuk bujur dan masukkan ke dalam peti ais.Selepas siap, layurkan dengan minyak masak kelapa Ayam Brand™.
Udang Masak Kunyit ialah masakan yang menjadi kegemaran banyak keluarga. Versi Ayam Brand dihasilkan dengan menggorengnya bersama rempah-ratus, pada masa yang sama mengekalkan rasanya yang sedap berkrim. Hanya memerlukan masa selama 15 minit untuk disediakan, hidangkan bersama nasi atau roti pita.


Roti Jala dengan Sardin akan memberikan rasa sedap sebagai sebahagian daripada hidangan Hari Raya anda. Manakala Coconut Cornflake Cookie dan Kuih Talam pula pasti memuaskan hati mereka yang gemarkan makanan manis.
Bagi puding roti dan keju tradisonal sempena Ramadan dan Raya pula, apa kata ubah resepi itu dengan Ayam Brand™ Coconut Milk dan kurma?

Boleh disediakan dan dibakar dalam masa 25 minit, ia sangat enak apabila dihidangkan bersama ais krim atau sos coklat. 

Rangkaian lengkap produk Ayam Brand yang sihat dan mudah boleh didapati di kedai runcit di seluruh negara. Sila layari laman web http://www.ayambrand.com.my/recipes-video untuk mendapatkan lebih banyak resepi Ramadan dan Hari Raya.

-T A M A T-

Mengenai Ayam Brand

Ayam Brand™ merupakan jenama isi rumah tersohor di Asia Tenggara sejak 126 tahun yang lalu yang terkenal dengan barisan meluas makanan bertin yang berkualiti tinggi; tiada bahan pengawet; tiada MSG serta amat mudah digunakan. Produk-produk Ayam Brand dihasilkan di fasiliti canggih yang  mendapat piawaian tertinggi dunia (HACCP, ISO 9001)  serta disahkan ‘Halal’. Selama empat tahun berturut-turut bermula 2013 hingga 2016, Ayam Brand telah dinobatkan sebagai antara lima jenama makanan terbaik dan paling digemari serta antara 10 jenama FMCG paling diminati oleh rakyat  Malaysia seperti yang tercatat dalam kajian Kantar Worldpanel’s Brand Footprint Study.

Layari pautan www.ayambrand.com.my atau sertai Facebook Ayam Brand-World of Recipes.

 Untuk pertanyaan media :-
Retna Vijayan
About Communication Sdn Bhd
Tel: 03.8075.6000  Mobile: 012.639.8443
Siew Kim
About Communication Sdn Bhd
Tel: 03.8075.6000  Mobile: 016.665.4619