SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Asam pedas ikan mayong...orang Johor ni memang tak lepas dari menu asam pedasnya ni...begitu juga mama mesti ada saja menu asam pedasnya...memang tak jemu kalau pekena asam pedas hari-hari...hari ni mama nak kongsikan resepi asam pedas ikan mayong ini buat kawan-kawan semua...pada kawan-kawan yang ingin mencuba bolehlah mencuba resepi ini yer...jom kita ke dapur semua...

Bahan-bahan yang diperlukan...
ikan mayong
cili kisar * cili kering,bawang besar,bawang putih,belacan)
kunyit basah,halia.lada hitam
daun kesum,minyak,asam jawa
garam dan serbuk perasa

Cara-cara memasaknya...
1- Basuh ikan mayong dan rendamkan dalam air asam jawa utk hilangkan bau hanyirnya...
2-Blender cili kering bersama bahan-bahan kat atas tu * yer...
3-Ambil kunyit hidup,halia dan lada hitam ditumbuk lumat..kalau tak suka lada hitam hancur sangat tumbuk selepas halia dan kunyit lumat dahulu....
4-Panaskan minyak dan tumiskan cili kisar bersama bahan-bahan yang telah ditumbuk lumat tadi...
5-Biarkan cili masak,terbit minyak dan garing...bila dah garing masukkan air asam jawa ke dalamnya...
6-Biarkan kuah mendidih dahulu kemudian masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya...toskan ikan yang telah direndam tadi dan masukkan ke dalam kuah...masukkan sekali daun kesum...
7-Biarkan kuah asam pedas mendidih dan sehingga ikan masak...bila dah masak bolehlah tutup api dan asam pedas ikan mayong bolehlah dihidangkan bersama nasi panas dan lauk-lauk yang lain juga...selamat mencuba...