Friday, February 28, 2020

LAYANKAN CUCUNDA KECIK NI SIBUK NAK BERSELFIE

ASSALAMUALAIKUM...
LAYANKAN CUCUNDA KECIK NI SIBUK NAK BERSELFIE | Selamat pagi semua ! salam pagi Jumaat yang ceria..moga kawan-kawan semua yang masih sudi singgah ke blog mama ni diberikan kesihatan yang baik selalu...pagi ni mama akan ke Batu Pahat menemani kakak yang berusaha untuk memulihkan kesihatan abang ipar mama...berusaha berubat cara tradisional dulu sebelum membuat pembedahan di hospital...okaylah nanti mama cerita lagi kisah abang ipar mama yang sakit ni yer...pagi ni nak cite kisah cucunda mama yang kecik ni...
Pagi-pagi cucunda dah sampai ke rumah mama ni...sampai jer dah bagitahu atok yang dia lawa sebab pakai tudung...bila atok dan grandma puji jer lagilah seronok dia,pastu suruh atok ambil gambar jadi terpaksalah atok melayan cucundanya berselfie...
Tengoklah tu bukan main lagi sibuk berselfie dengan atok...bila dah berselfie tu barulah puas hati dapat ambil gambar dia bertudung...atok pun seronok la dapat melayan cucundanya yang datang ke rumah...sayang sangat dengan cucunda-cucunda atok dan grandma ni...moga membesar menjadi cucunda yang solehah...

p/s dah gerak ke Batu Pahat...


Thursday, February 27, 2020

MAAF - ADIRA SUHAIMI (OST MAAF TAK INDAH)

ASSALAMUALAIKUM...
MAAF ( ADIRA SUHAIMI)

Di sebalik wajah mu itu
Ada rasa yang meragui diriku
Aku perlu keyakinan mu
Kerna sekali ku tak berdusta

Sedangkan aku cuba
Menuruti kemahuaan mu
Maaf yang tak mungkin indah
Andai hati mula berubah
Maaf yang tak mungkin indah
Jika kita mengalah hancur segala
Bahgia
Adakah ku bersalah denganmu
Hingga cinta semakin menjauh
Aku rindu kehadiranmu
Seperti dibuai lenakan sepiku
 Sedangkan aku cuba
Menuruti kemahuaan mu
Maaf yang tak mungkin indah
Andai hati mula berubah
Maaf yang tak mungki indah
Jika kita mengalah hancur segala 
Biarlah waktu akan jadi penentu segala
Aku dan diri mu tetapkan menyatu
Jiwaku yang menagih kasihmu




Wednesday, February 26, 2020

ANTABAX PERKENAL KEMPEN TANGAN BERSIH HIDUP SIHAT

ASSALAMUALAIKUM...
Antabax Perkenal Kempen Tangan Bersih Hidup Sihat
Antabax telah menjalin kerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan untuk melancarkan kempen Tangan Bersih Hidup Sihat. Ia bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid-murid sekolah untuk mengurangkan risiko jangkitan penyakit berjangkit seperti novel Covid-19 dan Inflenza di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3) hari ini.

Kempen Tangan Bersih Hidup Sihat yang dibangunkan oleh Antabax memudahkan pemahaman mengenai kesihatan menerusi penceritaan, visual berwarna-warni, lagu dan pergerakan tarian yang membantu kanak-kanak mengenal pasti tanda-tanda serta simptom penyakit-penyakit berjangkit yang biasa. Mereka juga diajar tentang langkah pencegahan yang mampu mengurangkan risiko jangkitan dan penyebaran penyakit berjangkit. Selain apa yang perlu dilakukan jika mereka atau rakan-rakan yang lain rasa kurang sihat.
Tuan Haji Hishammudin Ahmad (Light brown suit), Pengetua Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3) receiving Antabax contribution for ‘Tangan Bersih, Hidup Sihat’ Campaign from Mr Francis Ng, Senior General Manager

Di peringkat global, peringkat pertama menghalang daripada jangkitan penyakit seperti Covid-19 dan Influenza A adalah dengan kerap membasuh tangan mengunakan sabun atau pembersih tangan berasaskan alkohol jika tangan tidak nampak kotor[1]. Langkah itu bagi membunuh kuman yang ada di atas permukaan tangan dan mengelak daripada ia dipindahkan ke bahagian muka, mulut atau hidung di mana kuman boleh masuk ke dalam sistem pernafasan dengan mudah.

“Membasuh tangan adalah langkah pencegahan penting yang perlu diamalkan oleh orang ramai sekarang. Melalui Kempen Tangan Bersih Hidup Sihat ini, kami harap kanak-kanak akan tahu tentang pentingnya membasuh tangan serta amalan-amalan asas kebersihan yang lain. Ini kerana ia dapat membantu mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit,” kata Encik Azman Ab Rashid, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
More than 300 students and teachers from Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3) participated in the Tangan Bersih, Hidup Sihat Campaign. 

Lebih 300 murid dan guru dari SK Presint 11 (3) Putrajaya mengambil bahagian dalam kempen kesihatan ini. Mereka belajar tentang asas kempen Tangan Bersih Hidup Sihat yang dijalankan oleh pasukan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya.

Antabax, satu jenama sabun buku, pencuci tangan, buih mandian, pembersih tangan dan pengelap halal buatan Malaysia sentiasa aktif dalam memberi kesedaran mengenai kesihatan di negara ini selama lebih sedekad.

“Daripada pelbagai kempen, kami telah membangunkan kandungan yang membolehkan kanak-kanak faham, ingat dan mengamalkan tabiat yang membantu mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit.
Dr. Siti Rafhanah Saponit, Medical Officer of Infectious Diseases, Putrajaya Health Department, going through the correct hand washing techniques with students from Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3) during Antabax Tangan Bersih, Hidup Sihat Campaign.

“Kami juga menyumbang produk Antabax supaya mereka mempunyai barangan keperluan kebersihan di tangan dan di rumah. Sudah terbukti bahawa Tangan Bersih Hidup Sihat. Jadi, basuh tangan anda dengan kerap dan betul untuk mengurangkan jangkitan penyakit berjangkit menggunakan sabun dan pembersih tangan Antabax atau jenama lain. Apa yang penting adalah memastikan tangan anda sentiasa bersih,” kata Pengurus Besar Kanan Antabax, Francis Ng.

Pn Nur Hakimah binti Roslan, guru dari SK Presint 11(3) Putrajaya memberitahu kempen Tangan Bersih Hidup Sihat diterima baik oleh murid-murid kerana ia menggunakan ilustrasi, lagu dan permainan yang mudah difahami. Ia sememangnya dapat menyampaikan mesej penting iaitu Tangan Bersih Hidup Sihat.

Dengan adanya pasukan daripada Kementerian Kesihatan yang menunjukkan langkah-langkah kebersihan menyedarkan murid-murid ini tentang betapa seriusnya penyakit berjangkit seperti influenza. Manakala penceritaan oleh Antabax membantu mereka mengingati langkah-langkah tersebut dengan lebih baik,” katanya

“Saya kini tahu bagaimana untuk membasuh tangan dengan betul, menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk, berada dalam jarak yang selamat dari mereka yang sakit, selain memberitahu orang lain jika saya ada simptom inflenza. Tangan Bersih Hidup Sihat,” kata Zuhaira, pelajar dari Sekolah Kebangsaan Presint 11(3) Putrajaya.

Jadilah sebahagian daripada komuniti dan ketahui lebih lanjut tentang kempen dan inisiatif terkini dengan mengunjungi laman Facebook rasmi Antabax www.fb.com/NewAntabax atau @antabax on Instagram.


Tuesday, February 18, 2020

AL-FATIHAH BUAT ARWAH ASHRAF SINCLAIR

ASSALAMUALAIKUM...
AL-FATIHAH BUAT ARWAH ASHRAF SINCLAIR | Minggu lepas kita baru dikejutkan dengan berita kematian pelawak Abam Bocey dan hari ni pula dapat berita tentang kematian pelakon Ashraf Sinclair pula...Suami kepada pelakon dari Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari ini diberitahu telah mengalami serangan jantung.

Allahuakbar mati itu pasti cuma sudah bersediakah kita untuk ke alam sana..semoga arwah ditempatkan di dalam golongan orang-orang beriman aamiin.
Innalilahiwainnailaihirojiun....
Al-Fatihah buat Ashraf Daniel Mohammed Sinclair atau Ashraf Sinclair.
Aamiin

Monday, February 17, 2020

SARAPAN PAGI MINGGU BUKAN PAGI ISNIN

ASSALAMUALAIKUM...
SARAPAN PAGI MINGGU BUKAN PAGI ISNIN | Cerita semalam hari ni baru mama nak up kan...pagi ni belum lagi sarapan cuma minum air jer dulu...
Semalam lepas balik hantar anak pergi kerja singgah sarapan jap kat cafe atau gerai kat Klinik Kesihatan Taman Universiti ni...sebenarnya cafe dia ni ditepi pintu masuk klinik ni jer...memang ramai juga la yang datang makan dan minum kat sini..kekadang tu sambil nak tunggu giliran dipanggil sempat juga pesakit yang minum di sini...
Memang setiap hari minggu mama dan hubby rajin singgah minum kat sini...rasa nyaman jer duduk minum kat sini...nasi lemak,kuih muih yang dijual kat sini semua sedap-sedap rasanya...kalau order minum pun kami akan order satu cawan share berdua...

p/s fikir nak masak menu apa hari ni...

Sunday, February 16, 2020

KE MAJLIS KENDURI KAWIN ANAK KAWAN HUBBY

ASSALAMUALAIKUM..
KE MAJLIS KENDURI KAWIN ANAK KAWAN HUBBY | Semalam dapat satu jemputan kawin dari kawan hubby di Pontian jadi mama ikut hubby sekali semalam..kiranya kami mengikut sekali rombongan menghantar pengantin lelaki ke majlis bersandingnya semalam...alhamdullilah selamat juga majlis bersanding disebelah pihak perempuan,akan datang barulah diadakan majlis bertandang di rumah kawan hubby tu pula...



Menu biasa yang ada di setiap majlis kenduri kawin kan...sedap juga rasa masakannya..

Selamat pengantin baru diucapkan buat pasangan Iskandar dan Zulaikha moga bahagia menempuh alam baru sebagai pasangan suami isteri dan membentuk kebahagiaan di dalam alam rumahtangga.. semoga jodoh pasangan pengantin ini kekal hingga ke jannah aamiin..

p/s lamanya tak jengah blog mama ni...bulan Feb ni memang kurang entrinya....macam2 hal susah nak bagi tumpuan sekarang ni...

Monday, February 10, 2020

PERGINYA SEORANG PELAWAK YANG DIKAGUMI

ASSALAMUALAIKUM..
PERGINYA SEORANG PELAWAK YANG DIKAGUMI | Memang terkejut dengar berita ni tadi tapi ajal maut jodoh pertemuan semua tu adalah dr ketentuan Allah hanya Dia Yang Maha Mengetahui segala2nya...

Al-Fatihah buat arwah Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Redzuan..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman aamiin.

Salam takziah utk keluarga arwah...


p/s ajal maut jodoh pertemuan semuanya dari Allah...

Thursday, January 30, 2020

ANTABAX DAN KPJ AMPANG PUTERI SPECIALIST HOSPITAL ANJUR KEMBALI KEMPEN ABC FOR HEALTH

ASSALAMUALAIKUM...
Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC for Health


Dengan peningkatkan jumlah kes influenza di Malaysia, Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital kini bekerjasama untuk menganjurkan kempen kebersihan ‘Always Be Clean’ (ABC) for Health. Ia bermatlamat meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai kebersihan tangan.

Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, sentiasa membasuh tangan dengan sabun dan air atau pembersih tangan (hand sanitizer), mengikuti etika yang betul ketika bersin dan batuk serta menjalani gaya hidup yang sihat[1].
(Left) Mandy Lee, Senior Product Manager of Antabax, Vivian Lee, Senior Brand Manager of Antabax together with Dr Muhamad Yazli Yuhana, Consultant Internal Medicine & Infectious Diseases of KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, taking the participants of Always Be Clean (ABC) for Health on the correct hand wash steps. 

Menurut Pengurus Kanan Jenama Antabax, Vivian Lee, memastikan kebersihan tangan merupakan salah satu langkah paling penting untuk mengelakkan diri daripada jatuh sakit. Sekali gus mengurangkan risiko penyebaran penyakit berjangkit kepada orang lain.

Antabax mengambil langkah proaktif sebaik sahaja mendapat tahu jumlah kes influenza kian meningkat. Kami telah bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk menggalakkan tabiat kebersihan selama lebih satu dekad. Kami berbesar hati kerana dapat berkolaborasi dengan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital untuk mendidik orang ramai mengenai langkah mengurangkan risiko dijangkiti dan menyebarkan penyakit berjangkit seperti influenza.”
Vivian Lee, Senior Brand Manager of Antabax presenting a token of appreciation to Dr Muhamad Yazli Yuhana, Consultant Internal Medicine & Infectious Diseases of KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital at Antabax Always Be Clean (ABC) for Health campaign. 

Data daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menunjukkan bahawa amalan tidak membasuh tangan mengundang bahaya kepada kanak-kanak di seluruh dunia. Membasuh tangan dengan sabun boleh melindungi 1 daripada 5 kanak-kanak yang mengalami jangkitan pernafasan seperti pneumonia[2] . Walaupun orang ramai di seluruh dunia membersihkan tangan dengan air, sangat sedikit yang menggunakan sabun untuk membasuh tangan mereka. Membasuh tangan menggunakan sabun boleh menghilangkan kuman dengan lebih efektif[3].
Vivian Lee, Senior Brand Manager of Antabax, sharing the hygiene tips with the attendees of Antabax Always Be Clean (ABC) for Health campaign

Mengenai Influenza
Influenza biasanya dipindahkan menerusi titisan air yang keluar daripada batuk dan dan bersin apabila mulut tidak ditutup. Jangkitan virus influenza yang dibawa oleh udara dalam jarak pendek mungkin boleh berlaku, terutamanya di kawasan yang sesak. Pencemaran pada tangan juga menjadi satu lagi sumber jangkitan tersebut[4].
Vivian Lee, Senior Brand Manager of Antabax, sharing the hygiene tips with the attendees of Antabax Always Be Clean (ABC) for Health campaign

Tanda-tanda dan Simptom Influenza
Tanda-tanda dan simptom influenza termasuklah suhu badan yang tinggi melebihi 38 darjah selsius, rasa penat yang lama sehingga dua dan tiga minggu, sakit sendi dan otot, batuk kering, sentiasa bersin, sakit tekak dan kepala[5]. Mereka yang mempunyai tanda-tanda dan simptom ini perlu segera mendapatkan rawatan. Kumpulan berisiko tinggi termasuklah mereka yang berusia 65 tahun ke atas, ibu mengandung, penghidap penyakit-penyakit kronik, masalah pernafasan dan anak-anak kecil.
(Far left) Mandy Lee, Senior Product Manager of Antabax, Vivian Lee, Senior Brand Manager of Antabax together with Dr Muhamad Yazli Yuhana, Consultant Internal Medicine & Infectious Diseases of KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, taking the participants of Always Be Clean (ABC) for Health on the correct hand wash steps. 

Kementerian Kesihatan Malaysia juga mencadangkan kepada orang ramai, terutama mereka daripada kumpulan berisiko tinggi supaya mendapatkan vaksin selsema secara bermusim.

Menurut Perunding Dalaman Perubatan dan Penyakit Berjangkit KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, Dr Muhamad Yazli Yuhana, hospital telah merawat lebih 50 kes influenza pada minggu ini. Jadi, adalah penting untuk meningkatkan kesedaran dan mengurangkan jangkitan.

“Hospital merekodkan lebih banyak kes berbanding tahun-tahun sebelum ini. Kami harap dengan inisiatif bersama seperti kempen Antabax ABC for Health, orang ramai akan belajar untuk mengambil langkah-langkah pencegahan demi melindungi diri dan keluarga mereka. Kita perlu lebih proaktif dalam mengambil vaksin, memastikan kebersihan tangan dan mendapatkan rawatan segera untuk mengurangkan penyebaran influenza,” kata Dr. Yazli yang menyampaikan ceramah bertajuk “Wabak Infleunza: Kurangkan Penyebarannya!”
Lagu kebersihan tangan Antabax yang menarik nyata menaikkan semangat kanak-kanak daripada KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital yang turut serta dalam program kesedaran dan pendidikan ini. Ia mampu membantu mereka mengingati langkah-langkah membasuh tangan yang betul sebagaimana yang ditunjukkan oleh para jururawat daripada unit kawalan jangkitan hospital berkenaan.  
Nurses from KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Infectious Diseases Control teaching the patient at the ward on hand wash steps at Antabax Always Be Clean (ABC) for Health campaign. 

“Penyebaran penyakit berjangkit seperti influenza boleh dikurangnya apabila kita bekerjasama. Langkah penting untuk tidak menyebarkan penyakit ini adalah dengan tidak terkena jangkitannya. Cara utama yang boleh diamalkan oleh setiap orang adalah sentiasa bersih sepanjang masa,” kata Lee.

Kempen ABC for Health dimulakan oleh Antabax pada tahun 2018 untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid pra-sekolah dan sekolah rendah. Ia telah melibatkan lebih 6,000 orang murid di seluruh negara.

Jadilah sebahagian daripada komuniti dan ketahui lebih lanjut mengenai kempen serta inisiatif terkini dengan melayari laman Facebook rasmi Antabax di www.fb.com/NewAntabax atau Instagram di @antabax.

Friday, January 17, 2020

PROGRAM CERAHI KEHIDUPAN BERSAMA TOP BERJAYA MENGUMPUL DANA DAN PROGRAM INI PERLU DITERUSKAN

ASSALAMUAIKUM...
PROGRAM CERAHI KEHIDUPAN BERSAMA TOP BERJAYA MENGUMPUL DANA DAN PROGRAM INI PERLU DITERUSKAN LAGI | Program Cerahi Kehidupan Bersama TOP teah berjaya mengumpulkan dana sumbangan dengan kerjasama Pasaraya TESCO. Dana sumbangan berupa pakaian seragam dan keperluan persekolahan telah dapat diserahkan kepada kanak-kanak orang Asli di Pahang dan Perak.

Dengan setiap pembelian produk Top daripada semua Pasaraya TESCO dan Online bermula dari 15Nov-15Dis2019 yang lepas kita telah mendermakan sebanyak 30sen kepada program ini.Sumbangan kembali ke Sekolah Top tempohari telah mencatatkan rekod tiga kali ganda dari sasaran dana yang diharapkan.Terima kasih kepada pengguna produk yang telah mengguna jenama TOP juga telah menderma dengan membeli produk top di pasaraya Tesco.Teruskanlah membantu kanak-kanak orang Asli ni di masa akan datang.
Kempen ini ternyata selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (MEB) 2013-2025 yang memberi penekanan untuk menambah baik pencapaian murid-murid Orang Asli.

Semoga dengan dana sumbangan ini bakal memberikan keselesaan kepada kanak-kanak Orang Asli untuk lebih bergaya kesekolah dan diharap Program Kehidupan Bersama TOP ini akan dapat diteruskan lagi di masa hadapan.Objektif utama program ini bagi menggalakkan kehadiran kanak-kanak ke sekolah lebih kemas dan kelengkapan yang disediakan ini boleh meningkatkan imej dan keyakinan kanak-kanak Orang Asli.

Untuk maklumat lebih lanjut
WEB : http://www.southernlion.com.my
FB : https://www.facebook.com/TOPdetergentMY/
Talian Khidmat Pelanggan
1800-88-0133

Sunday, January 12, 2020

ALHAMDULLILAH AKHIRNYA DAPAT JUGA HANDPHONE BARU

ASSALAMUALAIKUM...
ALHAMDULLILAH AKHIRNYA DAPAT JUGA HANDPHONE BARU | Semalam anak bagi surprised lagi kat mama dia ni dan mama dapat hp baru kali ni..akhirnya dapat juga handphone baru yang memang dinanti-nantikan...handphone lama mama yang rosak tu,bila nak dibaiki harganya sama macam beli hp baru jadi mama ambil keputusan biarkanlah saja hp tu..jadi terpaksalah hubby mengalah bagi mama guna hp dia dahulu..dan hubby pula guna hp lama menantu mama...hp lama mama galaxy mega tu,walaupun dah lama tapi masih baik lagi fungsinya,gambar yang diambil pun masih cantik lagi gambarnya...
Alhamdullilah tak sangka dapat juga hp baru dari anak mama ni...terima kasihlah anak-anakku sebab prihatin dengan mak mereka yang sibuk nak kumpul duit nak beli hp baru ni...bola dah dapat hp baru ni,duit yang terkumpul bolehlah digunakan untuk beli barang yang lain pula...hahaha seronoklah hati mama ni bila dah dapat hp baru ni...

p/s mana pula nak pergi petang ni ek...


Thursday, January 09, 2020

SUMBANGAN KEMBALI-KE-SEKOLAH TOP KEPADA 674 PELAJAR ORANG ASLI MENCATAT REKOD TIGA KALI GANDA SASRAN DANA

ASSALAMUALAIKUM...
Sumbangan Kembali-Ke-Sekolah TOP Kepada 674 Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana
Disokong oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)

Tahun persekolahan 2020 bagi 674 pelajar Orang Asli bermula dengan penuh semangat apabila mereka menerima keperluan kembali ke sekolah yang lengkap menerusi kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’.

Kempen TOP, jenama bahan pencuci inovatif dari Jepun yang memberi fokus kepada komuniti Orang Asli telah mencatat rekod dari segi jumlah penerima dan sumbangan yang ekstensif. Sumbangan TOP merangkumi pakaian seragam sekolah baharu, kasut, stoking, beg, alat tulis, buku latihan, buku kerja, buku aktiviti, bekalan alat seni dan kraftangan serta alat muzik.

TOP telah bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk menghantar keperluan kembali ke sekolah kepada komuniti-komuniti Orang Asli yang menetap di kawasan pedalaman Perak, Pahang dan Negeri Sembilan agar murid-murid dapat hadir ke sekolah dengan keperluan sekolah yang lengkap, serta meringankan kewangan keluarga mereka.

Kempen itu nyata selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (MEB) 2013-2025yang memberi penekanan untuk menambah baik pencapaian murid Orang Asli menerusi kerjasama pihak kerajaan-swasta yang melibatkan ibu bapa dan komuniti dalam usaha membantu mengubah sistem pendidikan.
 Pengurus Pemasaran (Divisyen Penjagaan Fabrik) Southern Lion Sdn Bhd, Ling Ai Li bersama (kiri) Timbalan Pegawai Pendidikan Batang Padang Sektor Pengurusan Sekolah, Encik Norazam b. Mat Isa, Guru Besar SK Pos Tenau, Encik Abu Yazid serta Tok Batin Pos Tenau, Encik Yok Komlok A/L Sentor semasa penyerahan sumbangan kelengkapan persekolahan kepada pelajar Orang Asli di Pos Tenau, Perak.

Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr Juli Edo memberitahu kempen ini telah banyak membantu ratusan keluarga Orang Asli serta memberi motivasi kepada kanak-kanak supaya terus belajar di sekolah.

“Dari sektor swasta, TOP telah memberi sumbangan kembali ke sekolah yang cukup besar kepada komuniti Orang Asli. Sumbangan ini memberikan nilai tambah terhadap bantuan yang telah disediakan oleh JAKOA terhadap para pelajar Orang Asli. Kerjasama strategik di antara pihak kerajaan dan swasta dapat memberi semangat positif kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru,” kata Prof Dr Juli Edo.

TOP telah menjalankan kempen ini selama lima tahun untuk memberi motivasi kepada pelajar daripada komuniti kurang berkemampuan dan isi rumah B40 supaya mereka boleh mencapai kecemerlangan dengan meningkatkan keyakinan diri dan harga diri. Selain mendidik mereka supaya menjaga pakaian agar dapat tampil bersih dan selesa. Sehingga kini, seramai 2,474 orang pelajar telah menerima manfaatnya.

TOP yang terkenal dengan cucian Micro-Clean Tech™ dengan rangkaian Anti-Sebum dibangunkan oleh Lion Corporation Japan yang mampu menanggalkan sisa kotoran nyata dan tersembunyi untuk kehidupan yang bersih.

TOP telah bekerjasama dengan peruncit utama, TESCO untuk menjalankan kempen mengumpul dana CSR bermula 15 November hingga 15 Disember 2019. Tiga puluh sen daripada jualan produk terpilih TOP dari semua cawangan TESCO di seluruh negara dan Tesco Online telah disalurkan ke tabung kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’.
Pengurus Pemasaran (Divisyen Penjagaan Fabrik) Southern Lion Sdn Bhd, Ling Ai Li menyerahkan alatan seni dan Ukulele kepada Guru Besar SK Pos Tenau, Encik Abu Yazid

Pengurus Pemasaran (Divisyen Penjagaan Fabrik) Southern Lion Sdn Bhd, Ling Ai Li menyatakan bahawa tindak balas orang ramai terhadap kempen ini sangat memberangsangkan dengan kutipan hampir tiga kali ganda daripada yang dijangkakan. Ini membuktikan sokongan kepada masa depan kanak-kanak Orang Asli yang lebih cerah. 

“Menerusi kempen ini, memang jelas TOP dan pelanggan kami prihatin terhadap kesejahteraan kanak-kanak Orang Asli dan mahu menyokong komuniti ini. Kami ingin mengucapkan terima kasih diatas sokongan dan kerjasama daripada JAKOA, Jabatan Pendidikan Negeri yang terlibat, tok batin, rakan niaga kami TESCO dan para pelanggan. Bersama-samalah kita memberi masa depan yang lebih cerah kepada 674 orang kanak-kanak Orang Asli ini,” kata Cik Ling.

Pasukan TOP menyerahkan keperluan kembali ke sekolah di Pos Tenau, serta mengadakan bengkel mencuci pakaian bagi berkongsi tip-tip membersih dan mengekalkan kebersihan pakaian seragam mereka dengan baik.  Setiap keluarga yang hadir juga menerima  satu pek bahan pencuci TOP Super White Micro Clean Tech untuk digunakan di rumah. Kanak-kanak pula mengalu-alukan kedatangan pasukan TOP dengan nyanyian lagu-lagu dalam bahasa Semai.

“Kanak-kanak di Pos Tenau memang kreatif, berbakat dan bersemangat berdikari. Kegembiraan mereka menerima keperluan kembali ke sekolah ini menukar majlis penyerahan menjadi seperti satu sambutan. Kebolehan mereka termasuklah kanak-kanak yang masih kecil, untuk mencuci pakaian seragam dengan tangan, patut dicontohi ramai. Mereka nyata membawa tagline Belum Bersih sehingga Dimikro Bersih dengan sepenuh hati,” kata Cik Ling. 
Pelajar Orang Asli di SK Pos Tenau gembira menyertai bengkel mencuci pakaian yang dikendalikan oleh Pengurus Pemasaran (Divisyen Penjagaan Fabrik) Southern Lion Sdn Bhd, Ling Ai Li.

Tok Batin Pos Tenau di Perak, Yok Komlok A/L Sentor memberitahu komunitinya sangat bersyukur di atas bantuan dan motivasi kepada murid-murid sekolah.
“Kebanyakan keluarga mempunyai beberapa orang anak yang masih bersekolah dan kos keperluan kembali ke sekolah sememangnya sangat tinggi. Namun, kami juga mahu anak-anak menerima pendidikan dan gembira untuk pergi ke sekolah. Apabila kami mendapat
tahu bahawa komuniti Pos Tenau telah terpilh untuk kempen ini, murid-murid, ibu bapa dan guru-guru sangat gembira. Terima kasih kepada kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP!’,” katanya.

Tok Batin Ayof bin Ekal dari Kampung Parit Gong yang juga seorang guru di SK Putra, Simpang Durian mengakui bahawa sumbangan ini cukup komprehensif, menyeluruh dan sangat dialu-alukan oleh komunitinya.

“Seramai 110 orang kanak-kanak dari perkampungan di kawasan ini menerima pakaian seragam sekolah baharu, kasut, stoking, beg, alat tulis, buku latihan dan buku kerja. Ada juga bekalan alatan seni dan kraf serta sebuah ukulele. Ibu bapa dalam komuniti kami tidak perlu lagi membeli sebarang kelengkapan sekolah. TOP dan rakyat Malaysia telah menunjukkan mereka mengambil berat ke atas kanak-kanak Orang Asli,” katanya. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai TOP, sila layari laman web: http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan 1800-88-0133.

Senarai penerima sekolah Orang Asli, Lokasi dan jumlah pelajar.

Sunday, January 05, 2020

PENUTUP TAHUN 2019 DAPAT HADIAH DARI ANAK

ASSALAMUALAIKUM...
PENUTUP TAHUN 2019 DAPAT HADIAH DARI ANAK | Sekejap jer kita dah berada dalam tahun 2020,memang cepat sangat masa berlalu sekarang ni kan...lama jugala mama tak update blog ni...nampak  sangat sibuk memanjang ni...nak buat macam manakan,janji hal-hal keluarga dapat didahulukan dari apa hal jua pun...keadaan kesihatan hubby mama pun tidak begitu baik kebelakangan ini jadi agak kurang masa untuk menulis jadi jika ada masa yang mengizinkan barulah mama dapat update sesuatu kat blog ni..
Hari ni luangkan masa juga nak update satu entri kat blog ni...cerita akhir 2019 yang lepas...jadi entri ni jadi entri tahun 2020 pula...sebenarnya saja nak cerita mama dapat tv baru tu jer...hahaha sajakan mama ni! Sebenarnya saja nak share keseronokan mama dengan kawan-kawan semua kat sini...anak mamalah yang belikan tv baru ni sebab mamanya ni sibuk nakkn tv baru yang besar...
Saja jer cakap-cakap nakkan tv baru tapi tak sangka dapat juga akhirnya...
Puas hati dapat menonton tv baru ni tanpa spec,kalau tidak memang terpaksalah guna spec mata selalu...kebetulan Astro pun dah bertukar dekoder AstroUltra yang baru jadi bolehlah dapat menonton channel yang menggunakan tv 4K ni..nak tengok youtube,nak karoke pun boleh terus buka web youtube,nak tonton movie kat Netflik pun lagi puas hati...
Nak tengok blog kita sendiri pun boleh pi jer kat google,klik jer nama blog kita...

P/s nak faham kenalah layankan juga tv baru ni....