Sunday, February 12, 2012

Sinopsis Filem "Sumpahan Kum Kum"

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum kekawan...
Satu lagi sinopsi filem hantu yang baru mama tonton tadi iaitu filem "Sumpahan Kum Kum"..
Mula-mula cerita seorang perempuan yang bernama Milah malu dengan wajahnya yang dipenuhi dengan jerawat lalu dia telah bertemu dengan seorang dukun bagi mendapatkan rawatan susuknya.

Milah mempunyai pantang larangnya dia dilarang melihat cermin selama 44 hari .Milah tidak sabar untuk melihat wajahnya dan telah melanggar pantangnya akibatnya wajahnya bertukar menjadi hodoh semula.Milah meminta dukun Mak Ton itu memulihkan wajahnya semula dengan syarat Milah harus meminum darah 9 gadis sunti.

Akhirnya syarat itu dipenuhi dan anak perempuan Mak Tom Shima dijadikan mangsanya yang pertama.Mak Tom tahu kematian anaknya ada kaitan dengan Milah dan dia ingin membalas dendam lalu telah memanggil Milah kembali untuk membunuhnya.Akhirnya Mak Tom telah
membunuh Milah dan menanam mayatnya tapi sebelum Milah menghembuskan nafasnya yang terakhir Milah telah bersumpah yang dia akan membunuh anak sunti keturunan Mak Tom.

Mak Tom mempunyai seorang cucu Tini dan Mak Tom takut cucunya akan menjadi mangsa
menyebabkan dia bersikap dingin dengan cucunya itu.Mak Tom meninggal dan menyebabkan
cucu dan anaknya Adi pulang ke kampung dan menyebabkan Milah mula menjadi kawan Tini 
secara senyap-senyap hingga Milah mengikut Tini pulang ke KL.

Adi telah mengetahui cerita sebenarnya dari Mak Leha ibu saudaranya mengenai cerita disebalik peristiwa yang berlaku dan Adi risau akan Tini terus dia balik untuk menyelamatkan
anaknya dari sumpahan Milah.Terjadilah kejadian yang tidak diingini di rumah Adi.

Sementara di kampung Mak Leha telah menjumpai tempat mayat Milah di tanam oleh Mak Tom
dan orang kampung mulalah mengadakan upacara pengebumian mayat Milah.Setelah upacara itu selamat dijalankan roh Milah mulailah bersemadi dengan aman.Tapi pengakhirannya amat-amat mengejutkan dan ingin mengetahuinya apa yang terjadi tontonlah filem ini..

pelakon2nya terdiri daripada Feroz Khan (Adi),Putri Mardiana (Nurul),Lydiawati (Mak Tom),Echa (Tini),Maimon Talib (Mak Leha),Kaza Saisi (Pak Nuar),Abdul Razak Ahmad (Iman)



14 comments:

  1. sounds interesting :) mau tonton nanti.

    ReplyDelete
  2. assalam mama,
    kalo dulu2 sy suka sgk sgt tgk citer hantu, tp sejak alami pglaman ngeri, takut nak tgk dah..(^_^)

    ReplyDelete
  3. nampak mcm menarik..semalam layan Bujang Telajak..hampeh

    ReplyDelete
  4. takut ler mama nak tengok crita camnie... dh ler duk sorang2....he3

    ReplyDelete
  5. saye tak pernah suker tengok ceriter hantu...huhu..kali terakhir tengok mase cerite jangan pandang belakang..tu pon dah rase seram sangat dah...tak suker biler tekejut2 tu..;p

    ReplyDelete
  6. @remyhazza

    oh yer ke carilah teman tengok skali...:)

    ReplyDelete
  7. boleh tahan jugak citer ni mama..tapi nak kata seram tu..takde la..hee~

    ReplyDelete
  8. @Ezad Skytech

    betul tu ezad x berapa seram gak citenya...:)

    ReplyDelete