ASSALAMUALAIKUM...
MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL DAH JADI VIRAL | Haii korang !! mesti korang dah lama tepu duduk kat rumah sekarang ni tapi bersabarlah yer kerana wabak yang melanda seluruh dunia sekarang ni melarang kita dari berada di luar rumah maka kita kenalah ikut arahan tu yer, yang tak faham dan degil sangat tu  hantar jer ke lokap..bila dah dikeluarkan arahan ikut jerlah arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tu bukan susah mana pun..duduk diam-diam dalam rumah dan ikut perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan...jadi lakukanlah apa yang seronok di rumah bersama keluarga..
Bila dah dok rumah ni,macam-macam perkara dapat kita lakukan,bagi ibu-ibu pasti bab masakan jadi perkara utama yang harus dilakukan jadi bila dah dok rumah lama-lama ni mesti banyak resepi masakan akan dicuba,jadi atau tidak itu belakang kira janji ada yang nak mencubanya..jadi baru-baru ni telah timbul satu page yang telah menjadi viral sekarang ni...memang power admin page "MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL"boleh tergerak hati nak membuka page yang menarik ramai followers ni dan telah pun menjadi viral sekarang ni...dalam beberapa hari jer page ni dibuka followersnya dah meningkat nak dekat 1juta tau...memang terus viral jadinya...

Memang lawak sangat bila masuk page ni,dari bosan dok berkurung boleh juga hilangkan stress tengok gambar-gambar makanan yang dimasak tidak menjadi dipage ni...nampak tak bukan semua masakan yang kita masak akan menjadi kekadang memang ada yang lingkup juga tapi cuma kita tak pernah nak share kat mana-mana wall jadi dengan adanya page ni apa yang dimasak tak menjadi bolehlah jadi tontonan ramai dan kita juga boleh sharekan gambar masakan kita bila ada yang tak menjadi...


Inilah diantara gambar-gambar yang telah disharekan di page MATJHI...gambar kuih atau masakan yang tak menjadi dari ahli group ini...bila korang tak percaya korang pergilah layari page ini dan lihatlah sendiri gambar-gambar yang die orang sharekan pasti korang akan ketawa melihat kejadiannya....dari bosan-bosan dok di rumah dapat juga kita hilangkan stress yang melanda...kita bukan nak menghina tapi itulah kebenaran yang memang kita jarang nak sharekan bila masakan yang kita masak tidak menjadi seperti asalnya...
Sampaikan ada yang risau sebab sejak ujudnya page ni semua masakan memanjang tak menjadi jer...nampak sangat dah jadi pengaruh luar biasa pulak kan...jadi hati-hati yer bila nak memasak tu kang ada yang jadi benda lain dari yang diharapkan....
Rata-rata memang ramai yang memuji admin page ni kerana dengan adanya page ni dapat melegakan semua dan sesiapa jua yang memasak sesuatu dirumah bila masakan yang dimasak itu tidak menjadi akhirnya...

Tahniah admin page MASAK APA TAK JADI HARI INI OFFICIAL moga page ini akan teus membuat semua rakyat Malaysia gembira di kala Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang ni..pada korang yang belum join group ni bolehlah pi terus ke link group ini..
FB :  MASAK APA TAK JADI HARI INI OFFICIAL