Tuesday, May 05, 2020

RESIPI UDANG GORENG SIMPLE MASAM MANIS PKP

ASSALAMUALAIKUM...
RESIPI UDANG GORENG SIMPLE MASAM MANIS PKP | Kalau sebut menu masakan seafood ni memang ramai yang suka...macam-macam menu seafood yang sedap dan simple yang boleh kita masak untuk menu berbuka puasa...mama dan family pun memang suka makan makanan laut ni tapi tidaklah kerap sangat mama nak menghidangkan menu seafood ni,cuma sesekali saja...tak elok untuk kesihatan badan kita kalau kerap sangat makan makanan laut ni tapi kalau ada yang suka tu boleh jer tapi kenalah jaga kesihatan yer.. kali ni mama nak sharekan resepi simple dan mudah untuk korang semua...resepi simple dan mudah tu la yang selalu senang untuk dimasak...jomlah kita tengok resipinya dibawah ni yer...
Bahan yang diperlukan
-Udang
-Sos tiram
-Sos Plum
-Bawang merah(dihiris)
-Bawang putih(dihiris)
-Daun Kari
-Cili Padi
-Sedikit garam atau tak perlu sebab dah letak sos tiram
-perasa
Cara mudah memasaknya
-Bersihkan udang,gaul dengan kunyit dan garam..panaskan minyak dan gorengkan udang sebentar jgn lama sangat.Angkat dan tepikan dahulu.
-Lebihan minyak goreng udang tu tadi tumiskan sedikit hirisan bawang merah dan bawang putih pula..
-Bila dah naik bau masukkan sos tiram dan sos plum gaulkan kalau pekat letakkan sedikit air...masukkan serbuk perasa dan masukkan udang yang telah digoreng sedikit tadi..gaulkan keseluruhan sehingga sebati...
-Akhir sekali masukkan baki hirisan bawang merah, bawang putih dan cili padi tadi..gaulkan sebentar dan siap untuk dihidangkan.Kalau suka boleh taburkan sedikit daun sup atau daun bawang untuk hiasan..Okaylah korang selamat mencuba resipi mudah dan simple ini untuk menu berbuka puasa nanti.

p/s hari ke 49 PKPB...


5 comments:

  1. Sedapnyaaa mama, nanti boleh try ni...

    ReplyDelete
  2. nanti boleh la eda try resepi mama ni...sedap nampak

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum mama... lama nya tak singgah sini.. masuk2 tengok blog mama dah berwajah baru.. makin relax.. Sedap air tangan mama udang masam manis tu... teliur pulak. heheh simple je cara masak tu rupanya. Tq sudi share..

    ReplyDelete
  4. Tengok dari video tu pun dah nampak sedap

    ReplyDelete