Monday, May 25, 2020

TIPS NAK BAGI LANGSIR RING TERLETAK CANTIK DAN SAMA BESAR

ASSALAMUALAIKUM..
TIPS NAK BAGI LANGSIR RING TERLETAK CANTIK DAN SAMA BESAR | Bila bab-bab nak diy sesuatu benda ni memang jadi kegemaran mama...kalau ada yang mama boleh buat mama akan buat sendiri jer di rumah jadi hasil yang akan terjadi tu boleh buat diri mama terasa puas hati sesangat...kali ni mama nak diy kan langsir ring supaya ianya terletak dan gelungnya sama besar di antara satu sama lain...langsir ring ni kekadang memang tak sama letaknya, kalau kita dok selalu tarik-tarik langsirnya tu ianya akan jadi tak elok dan tak sama besar ringnya...untuk membuatkan langsir itu elok terletak jom mama sharekan sesuatu supaya ianya jadi mudah pada kita nanti..mula-mula kita perlu ada gelung daripada tisu kertas tu...kenalah simpan gelung tisu kertas yang telah kita gunakan tu...simpan gelung tu ikut berapa banyak yang akan kita gunakan nanti...
 Bila tisu dah habis gelung kertas tu janganlah dibuangkan yer sebab ianya boleh didiykan nanti...
 Inilah dia gelung yang telah mama simpan bila tisu dah habis digunakan...
Pastu tandakan dengan pembaris berapa besar gelung yang perlu digunakan ikut kesesuaian sendirilah yer,kalau suka besar potong besar kalau tak ikut kesesuaianya...
 Potong gelung itu ikut besar yang akan diperlukan..
 Ini gelung yang telah siap mama potong ikut kesesuaian yang mama perlukan...
Masukkan satu-satu gelung yang telah dipotong tu tadi disetiap satu kepingan langsir ring tu..susunkan sehingga kesemuanya habis...
Inilah dia hasilnya setelah siap dimasukkan kesemua gelung tu ke dalam setiap langsir tu...
Bila dah siap bolehlah digantungkan langsir yang telah siap tadi...hasilnya pasti akan lebih baik dari tiada gelung tu tadi..langsir akan jadi lebih cantik dan lebih elok terletaknya...

Okaylah korang itulah tips yang mama sharekan untuk kali ni...kalau korang suka bolehlah share atau buat di rumah korang sendiri..selamat mencuba semua...

p/s dah hari raya ke 2 hari ini...


2 comments:

  1. Menarik. Tak terfikir nak cantikkan gulungan langsir.

    ReplyDelete
  2. Menarik idea ni.. Tq for sharing kak

    ReplyDelete