Tuesday, April 28, 2020

RESIPI CHICKEN ROASTED ALA KENNY ROGERS

ASSALAMUALAIKUM...
RESIPI CHICKEN ROASTED ALA KENNY ROGERS | Haii korang selamat berpuasa,hari ni dah hari ke 5 kita berpuasa...sekejap jer masa berlalukan...moga ibadah yang kita lakukan dibulan ramadhan ini dapat kita lalui dengan hati yang redha di musim PKP ini dan Allah akan sentiasa merahmati kita semua..bagi korang yang nak resipi jomlah kita tengok resipi chicken roasted di bawah ni yer...

Bahan yang diperlukan..
-Ayam Seekor
-Kentang
-Karot
-Rempah Chicago Grill Marinade
-Rosemary
-Oregano
-Madu
-Black Paper
-Tymes leaves
-Butter
- Sos tiram
-Serbuk lada hitam
Anak mama memang suka gunakan rempah Chicago Grill Marinade ni sebab kat tempat kerja pun selalu gunakan rempah ni...rasa ayamnya memang sedap macam ayam kenny rogers katanya...kalau guna rempah ni tak perlu lagi guna serbuk perasa atau garam semuanya dah siap tersedia dalam rempah ni...

Cara nak memasaknya..
1-Bersihkan ayam dan keringkan airnya..sapukan keseluruh ayam tu dengan butter kemudian barulah digaulkan dengan kesemua bahan kat ayam tu satu persatu.
2-Perapkan ayam yang telah digaul tadi selama 1jam lagi lama lagi sedap.Letakkan kentang dan karot sekali.
3-Panaskan oven dan bolehlah dibakar atau dipanggang ayam tadi selama 1 jam dengan suhu 180'C.
4-Chicken Roasted ni sedap dimakan bersama nasi ayam atau nasi biasa..kalau nak lebih western boleh jer dimakan dengan kentang goreng / kentang lenyek,  sayur brocoli n karot.
Ikutlah cara kita sendiri bila nak mengayakan makanan tu yer...apa-apa pun janji sedap ditekak kita...

Okaylah korang moga dengan resipi ini korang bolehlah mencuba memasak sendiri di rumah untuk menu berbuka puasa nanti yer...jumpa lagi di lain entri...


p/s PKP hari ke 42..

7 comments:

  1. Mama mana nak cari rempah Chicago Grill Marinade?
    Pertama kali tahu rempah ni.

    ReplyDelete
  2. Perjiranan sini pun ada jual marinated macam jenis untuk ayam, hartu beli juga..cuma belum cuba lagi..sedapkan Maa..

    ReplyDelete
  3. Haah lin mmg sedap guna rempah ni...

    ReplyDelete
  4. olos.. oven baru jer rosak... time nak bakar ikan hari tu, tengok-tengok timer tak bergerak... dekat setengah jam tunggu nak panaskan oven...

    ReplyDelete