Sunday, April 26, 2020

CHICKEN ROASTED ALA KENNY ROGERS

ASSALAMUALAIKUM..
CHICKEN ROASTED ALA KENNY ROGERS | Alahaii menu chicken roasted ??? Fuyoo rasa macam makan kat restoren pulak...sebenarnya mama ni memang tak makan ayam jadi kalau bab nak masak menu ayam ni memang selera agak lemah sikit...kalau masak menu biasa-biasa tu okay la lagi tapi kalau masak menu mat saleh ni memang jarang sangat la nak memasaknya...disebabkan semalam hari lahir anak mama yang sulong,jadi cubalah juga untuk menyediakan menu luar biasa sikit kononnya la hahahaa...kiranya pertama kali masak chicken roasted la ni...nasib baik semua bahan untuk digunakan dah memang ada dalam simpanan jadi teruskan juga menu yang luar biasa dan jarang-jarang dimasak ni...poyo jer ayat kan...
Tu dia tercacak pisau kat perut ayam tu...

Alhamdullilah nasib baik ada anak yang menolong memasak jadi taklah terasa pelik sangat...semua bahan untuk perapan ayam tu mama serahkan jer pada anak mama yang bongsu...chef legoland ni pun dah lama bercuti dari bekerja disebabkan PKP ni jadi tugas tu mama serahkan jer pada dia...maka inilah Chicken Roasted hasil menu masakan untuk berbuka semalam...

Pehh menjadi jugalah chicken roasted ala-ala Kenny Rogers ni..hubbylah yang paling memuji sebab sedap rasanya...
Sambut besday anak sulong mama semalam tapi suruh dia potong ayam tu,kek tak potong ganti dengan ayam pulak...hahahaha tu yang tercacak pisau kat perut ayam tu...alhamdullilah semua berasa puas hati sebab kesedapan rasa ayamnya...
Kalau nak cuba resipinya bolehlah tonton video kat atas ni yer...pada yang suka bolehlah subcribe channel youtube mama ni yer..okaylah korang kita jumpa lagi di lain masa yer....


6 comments:

  1. waaahh meriah meja.. selamat berpuasa mama..

    ReplyDelete
  2. Tengok gambar mama pos pasal harijadi anak mama, saya cari kut mama ada letak resipi. Memang macam ala western.

    ReplyDelete
  3. Oh inilah dia ya resepi ayam yang birthday girl ber posing untuk memotong nya sebagai "kek hari jadi" :)

    ReplyDelete
  4. Nengok gambar pun dah sedap sis hehe

    ReplyDelete
  5. Menyelerakan sungguh laaa Mama..nanti nak buat gak, kena beli ayam kecik nak muat dalam air fryer..padahal ada oven hahahaha

    ReplyDelete