MENU SOTONG PALING SIMPLE YANG SENANG DIMASAK |PM dah umumkan PKP terus dilanjutkan hingga 28 April 2020..jadi sambut bulan Ramadan tahun ini dalam perintah berkurung jer la...makin pening kepala la ibu-ibu nak memikirkan menu apa lagi untuk dimasak di dalam tempoh berkurung ni hingga ke bulan ramadhan nanti...kali ni mama nak sharekan satu resipi yang paling simple dan paling senang nak masak iaitu Sotong Goreng Kunyit...menu inilah yang paling hubby mama suka masak mudah dan simple katanya...jomlah kita tengok resipinya dibawah ni...
Bahan yang perlu
-sotong
-bawang besar(dihiris)
-bawang putih (dihiris)
-Cili padi atau cili merah(dihiris)
-garam
-serbuk perasa
-daun sup/daun bawang utk hiasan
Cara memasak
1-Bersihkan sotong dan gorengkan sekejap utk keluarkan airnya.
2-Angkat sotong dan gaulkan sedikit dengan serbuk kunyit.
3-Tumiskan pula bahan yang telah dihiris tadi sehingga garing,letakkan serbuk perasa dan garam secukupnya dan akhir sekali masukkan sotong dan gaulkan hingga rata.
4-Masak sekejap jer yer sebab sotong sudah direbus awal tadi.Angkat dan hiaskan dengan daun sup atau daun bawang.
Menu sotong ni sedap kalau dimakan dengan nasi panas.okay la selamat mencuba yer..
4 Comments
sedapnyaa, buat ratah pun jadi ni. hihi
ReplyDeleteMemang senang resipi ni.
ReplyDeleteMak ai sodap ei
ReplyDeleteMusim PKP ni, menu seafood paling laku kat rumah Lin ni Maaa..anak bujang suka..lagi kalau sotong...
ReplyDeletePost a Comment