Thursday, April 30, 2020
Wednesday, April 29, 2020
ASSALAMUALAIKUM...
SAHUR MEMBUKA PINTU KEBERKAHAN
"Makan sahurlah kalian kerana dalam makan sahur terdapat keberkahan"
HR.Bukhari no.1923
Dan Muslim no.1095"
Selamat bersahur sahabat-sahabat alam maya semua semoga kita mendapat keberkahan dan rahmatNya..hari ini sudah masuk hari ke 6 kita semua umat islam berpuasa..moga kita dapat menjalani ibadah puasa di masa PKP ini dengan tenang dan diberkati hendaknya aamiin..
p/s hari ni nak keluar cari stok bahan basah...
Tuesday, April 28, 2020
ASSALAMUALAIKUM...
p/s PKP hari ke 42..
RESIPI CHICKEN ROASTED ALA KENNY ROGERS | Haii korang selamat berpuasa,hari ni dah hari ke 5 kita berpuasa...sekejap jer masa berlalukan...moga ibadah yang kita lakukan dibulan ramadhan ini dapat kita lalui dengan hati yang redha di musim PKP ini dan Allah akan sentiasa merahmati kita semua..bagi korang yang nak resipi jomlah kita tengok resipi chicken roasted di bawah ni yer...
Bahan yang diperlukan..
-Ayam Seekor
-Kentang
-Karot
-Rempah Chicago Grill Marinade
-Rosemary
-Oregano
-Madu
-Black Paper
-Tymes leaves
-Butter
- Sos tiram
-Serbuk lada hitam
Anak mama memang suka gunakan rempah Chicago Grill Marinade ni sebab kat tempat kerja pun selalu gunakan rempah ni...rasa ayamnya memang sedap macam ayam kenny rogers katanya...kalau guna rempah ni tak perlu lagi guna serbuk perasa atau garam semuanya dah siap tersedia dalam rempah ni...
Cara nak memasaknya..
1-Bersihkan ayam dan keringkan airnya..sapukan keseluruh ayam tu dengan butter kemudian barulah digaulkan dengan kesemua bahan kat ayam tu satu persatu.
2-Perapkan ayam yang telah digaul tadi selama 1jam lagi lama lagi sedap.Letakkan kentang dan karot sekali.
3-Panaskan oven dan bolehlah dibakar atau dipanggang ayam tadi selama 1 jam dengan suhu 180'C.
4-Chicken Roasted ni sedap dimakan bersama nasi ayam atau nasi biasa..kalau nak lebih western boleh jer dimakan dengan kentang goreng / kentang lenyek, sayur brocoli n karot.
Ikutlah cara kita sendiri bila nak mengayakan makanan tu yer...apa-apa pun janji sedap ditekak kita...
Okaylah korang moga dengan resipi ini korang bolehlah mencuba memasak sendiri di rumah untuk menu berbuka puasa nanti yer...jumpa lagi di lain entri...
p/s PKP hari ke 42..
Sunday, April 26, 2020
ASSALAMUALAIKUM..
CHICKEN ROASTED ALA KENNY ROGERS | Alahaii menu chicken roasted ??? Fuyoo rasa macam makan kat restoren pulak...sebenarnya mama ni memang tak makan ayam jadi kalau bab nak masak menu ayam ni memang selera agak lemah sikit...kalau masak menu biasa-biasa tu okay la lagi tapi kalau masak menu mat saleh ni memang jarang sangat la nak memasaknya...disebabkan semalam hari lahir anak mama yang sulong,jadi cubalah juga untuk menyediakan menu luar biasa sikit kononnya la hahahaa...kiranya pertama kali masak chicken roasted la ni...nasib baik semua bahan untuk digunakan dah memang ada dalam simpanan jadi teruskan juga menu yang luar biasa dan jarang-jarang dimasak ni...poyo jer ayat kan...
Tu dia tercacak pisau kat perut ayam tu...
Alhamdullilah nasib baik ada anak yang menolong memasak jadi taklah terasa pelik sangat...semua bahan untuk perapan ayam tu mama serahkan jer pada anak mama yang bongsu...chef legoland ni pun dah lama bercuti dari bekerja disebabkan PKP ni jadi tugas tu mama serahkan jer pada dia...maka inilah Chicken Roasted hasil menu masakan untuk berbuka semalam...
Pehh menjadi jugalah chicken roasted ala-ala Kenny Rogers ni..hubbylah yang paling memuji sebab sedap rasanya...
Sambut besday anak sulong mama semalam tapi suruh dia potong ayam tu,kek tak potong ganti dengan ayam pulak...hahahaha tu yang tercacak pisau kat perut ayam tu...alhamdullilah semua berasa puas hati sebab kesedapan rasa ayamnya...
Kalau nak cuba resipinya bolehlah tonton video kat atas ni yer...pada yang suka bolehlah subcribe channel youtube mama ni yer..okaylah korang kita jumpa lagi di lain masa yer....
ASSALAMUALAIKUM...
SETANGGI SYURGA (INTEAM FT KHAI BAHAR)
Percaya kata janjimu
Kerna ku yakin apa digenggam mu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati
Oh tersiksa jiwa merindu
Bagai terkurung dibasah tengkujuh
Kewangian aroma bunga
Tak menggugah keteguhan iman
Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
Pada redup renung mata yang menipu
Tuntas ku mendaki
Puncak cinta teragung Ohhh
Izinkan aku melafazkan kata
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh tuk bernaung
Kerna awan itu rapuh
Ohhh...
Dendam tak marak menyala dan membakar
Oleh putih salju yang berguguran
Kerna dosa itu lebih hitam dan kelam
Izinkan aku melafazkan kata
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh tuk bernaung
Ku anyam rindu menjadi hamparan
Kerna ku pasti adanya pertemuan
Di sana nanti bukti cinta suci
Dilafazkan tak bertemu pengucapan
Percaya kata janji mu
Kerna ku yakin apa digenggam mu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati
Saturday, April 25, 2020
ASSALAMUALAIKUM...
SELAMAT HARI LAHIR CAHAYA MATAKU | Happy bornday sayang !mak akan sentiasa mendoakan kesejahteraan along dan keluarga...tiada yang lebih membahagiakan mak selain dapat melihat anak-anak,menantu berjaya dan melihat cucunda berjaya dan membesar di depan mata...semoga Allah akan terus memberkati kita sekeluarga diberikan kesihatan dan umur yang panjang in sha Allah aamiin..
Selamat hari lahir cahaya mataku
Nurul Ain Binti Dzolkarnine..
p/s tak potong kek harijadi tapi potong ayam...
Friday, April 24, 2020
ASSALAMUALAIKUM...
SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA | Selamat menyambut bulan Ramdhan 1441H 2020 buat teman-teman alam maya ini...berkesempatan di sini mama dan keluarga ingin memohon maaf jika ada salah dan silap mama berbicara di sini...moga segala puasa yang kita jalani sekarang ini akan dirahmati ,diberkati amalannya walaupun kita semua masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan lagi..
SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA | Selamat menyambut bulan Ramdhan 1441H 2020 buat teman-teman alam maya ini...berkesempatan di sini mama dan keluarga ingin memohon maaf jika ada salah dan silap mama berbicara di sini...moga segala puasa yang kita jalani sekarang ini akan dirahmati ,diberkati amalannya walaupun kita semua masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan lagi..
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa semua...
Monday, April 20, 2020
ASSALAMUALAIKUM...
MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL DAH JADI VIRAL | Haii korang !! mesti korang dah lama tepu duduk kat rumah sekarang ni tapi bersabarlah yer kerana wabak yang melanda seluruh dunia sekarang ni melarang kita dari berada di luar rumah maka kita kenalah ikut arahan tu yer, yang tak faham dan degil sangat tu hantar jer ke lokap..bila dah dikeluarkan arahan ikut jerlah arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tu bukan susah mana pun..duduk diam-diam dalam rumah dan ikut perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan...jadi lakukanlah apa yang seronok di rumah bersama keluarga..
Bila dah dok rumah ni,macam-macam perkara dapat kita lakukan,bagi ibu-ibu pasti bab masakan jadi perkara utama yang harus dilakukan jadi bila dah dok rumah lama-lama ni mesti banyak resepi masakan akan dicuba,jadi atau tidak itu belakang kira janji ada yang nak mencubanya..jadi baru-baru ni telah timbul satu page yang telah menjadi viral sekarang ni...memang power admin page "MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL"boleh tergerak hati nak membuka page yang menarik ramai followers ni dan telah pun menjadi viral sekarang ni...dalam beberapa hari jer page ni dibuka followersnya dah meningkat nak dekat 1juta tau...memang terus viral jadinya...
Memang lawak sangat bila masuk page ni,dari bosan dok berkurung boleh juga hilangkan stress tengok gambar-gambar makanan yang dimasak tidak menjadi dipage ni...nampak tak bukan semua masakan yang kita masak akan menjadi kekadang memang ada yang lingkup juga tapi cuma kita tak pernah nak share kat mana-mana wall jadi dengan adanya page ni apa yang dimasak tak menjadi bolehlah jadi tontonan ramai dan kita juga boleh sharekan gambar masakan kita bila ada yang tak menjadi...
Inilah diantara gambar-gambar yang telah disharekan di page MATJHI...gambar kuih atau masakan yang tak menjadi dari ahli group ini...bila korang tak percaya korang pergilah layari page ini dan lihatlah sendiri gambar-gambar yang die orang sharekan pasti korang akan ketawa melihat kejadiannya....dari bosan-bosan dok di rumah dapat juga kita hilangkan stress yang melanda...kita bukan nak menghina tapi itulah kebenaran yang memang kita jarang nak sharekan bila masakan yang kita masak tidak menjadi seperti asalnya...
Sampaikan ada yang risau sebab sejak ujudnya page ni semua masakan memanjang tak menjadi jer...nampak sangat dah jadi pengaruh luar biasa pulak kan...jadi hati-hati yer bila nak memasak tu kang ada yang jadi benda lain dari yang diharapkan....
Rata-rata memang ramai yang memuji admin page ni kerana dengan adanya page ni dapat melegakan semua dan sesiapa jua yang memasak sesuatu dirumah bila masakan yang dimasak itu tidak menjadi akhirnya...
Tahniah admin page MASAK APA TAK JADI HARI INI OFFICIAL moga page ini akan teus membuat semua rakyat Malaysia gembira di kala Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang ni..pada korang yang belum join group ni bolehlah pi terus ke link group ini..
FB : MASAK APA TAK JADI HARI INI OFFICIAL
Tahniah admin page MASAK APA TAK JADI HARI INI OFFICIAL moga page ini akan teus membuat semua rakyat Malaysia gembira di kala Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang ni..pada korang yang belum join group ni bolehlah pi terus ke link group ini..
FB : MASAK APA TAK JADI HARI INI OFFICIAL
Saturday, April 11, 2020
ASSALAMUALAIKUM..
Hospital Sungai Buloh Covid-19 Superheroes Receive Superfood Surprise from Ayam Brand
Ayam Brand ingin mengucapkan TERIMA KASIH kepada semua barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh yang bekerja dengan gigih sekarang ini. Kami telah menghantar 9600 produk Ayam Brand “Ready To Eat” yang mudah dimakan termasuk Mackerel Fillet dan Kacang Panggang untuk membantu memberi tenaga.
Semua produk Ayam Brand adalah Halal, boleh dimakan terus dari tin (ready to eat), tidak mengandungi pengawet atau tambahan MSG.
____
Ayam Brand would like to say THANK YOU to all the frontliners at Hospital Sungai Buloh for working tirelessly during this trying time. We delivered 9600 Ready To Eat Ayam Brand products including Mackerel Fillet and Baked Beans to fuel their energy.
All Ayam Brand products are Halal, ready to eat, contains no preservatives or added msg.
p/s terimakasih Ayam Brand membantu memberikan produk Ayam Brand untuk kakitangan hospital...
Hospital Sungai Buloh Covid-19 Superheroes Receive Superfood Surprise from Ayam Brand
Ayam Brand ingin mengucapkan TERIMA KASIH kepada semua barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh yang bekerja dengan gigih sekarang ini. Kami telah menghantar 9600 produk Ayam Brand “Ready To Eat” yang mudah dimakan termasuk Mackerel Fillet dan Kacang Panggang untuk membantu memberi tenaga.
Semua produk Ayam Brand adalah Halal, boleh dimakan terus dari tin (ready to eat), tidak mengandungi pengawet atau tambahan MSG.
____
Ayam Brand would like to say THANK YOU to all the frontliners at Hospital Sungai Buloh for working tirelessly during this trying time. We delivered 9600 Ready To Eat Ayam Brand products including Mackerel Fillet and Baked Beans to fuel their energy.
All Ayam Brand products are Halal, ready to eat, contains no preservatives or added msg.
p/s terimakasih Ayam Brand membantu memberikan produk Ayam Brand untuk kakitangan hospital...
Friday, April 10, 2020
ASSALAMUALAIKUM...
MENU SOTONG PALING SIMPLE YANG SENANG DIMASAK |PM dah umumkan PKP terus dilanjutkan hingga 28 April 2020..jadi sambut bulan Ramadan tahun ini dalam perintah berkurung jer la...makin pening kepala la ibu-ibu nak memikirkan menu apa lagi untuk dimasak di dalam tempoh berkurung ni hingga ke bulan ramadhan nanti...kali ni mama nak sharekan satu resipi yang paling simple dan paling senang nak masak iaitu Sotong Goreng Kunyit...menu inilah yang paling hubby mama suka masak mudah dan simple katanya...jomlah kita tengok resipinya dibawah ni...
Bahan yang perlu
-sotong
-bawang besar(dihiris)
-bawang putih (dihiris)
-Cili padi atau cili merah(dihiris)
-garam
-serbuk perasa
-daun sup/daun bawang utk hiasan
Cara memasak
1-Bersihkan sotong dan gorengkan sekejap utk keluarkan airnya.
2-Angkat sotong dan gaulkan sedikit dengan serbuk kunyit.
3-Tumiskan pula bahan yang telah dihiris tadi sehingga garing,letakkan serbuk perasa dan garam secukupnya dan akhir sekali masukkan sotong dan gaulkan hingga rata.
4-Masak sekejap jer yer sebab sotong sudah direbus awal tadi.Angkat dan hiaskan dengan daun sup atau daun bawang.
Menu sotong ni sedap kalau dimakan dengan nasi panas.okay la selamat mencuba yer..
Thursday, April 09, 2020
ASSALAMUALAIKUM...
7 Hidangan Ramadan Yang Mesti Dicuba Dirumah
Ramadan bakal menjelma tidak lama lagi. Inilah masa untuk kita semua menjalani ibadah puasa dan menikmati pelbagai juadah yang enak. Namun, bukan mudah untuk kekal sihat apabila kandungan gula dan lemak yang tinggi dihidang dalam makanan yang dijual. Orang ramai yang bersesak-sesak pada waktu puncak pula membuatkan urusan membeli juadah Ramadan satu perkara yang melecehkan.
Jadi, apa yang anda boleh buat untuk memenuhi keinginan menikmati kuih-muih semasa Ramadan yang biasa dibuat oleh nenek? Kita buat sendiri!
Kami telah mengumpulkan satu senarai kuih dan pencuci mulut yang mesti dicuba di rumah. Ia terdiri daripada yang paling mudah dan cepat, malah boleh dibuat oleh mereka yang jarang memasak di rumah, hinggalah hidangan yang memerlukan sedikit kemahiran, usaha dan masa.
Bagi memastikan kuih dan pencuci mulut ini mesra pengguna, kami tidak memasukkan hidangan yang memerlukan peralatan khas yang tiada di dapur kecil anda.
Semua hidangan ini mengandungi santan yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia dengan rasa lemak berkrim yang enak. Kami mengujinya dengan menggunakan Santan Ayam Brand yang hadir dalam tiga variasi iaitu Santan, Santan Trim (45% kurang lemak) dan Santan Super Light (75% kurang lemak berbanding Santan Ayam Brand) bersama resepi yang diambil daripada http://www.ayambrand.com.my/ raya2020 .
Untuk memastikan kandungan lemak lebih rendah, tiada satu pun hidangan ini yang digoreng. Kebanyakan resepi ini mempunyai rasa manis yang sederhana. Tetapi jika anda sedang dalam diet kurang gula, kurangkan sahaja rasa manisnya.
Psssstt… rebut peluang untuk memenangi hadiah menarik jika anda membuat kuih-muih ini. Kongsikan di Instagram atau Facebook anda dan tag @ayambrandmy di Instagram atau @ayambrandmalaysia di Facebook, selain gunakan hashtag #beRAYAmbrand. Beritahu mereka kenapa ia merupakan hidangan kegemaran anda semasa Ramadan atau Raya. Peraduan bermula pada 5 April dan berakhir 14 Jun dengan 16 hadiah mingguan dan dua hadiah utama untuk dimenangi!
1-Bubur Jagung
Pencuci mulut yang paling senang pernah kami cuba. Cuma masukkan ramuan mengikut turutan, kacau dengan kepanasan sederhana sehinggalah bubur siap. Kemudian, letakkan ke dalam mangkuk. Taburkan dengan jagung manis. Enak dinikmati ketika panas dan menyegarkan apabila dimakan sejuk. Jika anda boleh kacau periuk tanpa sebarang insiden, anda boleh buat bubur ini!
Tempoh memasak: 20 minit Hidangan untuk: 4 Tahap kemahiran: 1/10
2-Bubur Kacang
Bubur yang sedikit manis, kaya dengan serat dan protein ini cukup enak sebagai juadah berbuka puasa. Bubur kacang boleh dinikmati begitu sahaja jika anda tidak ada masa untuk menyediakan juadah yang banyak. Hidangan ini terdiri daripada kacang, sagu, jagung, santan dan pandan untuk rasa yang enak. Rendam kacang semalaman untuk menjimatkan masa memasak. Masukkan semua ramuan itu ke dalam satu periuk besar dalam turutan yang betul, kacau, reneh dan ia sedia untuk dimakan!
Tempoh memasak: 20 minit Hidangan untuk: 4 Tahap kemahiran: 1/10
3-Puding Jagung
Juadah ketiga ialah puding jagung manis. Masukkan ramuan mengikut turutan ke dalam periuk besar, kacau, kacau dan kacau dengan api kecil. Masukkan ke dalam acuan atau bekas kaca yang rata, masukkan ke dalam peti ais sehingga sejuk. Potong kecil sekiranya perlu. Sebelum hidang, taburkan dengan keju parmesan untuk rasa masin dan berkrim.
Tempoh memasak: 30 minit Hidangan untuk: 12 Tahap kemahiran: 1/10
4-Kuih Talam
Seterusnya ialah kuih talam. Kami letakkannya di tempat keempat kerana kuih dua lapis ini agak mencabar untuk dibuat, tetapi usaha itu berbaloi kerana rasanya sedap! Satukan ramuan untuk lapisan atas, letakkan di atas talam dan stim selama 10 minit. Untuk lapisan bawah, bancuh ramuan kedua, tuang berhati-hati ke dalam talam yang sama sehingga hampir penuh dan stim sekali lagi selama 20 minit. Untuk rasa yang lebih ringan gunakan Santan Super Light. Biarkan sejuk. Potong kecil atau hidangkan dalam saiz berasingan. Hiaskan dengan jagung manis dan kelapa parut untuk jadikannya lebih menarik!
Tempoh memasak: 1 jam Hidangan untuk: 12 Tahap kemahiran: 3/10
5-Agar Agar Buah
Hidangan kelima adalah satu jenis hidangan yang dinantikan apabila anda menjemput ahli keluarga dan rakan untuk berbuka puasa! Bagaimanapun, ini merupakan satu lagi kuih dua lapis yang sedap daripada acuan berbeza. Maksudnya, lebih banyak masa dan pinggan mangkuk yang perlu dibasuh selepas itu. Hasilkan jeli laici yang jernih mengikut resepi, tuangkan ke dalam acuan, kemudian tambah pilihan buah-buahan segar. Biarkan selama 20 minit. Sementara itu anda boleh sediakan lapisan jeli santan pandan yang berkrim. Tuangkannya di atas jeli buah, biarkan ia sejuk sedikit sebelum masukkan ke dalam peti ais. Keluarkan daripada acuan sebelum hidangkannya di atas pinggan. Cantik, sedap dan sihat dengan buah-buahan yang kaya dengan serat dan santan yang berkrim. Memang berbaloi!
Tempoh memasak: 2 Jam Hidangan untuk: 6 Tahap kemahiran: 3/10
6-Kuih Seri Muka
Memerlukan lebih banyak kemahiran di hidangan keenam iaitu kuih yang terdiri daripada lapisan pulut dan kastard santan. Rendam pulut selama setengah jam sebelum masukkan ramuan lain termasuklah santan untuk lapisan pulut, kemudian stim selama 20 minit. Sementara itu, siapkan lapisan kastard kelapa sebelum kukus di atas air yang mendidih sehingga ia sedikit pekat. Jangan masak di atas api untuk mengelak ia menjadi seperti telur dadar! Kacau campuran pulut, tekan supaya ia menjadi bentuk, kemudian tuang kastard di atasnya. Stim selama 30 minit lagi. Biarkan sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.
Tempoh memasak: 1 jam Hidangan untuk: 6 Tahap kemahiran: 5/10
7-Kuih Kaswi Labu
Kuih Kaswi Labu ialah kuih yang sihat untuk penggemar labu. Ia jarang dijumpai di bazar kerana ia sukar dibuat. Stimkan labu, lenyek dan sejukkan. Buat satu ‘pelekat’ menggunakan tepung ubi dan serbuk agar-agar kemudian tambah labu lenyek yang sudah sejuk, santan dan bahan lain. Kacau sehingga ia membentuk tepung sadur yang licin. Tapis untuk asingkan ketulan sebelum tuang ke atas talam atau acuan sendiri. Kukus selama sejam, sejukkan dan potong empat segi jika perlu. Tabur kelapa parut. Sedap!
Tempoh memasak: 1 jam 40 minit Hidangan untuk: 15 Tahap kemahiran: 5/10
ASSALAMUALAIKUM...
SENARAI LINK TELEGRAM E-BAZAAR DISELURUH NEGERI JOHOR | Kita semua umat islam diseluruh dunia dan diseluruh Malaysia akan mulai berpuasa pada akhir bulan April ini.Bila keadaan seluruh dunia masih lagi bergolak dengan penyakit virus QIF19 ini maka semua bazar Ramadhan diseluruh negara telah dibatalkan urusan perniagaannya tapi kita masih boleh menggunakan talian telegram E-Bazaar ini untuk mengetahui maklumat yang perlu kita ketahui..Jadi kita boleh membuat tempahan juadah untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan nanti dengan mengetahui maklumat yang diberikan nanti melalui telegram E-Bazaar ini..
Di bawah ini disediakan talian telegram
E-Bazaar disekitar daerah di Johor.
Tapi kita perlu ada perkhidmatan telegram dan kita boleh join channel ini untuk mengetahui maklumat di E-Bazaar.Pilihlah di daerah mana yang berdekatan dengan tempat tinggal kawan-kawan semua.
Di bawah ini disediakan talian telegram
E-Bazaar disekitar daerah di Johor.
Tapi kita perlu ada perkhidmatan telegram dan kita boleh join channel ini untuk mengetahui maklumat di E-Bazaar.Pilihlah di daerah mana yang berdekatan dengan tempat tinggal kawan-kawan semua.
SENARAI LINK TELEGRAM E-BAZAAR JOHOR
E-BAZAAR JOHOR
https://t.me/joinchat/AAAAAE3zZrEaeV9WBqG-ZA
https://t.me/joinchat/AAAAAE3zZrEaeV9WBqG-ZA
E-Bazaar Tangkak
https://t.me/joinchat/P8CkYBoxeKRlwZuW0Qv8JQ
https://t.me/joinchat/P8CkYBoxeKRlwZuW0Qv8JQ
E-Bazaar Muar
https://t.me/joinchat/P8CkYBgE9bp5tnsnh4bk8g
https://t.me/joinchat/P8CkYBgE9bp5tnsnh4bk8g
E-Bazaar Kulai
https://t.me/joinchat/P8CkYBwpWS-wjJLvymtNyQ
https://t.me/joinchat/P8CkYBwpWS-wjJLvymtNyQ
E-Bazaar Kota Tinggi
https://t.me/joinchat/P8CkYBsyQp9huaPGxnyuAA
https://t.me/joinchat/P8CkYBsyQp9huaPGxnyuAA
E-Bazaar Bandar Penawar
https://t.me/joinchat/P8CkYBv16JcEDuz6EAgr9A
https://t.me/joinchat/P8CkYBv16JcEDuz6EAgr9A
E-Bazaar Mersing
https://t.me/joinchat/P8CkYBhqcP1IZs1B457Ngg
https://t.me/joinchat/P8CkYBhqcP1IZs1B457Ngg
E-Bazaar Kluang
https://t.me/joinchat/P8CkYBoiPppKpaATpd8Tiw
https://t.me/joinchat/P8CkYBoiPppKpaATpd8Tiw
E-Bazaar Segamat
https://t.me/joinchat/P8CkYBnPjPwMlzHQPdQYsQ
https://t.me/joinchat/P8CkYBnPjPwMlzHQPdQYsQ
E-Bazaar Johor Bahru
https://t.me/joinchat/P8CkYBomuBXej9pfmt_dXg
https://t.me/joinchat/P8CkYBomuBXej9pfmt_dXg
E-Bazaar Iskandar Puteri
https://t.me/joinchat/P8CkYBtNe17fxQYBL13EQg
https://t.me/joinchat/P8CkYBtNe17fxQYBL13EQg
E-Bazaar Pasir Gudang
https://t.me/joinchat/FJ4tvRp5FzZkEhQI0TB_Jg
https://t.me/joinchat/FJ4tvRp5FzZkEhQI0TB_Jg
E-Bazaar Pontian
https://t.me/joinchat/P8CkYBNPu9G3M3Af47Fcow
https://t.me/joinchat/P8CkYBNPu9G3M3Af47Fcow
E-Bazaar Batu Pahat
https://t.me/joinchat/P8CkYBlGltJ8a9pmN_xEdw
https://t.me/joinchat/P8CkYBlGltJ8a9pmN_xEdw
E-Bazaar Ayer Hitam
https://t.me/joinchat/P8CkYBvxAya2Dck6wZY3fg
https://t.me/joinchat/P8CkYBvxAya2Dck6wZY3fg
E-Bazaar Parit Raja
https://t.me/joinchat/P8CkYBjNXav2ygz6AlafXw
https://t.me/joinchat/P8CkYBjNXav2ygz6AlafXw
E-Bazaar Sri Gading
https://t.me/joinchat/P8CkYBtRqLwSl-mY5YUnFw
https://t.me/joinchat/P8CkYBtRqLwSl-mY5YUnFw
E-Bazaar Parit Yaani
https://t.me/joinchat/P8CkYBtrM1Ifq2xDFAjHww
https://t.me/joinchat/P8CkYBtrM1Ifq2xDFAjHww
E-Bazaar Tongkang Pechah
https://t.me/joinchat/P8CkYBnRYWUX0KU_6YsF6w
https://t.me/joinchat/P8CkYBnRYWUX0KU_6YsF6w
Wednesday, April 08, 2020
Friday, April 03, 2020
ASSALAMUALAIKUM...
HASIL TANAMAN SENDIRI WALAUPUN TANAM POKOK DALAM TONG CAT | Dah ramai pun dapat merasa buah betik hasil tanaman hubby mama ni..alhamdullilah dapat juga berkongsi rezeki dengan jiran-jiran mama dan bila rezeki dikongsi bersama semakin galak pulak pokok betik ni mengeluarkan buahnya...rasanya pun memang cukup manis, agaknya semasa hubby mama menanam pokok betik ni dia tersenyum kot tu sebab buah betik ni manis...hahaha lawak jer mama ni kan..
Dah semakin meninggi pokok betik ni tapi sentiasa ada jer buahnya...hubby mama pun hanya menanam pokok betik ni di dalam tong cat jer tapi pokoknya tetap berbuah dan mengeluarkan banyak hasilnya...
Hasil yang baru dipetik oleh hubby mama sebentar tadi..kalau tak pandang betul-betul memang tak perasan pun buah betik ni dah masak menguning di atas pokok...
Ada lagi beberapa biji buah betik muda yang tinggal...biarkan tunggu sehingga masak nanti baru dipetik lagi...
p/s hari ke 17 PKP...