ASSALAMUALAIKUM...
HASIL TANAMAN SENDIRI WALAUPUN TANAM POKOK DALAM TONG CAT | Dah ramai pun dapat merasa buah betik hasil tanaman hubby mama ni..alhamdullilah dapat juga berkongsi rezeki dengan jiran-jiran mama dan bila rezeki dikongsi bersama semakin galak pulak pokok betik ni mengeluarkan buahnya...rasanya pun memang cukup manis, agaknya semasa hubby mama menanam pokok betik ni dia tersenyum kot tu sebab buah betik ni manis...hahaha lawak jer mama ni kan..
Dah semakin meninggi pokok betik ni tapi sentiasa ada jer buahnya...hubby mama  pun hanya menanam pokok betik ni di dalam tong cat jer tapi pokoknya tetap berbuah dan mengeluarkan banyak hasilnya...
Hasil yang baru dipetik oleh hubby mama sebentar tadi..kalau tak pandang betul-betul memang tak perasan pun buah betik ni dah masak menguning di atas pokok...
Ada lagi beberapa biji buah betik muda yang tinggal...biarkan tunggu sehingga masak nanti baru dipetik lagi...

p/s hari ke 17 PKP...