Semalam mama dok sibuk memerhatikan hubby yang berperangai macam budak kecik jer mama cakap macam tu sebabnya adalah kerana gambar yang kat atas tu.... balik dari Pontian tadi sampai kat rumah dan lepas solat zuhur dia dah mula wat rangka layang2 ni sampailah jadi mcm gambo kat atas tu.....
Lagaknya macam x pernah nampak lelayang jer kemaruk bebenor...bila lalu kat Padang Mutiara Rini tu sibuk jer nak beli layang2 tapi x dapat2....jadi tadi dia dok sibuk leka membuat layang-layang buatan sendiri katanya nak pi main layang-layang sambil berjogging....dalam diam-diam siap juga layang-layang buatan sendiri tu tapi masih x tahu la mama ntah boleh terbang ke tidak.. jadi untuk mencuba menerbangkannya kami semua telah ke Padang Layang-Layang Mutiara Rini....
lelayang buatan sendiri....
Sampai di sana sudah ramai yang beraksi dengan layang-layang masing2 cantik bermacam-macam warna dan rupa....hubby mulalah malu untuk mengeluarkan layang-layang buatan tangan sendirinya kerana semua yang ada di situ mempunyai layang2 yang cantik2 sedangkan dia punyer hanya biasa2 je....sebenarnya kami semua pun malu nak melihat hubby mama melayangkan layang2nya tapi mama memaksa juga kerana dah terlanjur sampai ke tapak tu...
Akhirnya terpaksa juga hubby mama menaikkan layang2 tu dan dengan sekelip mata layang-layang tu terbang ke atas tapi hampa kerana layang2 tu berat sebelah dah asyik berpusing2 di udara akhirnya hubby mengambil keputusan menurunkannya....frust dan kecewa betul sebab tidak dapat memainkan lelayang buatan sendirinya tadi....akhirnya hubby pergi juga ke gerai yang menjual lelayang dan terus membelinya akhirnya dapat juga lelayang yang baru dan sempurna untuk digunakan.....
Beli juga lelayang baru
Dengan gembiranya hubby pun segera la memainkan lelayang barunya itu....wah terujanya hubby mama sebab telah mendapat lelayang baru tu macam budak kecil la lagaknya...kami semua melayankan jer kerenah hubby yang teruja dengan lelayang barunya itu...ni lah akibatnya kalau tidak ada anak kecil bapaknya pulak yang jadi budak keciknya...
Assalamualaikum.... Tetiba teringat makcik tua yang menjual ikan masin kat kedai makan tadi...Pagi tadi mama mengikut hubby ke Kolej Matrikulasi Teknikal Pontian sebab ada sedikit taklimat buat anggota-anggota kat pos kawalan....selesai semuanya perut mulalah berbunyi minta di isikan sebab masih kosong dari pagi tadi....
Pergilah satu gerai makan kat tepi laut tu lalu duduk kat satu meja kosong sambil menunggu nasi lemak yang diorder sampai tiba-tiba datang seorang makcik tua sambil menjual ikan masin ngan belacan nyer...sebelum sampai kat meja mama makcik tua tu dah pi kat satu meja ni 2 orang wanita tu buat tak tahu jer kesian plak bila tengok dia....
makcik : assalamualaikum nak... mama n hubby : waalaikumussalam sambil bersalaman..... makcik : anak nak beli ikan masin,belacan pun ada....(terus jer kuarkan ikan masindan belacan tu lalu meletakknnya kat atas meja...
nasi lemak yang diorder sampai tapi makcik tua tu masih dok mengeluarkan bahan jualan nyer di atas meja mama tu....
hubby : berapa inggit ni makcik...? makcik tua : 3 bungkus 5 inggit...
(kesian ngan makcik tu terus bayar harga ikan masin tu)...
hubby: makcik dari mana ...? makcik tua : Benut...baru sampai belum makan lagi ni.... hubby : oh yer ke... mama : abang..pi lah amik lagi satu nasi lemak tu... hubby : makcik nak makan ke ? makcik tua : boleh juga lah lalu meminta dari budak kedai tu nasi lemak tambah ayam goreng dan kopi o panas... mama :(hanya dapat berkata2 dalam hati sambil melihat makcik tua tu makan)"kesian nyer makcik ni lapar sangat kot.."
Setelah selesai makan mama membayar harga makanan tu dan kami memohon pergi dulu...
makcik tua : terimakasih nak... mama n hubby: sama-sama makcik....
Tak salahkn membantu pada orang yang memerlukan...apalah sangat dengan 5 inggit dan nasi lemak ayam tu...mana tahu rezeki yang kita akan dapat akan lebih lagi dari itu nanti.... renung-renungkan dan selamat beramal....
p/s.. 2 orang wanita tadi berlalu sambil bercakap dan menoleh pada mama... kenapa ek salah ke memberi makan pada orang tua dan membeli ikan masin nye....??
Hari ni mama nak review sebuah buku yang sangat best isi kandungannya kerana di dalamnya terdapat semua isu-isu jodoh dan cinta untuk semua yang sedang mencari pasangan hidup.Pada yang sedang mencari pasangan hidup tu eloklah membaca isi kandungan buku ini moga dapat panduan dan cinta yang sejati. Soal jodoh,pertemuan, ajal, maut semuanya adalah ketentuan Allah hanya padanya kita sebagai manusia hanya dapat berserah bagaimana semua itu berlaku.Soal jodoh ni adalah di tangan Tuhan,tetapi manusia haruslah berikhtiar mencari dan memilih pasangan itu sendiri.
Walaupun perasaan cinta dan kasih sayang merupakan fitrah dari Allah tetapi kita perlu sedar bahawa keabadian cinta itu tidak diperolehi sebagai satu anugerah tanpa diiringi dengan usaha yang bersungguh.Sikap berhati-hati dalam menentukan pilihan untuk pasangan hidup merupakan ciri khas dari insan budiman.
Dalam kehidupan bermasyarakat perkahwinan dan pernikahan sangat diperlukan bertujuan untuk meneruskan kehidupan umat manusia di bumi ini.Perkahwinan adalah fitrah bagi setiap makhluk Allah dan ianya akan menjadi asas kehidupan ini.
Banyak bab-bab menarik di dalam buku ini di antaranya: Bab 1 - Cinta dan persiapan mencapai keluarga bahagia -menentukan dan memilih pasangan hidup -Lelaki dan wanita yang diredahi Allah -Suami yang diingini wanita -Persediaan diri untuk berkahwin -Memilih isteri idaman -Sifat-sifat wanita yang mulia Hanya bab pertama yang dapat mama bagi tahu yer pada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut isi kandungannya carilah buku ini di kedai menjual buku-buku....tidak rugi kalau kita membaca isi kandungannya.
Rasulullah SAW telah bersabda,diriwayatkan oleh Ibnu Abbas...
"Perasaan kasih adalah kecintaan suami kepada isterinya.Perasaan sayang adalah sayangnya suami kepada isterinya meskipun ada keburukan pada dirinya"
Seronoknya bila nak kawinkan tajuk n3 dah teruja sesangat....
wah!!!!! ayat mama x boleh tahankan...
rasa macam nak kawin semula rasanya seronok tau kawen ni gedik la plak mama ni...
bila orang nak berkawen ni kan serba serbi semuanya seronok nak buat tu nak buat ni
nak beli tu nak beli ni wah teruja rasanya hahahaha ....
teringat dulu2 masa nak adakan majlis kenduri kawen mama
kat kampung teramatlah teruja nyer masa tu...
apalah mama ni nak bercerita tu cover2 sikit kang terbabas plak bab2 yang tutttt,
mama plak yang exsited pasal bab-bab nak kawen ni
yer la sape la yang x exsited bila nak memasuki alam baru ni
bukan selalu yer kita dapat merasainya sekali seumur hidup jekan....
kalau x caya tanya jer kat kekawan yang dah berkawen seronok ke tidak
bila dah berkawen ni dan kalau x percaya juga kawen je baru tahu sendiri...
Pada kekawan semua yang dah berkawen tu mesti ada
pengalaman2 yang menarik pasal bab-bab kawen macam ni dulukan....
Mama bukan apa saja jer nak mengimbau kenangan lalu masa2 nak berkawen dulu....
kenduri kawen ni sebenarnya adalah satu majlis yang cukup
seronok bagi kedua-dua belah pihak mempelai kerana dengan adanya
majlis akad nikah ni sempurnalah ikatan janji kedua2nya
untuk membina mahligai bahagia atas dasar cinta dan kasih sayang yang telah lama terjalin.
Bila dah memasuki gerbang perkahwinan ni kita seharusnya
cukup bersedia dari segi mental dan fizikal supaya rumahtangga yang
dibina dapat berkekalan hingga hujung nyawa setiap pasangan pengantin.
Biarlah semua susah senang dapat dihadapi bersama-sama selagi hayat dikandung badan...
Sabda Rasullah SAW
"Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam bukan dari kepalanya untuk dijunjung atasnya, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, melainkan di sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat pada lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai"
Sesungguhnya apabila suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandangan (dengan cinta dan kasih) Maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih sayang dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran di sela-sela jari tangan mereka
Diriwayatkan oleh Maisaran bin Ali dari Abu Said Al-Khudri
Follower mama yang ke 900 ini adalah seorang ibu muda yang
cute dan manis bernama Naura mempunyai 2 orang puteri yang manis macam ibunya juga like mother like daughter n seorang putera...
Mama suka blog Naura ni kerana semua n3 beliau mengisahkan xtvt beliau bersama-sama dengan familynya...
Beliau juga mempunyai blog Naura Fashion yang mana blog ini menjual bermacam-macam jenis tudung
pada sesiapa yang berminat nak mengorder tudung dari blog Naura ini
klik kat sini dan pilih jer tudung mana yang kengkawan suka. Jom kekawan semua kita terjah blog Naura dan marilah kita meramaikan follower beliau dan sokong juga blog Naura Fashion yer...
Hari ini jom kita join segmen dari blogger yang memang dah terkenal dengan ikon kereta Kancilnya...
pada sesiapa yang nak menjoinkan diri dalam segmen blogger Kancil ni jom klik kat sini pastu bolehlah join sekali yer...
Mama sebenarnya suka dengan kartun animasi "GARFIELD"ni citenye tentang seekor kucing kuning gemuk ngan kawan nyer tu lupa plak nama kawannya dan tuannya...
Kucing Garfield yang gemuk dan suka sangat makan Lasagna daging....
kenapa mama minat pada cite animasi Garfield ni yer.....
ntah la setahu mama sebab mama suka kucing tu je kot lain2 x ada la..
Bila mama mula tersuka dengan cite animasi ni tu pun mama lupa tapi bila tengok ada kat tv lagilah suka tengok....
cite Garfield The Movie pun mama sanggup beli CD filem die sebab boleh tengok banyak kali cite Garfield ni...
Inilah kucing kuning gemuk yang paling mama suka tu
Hari ni mama nak bercerita sikit tentang mini library atau mini perpustakaan mama kat rumah.Tentu kengkawan semua sukakn pergi atau selalu pergi ke perpustakaan awan perpustakaan sekolah atau lebih senang ada yang mempunyai library sendiri kat rumah tu...pasti bestkan kalau terdapat banyak buku-buku yang boleh kita baca di masa lapang dan masa-masa yang tertentu di dalam library kat rumah kita tu.
Pada mama library ni sebenarnya baik untuk semua golongan umur kerana di situlah kita dapat merelaxkan diri dan minda dengan membaca buku-buku kegemaran kita.Terasa kepuasan itu bila kita dapat mengumpulkan berbagai-bagai jenis buku di mini library tu...Anak-anak pun akan lebih rajin membaca jika kita menyediakan buku-buku yang menarik buat mereka membaca dan menatapnya nanti.Dengan adanya bahan bacaan yang menarik dan semangat dari ibubapa akan membuat anak-anak lebih bersemangat rajin membaca
Janganlah kita merasa kedekut untuk mengeluarkan wang ringgit untuk membeli buku-buku kegemaran mereka kerana ilmu pengetahuan itu tidak boleh ditukarkan dengan wang ringgit sebenarnya...Memberikan pengetahuan untuk anak-anak melalui buku adalah satu cara yang amat berguna sekali sebab mereka akan lebih menyukai membaca buku2 yang kita sediakan itu nanti.Alangkan indahnya melihat anak-anak dapat dan duduk membaca di mini perpustakaan di rumah kitakn...
Di rumah mama sediakan mini library buat anak-anak membaca buku di masa lapang mereka.Walaupun kecil tapi menjadi satu tempat yang menyeronokan bila kita mendekatinya.Di mini library ini mama letakkan semua buku2 yang selalu dibaca oleh anak2 mama majalah,novel,buku2 agama,buku motivasi,buku teks sekolah buku pelajaran anak-anak juga mama letakkan sekali supaya senang mereka nak melihat kembali buku-buku itu.
Budaya membaca ini haruslah kita serapkan di dalam jiwa anak2 sejak dari kecil lagi supaya
mereka tidak membazirkan masa yang terluang itu dengan membuat perkara2 yang sia2 dan bukan2.Budaya membaca ini sebenarnya adalah salah satu cara mendidik anak-anak supaya mereka akan rajin membaca dan beroleh ilmu sejak dari kecil lagi.Marilah kita ujudkan mini library di satu sudut rumah kita supaya budaya membaca ni sentiasa ada di dalam ruang rumah kita...
Marilah kita ujudkan mini library di satu sudut rumah kita.
Mini library mama kalau boleh nak tambah koleksi buku2 lagi
majalah yang ada di library mama majalah keluarga,majalah Impiana majalah Maskulin majalah Wanita,Buku Resepi
majalah Anjung Seri, majalah Nur ,majalah Dara.Com
Entry hari ini mama nak ceritakan bagaimana penjagaan kucing atau si comel kita dengan baik. Buku penjagaan kucing ini mama dapat dah lama tapi tidak pun digunakan atau diperhatikan. Pihak WHISKASlah yang telah menghantar sample makanan dan buku penjagaan kucing ini bulan lepas.
Hari ini tergerak hati plak nak baca akan isi kandungannya. Rupa-rupanya banyak yang dapat kita pelajari dari isi kandungan buku ini salah satunya ialah jenis-jenis kucing yang terdapat di dalam dunia ini.
Hari ini kita akan mengetahui akan jenis-jenis kucing yang kita pelihara atau jenis kucing yang tidak pernah kita lihat selama ini.
Inilah gambar jenis-jenis kucing yang terdapat di dalam buku yang mama baca itu. Sebenarnya setiap gambar-gambar tu ada info mengenai kucing-kucing itu tapi al-maklumlah kalau buat satu-satu gambar tu lagi panjang berjela lah entry mama ini. Di lain n3 mama akan menunjukkan "Bagaimana memastikan si comel sentiasa di sisi kamu" Ok...Bye!!!!!
muka depan bukunya
Jenis kucing yang berbulu pendek
gambar-gambar kucing berbulu pendek
Kucing berbulu pendek
Kucing separuh berbulu panjang
Kucing berbulu panjang
Kucing exotic dan kucing biasa
Di harapkan entry mama ini dapat memberitahu kengkawan semua akan panduan jenis-jenis kucing yang tidak kita ketahui dan yang kita ketahui.
All content provided on this blog is for informational purposes only. The author of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.
The author will not be liable for any errors or omissions in the information nor for the availability of the information on this blog. The author will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of the information on this blog. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.