SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...
Hari ni mama nak bercerita sikit tentang mini library atau mini perpustakaan mama kat rumah.Tentu kengkawan semua sukakn pergi atau selalu pergi ke perpustakaan awan perpustakaan sekolah atau lebih senang ada yang mempunyai library sendiri kat rumah tu...pasti bestkan kalau terdapat banyak buku-buku yang boleh kita baca di masa lapang dan masa-masa yang tertentu di dalam library kat rumah kita tu.

Pada mama library ni sebenarnya baik untuk semua golongan umur kerana di situlah kita dapat merelaxkan diri dan minda dengan membaca buku-buku kegemaran kita.Terasa kepuasan itu bila kita dapat mengumpulkan berbagai-bagai jenis buku di mini library tu...Anak-anak pun akan lebih rajin membaca jika kita menyediakan buku-buku yang menarik buat mereka membaca dan menatapnya nanti.Dengan adanya bahan bacaan yang menarik dan semangat dari ibubapa akan membuat anak-anak lebih bersemangat rajin membaca

Janganlah kita merasa kedekut untuk mengeluarkan wang ringgit untuk membeli buku-buku kegemaran mereka kerana ilmu pengetahuan itu tidak boleh ditukarkan dengan wang ringgit sebenarnya...Memberikan pengetahuan untuk anak-anak melalui buku adalah satu cara yang amat berguna sekali sebab mereka akan lebih menyukai membaca buku2 yang kita sediakan itu nanti.Alangkan indahnya melihat anak-anak dapat dan duduk membaca di mini perpustakaan di rumah kitakn...

Di rumah mama sediakan mini library buat anak-anak membaca buku di masa lapang mereka.Walaupun kecil tapi menjadi satu tempat yang menyeronokan bila kita mendekatinya.Di mini library ini mama letakkan semua buku2 yang selalu dibaca oleh anak2 mama majalah,novel,buku2 agama,buku motivasi,buku teks sekolah buku pelajaran anak-anak juga mama letakkan sekali supaya senang mereka nak melihat kembali buku-buku itu.

Budaya membaca ini haruslah kita serapkan di dalam jiwa anak2 sejak dari kecil lagi supaya
mereka tidak membazirkan masa yang terluang itu dengan membuat perkara2 yang sia2 dan bukan2.Budaya membaca ini sebenarnya adalah salah satu cara mendidik anak-anak supaya mereka akan rajin membaca dan beroleh ilmu sejak dari kecil lagi.Marilah kita ujudkan mini library di satu sudut rumah kita supaya budaya membaca ni sentiasa ada di dalam ruang rumah kita...

Marilah kita ujudkan mini library di satu sudut rumah kita.


Mini library mama kalau boleh nak tambah koleksi buku2 lagi


 majalah yang ada di library mama majalah keluarga,majalah Impiana
majalah Maskulin majalah Wanita,Buku Resepi

 majalah Anjung Seri, majalah Nur ,majalah Dara.Com 

Buku pelajaran n kamus

 Buku motivasi

Buku Novel   

Majalah remaja