Hari ni mama nak review sebuah buku yang sangat best isi kandungannya kerana di dalamnya terdapat semua isu-isu jodoh dan cinta untuk semua yang sedang mencari pasangan hidup.Pada yang sedang mencari pasangan hidup tu eloklah membaca isi kandungan buku ini moga dapat panduan dan cinta yang sejati.
Soal jodoh,pertemuan, ajal, maut semuanya adalah ketentuan Allah hanya padanya kita sebagai manusia hanya dapat berserah bagaimana semua itu berlaku.Soal jodoh ni adalah di tangan Tuhan,tetapi manusia haruslah berikhtiar mencari dan memilih pasangan itu sendiri.
Walaupun perasaan cinta dan kasih sayang merupakan fitrah dari Allah tetapi kita perlu sedar bahawa keabadian cinta itu tidak diperolehi sebagai satu anugerah tanpa diiringi dengan usaha yang bersungguh.Sikap berhati-hati dalam menentukan pilihan untuk pasangan hidup merupakan ciri khas dari insan budiman.
Dalam kehidupan bermasyarakat perkahwinan dan pernikahan sangat diperlukan bertujuan untuk meneruskan kehidupan umat manusia di bumi ini.Perkahwinan adalah fitrah bagi setiap makhluk Allah dan ianya akan menjadi asas kehidupan ini.
Banyak bab-bab menarik di dalam buku ini di antaranya:
Bab 1 - Cinta dan persiapan mencapai keluarga bahagia
-menentukan dan memilih pasangan hidup
-Lelaki dan wanita yang diredahi Allah
-Suami yang diingini wanita
-Persediaan diri untuk berkahwin
-Memilih isteri idaman
-Sifat-sifat wanita yang mulia
Hanya bab pertama yang dapat mama bagi tahu yer pada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut isi kandungannya carilah buku ini di kedai menjual buku-buku....tidak rugi kalau kita membaca isi kandungannya.
Rasulullah SAW telah bersabda,diriwayatkan oleh Ibnu Abbas...
"Perasaan kasih adalah kecintaan suami kepada isterinya.Perasaan sayang adalah sayangnya suami kepada isterinya meskipun ada keburukan pada dirinya"
22 Comments
wallah
ReplyDeletemimi harusssss ada buku ni
kekekee
persediaan utk 5 6 taon lagi kan
waaaa..
nak kene pi cri ni =]
mnarik la ...rajinnye mama beli ,bace ye ^^
ReplyDeletewahh.. nanti nk kahwin, kena beli satu ni.. baru aman rumah tangga..
ReplyDeletewah...menarik buku ni mama...org yg nk kawin kena baca buku ni..sebagai pedoman untuk melayari bahtera perkahwinan...
ReplyDeletemenarik!
ReplyDeleteAssalamualaikum mama...
ReplyDeletebestnya buku nie...nanti kancil akan cari...terima kasih mama kerana sudi berkongsi maklumat
Eh cm best je buku ni waaaa
ReplyDeletekita kena berusaha cari jodoh yang terbaik... sebab tu kena baca banyak buku panduan kan kak!
ReplyDeletemacam best..nak terjah kedai buku..:)
ReplyDeleteblh hadiah kat kawan ni..menarik..kawan tu sian dia cari jodoh asyik xjadi je..lum jmp lagi tu..mama..semoga sihat eh
ReplyDeletemama.... saya teringin sangat nak membaca buku ni.... saya nak cari jodoh yang sesuai.. heeee
ReplyDelete@aimie amalina
ReplyDeletebetol2 kene beli satu wat simpanan yer...:)
@SoLy SoLicious
ReplyDeleteisi masa lapang ...:)
@Zul Fattah
ReplyDeletebetol2 kene beli satu tau...:)
@Santri T.P.I.N.I
ReplyDeletebetul2 tu...:)
@Sunah Sakura
ReplyDeletemekacih yer...:)
@Kancil 8349
ReplyDeletesama2 ...:)
@Iffah Afeefah
ReplyDeletemmg best pun....:)
@mas saari
ReplyDeleteyer betul tu...:)
@lieynanilaz
ReplyDeletecarilah mesti ada...:)
@Fad
ReplyDeleteboleh apa salah nyer bagus sebagai hadiah...:)
@Gen2Merah
ReplyDeletebaca la InsyaAllah dpt jodoh yg sesuai...:)
Post a Comment