SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum kengkawan semua...
Hari ni cuaca lembab semacam jer dari semalam hujan turun 
mencurah2 membasahi bumi yg gersang setelah beberapa hari ini...
Dalam dok melayani kesejukan cuaca hujan ini teringat plak
mama masa kecik2 dulu semasa arwah mak mama
ingin pergi menoreh getah...

Kalau time hujan2 mcm ni susahlah nak pi menoreh getah
sebab pokok getah basah n lembab. 
Sebagai penoreh getah ni hari hujanlah yang paling ditakuti kerana
pada hari hujan mereka tidak dapat menoreh dan tidak
dapat mencari rezeki untuk sesuap nasi pada hari tu... 
 Dulu seorang penoreh getah ini dikira pekerja
sebagai golongan bawahan je 
"kais pagi makan pagi kais petang makan petang"
pendapatannya pun kurang tapi sekarang seorang penoreh getah
 sudah mempunyai masa depan yang baik
kerana permintaan untuk getah semakin banyak dan harga getah 
sekarang pun sudah semakin mahal.
Ternyata harga getah yang naik tinggi itu telah banyak merubah
gaya hidup dan pendapatan para penoreh2 ini.

Berbalik pada cerita mama tadi semasa mama kecil2 dulu
rajin jugalah menolong mak menoreh getah ni tapi bab2 menoreh ni
masa tu mama kurang arif lagi jadi mama hanya ditugaskan untuk mengutip
susu getah yang telah penuh di dalam mangkuk untuk diletakkan 
ke dalam bekas baldi yang lebih besar.

Masa tu mama bersekolah di sebelah petang jadi sebelah pagi
mama sempat menolong mak di kebun getahnya...
 Suatu hari dalam mama dok mengutip susu getah tu
ke dalam baldi kaki mama
telah tersangkut pada dahan kayu yang ada kat kebun getah tu
apa lagi baldi yang penuh susu getah tu tumpah sekali 
yang jadi kelakarnya susu getah yang tumpah tu telah menyiram
separuh daripada badan mama ni....habis putih rambut
mama masa tu dipenui dengan susu getah tu...
geli hati mama kalau diingat2 kn 
balik peristiwa itu dah macam hantu jer rupanya...

Bayangkanlah betapa susahnya mama nak menghilangkan
susu getah itu dari rambut mama ni dengan cepat 
berputar ligat kepala memikirkan bagaimana nak ke sekolah dengan keadaan
badan yang berbau getah begitu....
apa yang dapat dibuatkan lagi terpaksalah memonteng dari ke sekolah
beberapa hari sebab badan pun masih berbau getah lagi...
Beberapa hari jenuh mak mama menguruskan rambut dan badan mama
 habis semua badan dan kepala mama telah dilumurkan dengan minyak kelapa
untuk menghilangkan kelekitan susu getah itu dari rambut dan kepala...

Bayangkanlah betapa perit dan sakitnya rambut yang telah dipenuhi getah 
bila disikat...terasa teramatlah siksanya masa tu kalau
x dibuangkan getah2 tu lagilah parah jadinya 
 jadi kenalah bertahan walaupun kesakitan yang terpaksa dihadapi....
Itulah antara pengalaman mama yang mama tidak boleh lupakan 
keinginan menolong mak
menoreh getah diakhiri dengan cerita mama 
mendapat gelaran sebagai minah getah di kampung....

Beginilah seorang penoreh getah menoreh

mesin pengelek getah lama 
untuk dijadikan getah keping