Monday, December 30, 2019

MYLO DAN NES AHLI KELUARGA BARU

ASSALAMUALAIKUM...
MYLO DAN NES AHLI KELUARGA BARU | Dengan hadir si bulus baru ni maka semakin bertambahlah ahli keluarga baru kami...kebetulan abang hubby ada beberapa ekor anak kucing yang semakin membesar ni dalam peliharaan dia,nak dijual rasanya tak sampai hati jadi abang oper kat adik beradik siapa yang berhajat nak membela bolehlah datang ambil sendiri di rumah beliau di Renggam Kluang...
Ada 5 beradik semuanya tapi hubby cuma ambil 2 ekor saja, sekor jantan dan sekor lagi betina supaya adalah pasangan dan bolehlah dibiakkan nanti...
Ada pulak yang marah tu bila ada si bulus baru masuk kawasan dia..belum boleh dekat-dekatkan lagi ni takut bergaduh pulak nanti...biarkan keadaan reda baru boleh diperkenalkan dengan ahli keluarga yang lain...
Letak kat luar dulu sebab nak bagi serasi dengan suasana dan keadaan di sini...masing-masing cuba meninjau keadaan kawasan persekitaran yang baru...
 Jalan-jalan pusing-pusing ambil peel kawasan baru budak 2 ekor ni...
Pagi ni bila buka sangkar nampaknya dua-dua dah boleh sesuaikan diri...cepat jer melompat keluar dari sangkarnya bila pintu sangkar dibuka...


p/s seronok tengok gelagat 2 ekor bulus ni...

Tuesday, December 24, 2019

SEGMEN 24 JAM BLOGLIST #35 MIALIANA.COM

ASSALAMUALAIKUM...

py Coding Entri :

Pencarian bloglist bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2020 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 3.00 petang 24/12/2019 sehingga 3.00 petang 25/12/2019. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #35 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2019.

** jom support Mia Liana....


DAMIA CUCUNDA KE DUA PULA AKAN BERSEKOLAH

ASSALAMUALAIKUM...
DAMIA CUCUNDA KE DUA PULA AKAN BERSEKOLAH | Sekejap jer dah besar cucunda grandma ni...tahun depan dah nak mula bersekolah juga...seronok Damia dah sama dengan abang Darwisynya,dah boleh ke sekolah juga...
Mama Damia sibuk buat persiapan untuk ke dua-dua cucunda mama yng nak bersekolah ni...masing-masing mula mencari baju untuk sesi persekolahan tahun 2020 yang bakal tiba...
Grandma doakan agar Damia gembira bila dah mula bersekolah nanti...seronok rasa hati grandma bila lihat cucunda dah mula nak bersekolah dan dapat melihat mereka membesar di depan mata...

p/s moga cucunda grandma jadi anak yang soleh dan solehah yer...


Sunday, December 15, 2019

DARWISY DAH BESAR SEKARANG DAH MASUK JAWI

ASSALAMUALAIKUM...
DARWISY DAH BESAR SEKARANG DAH MASUK JAWI | Alhamdullilah selesai juga masalah Darwisy...dah besar akhirnya cucunda grandma sorang ni...selamat juga menjalani majlis masuk jawi...orang dulu-dulu kalau seseorang budak lelaki selamat berkhatan mereka akan bagitahu semua yang budak tu dah selamat masuk jawi...mungkin maksudnya dah besar dan dah selamat bersunat la tu..
Alhamdullilah hari ini cucunda grandma sorang ni dah selamat berkhatan pagi tadi...agak dedor jugalah Darwisy pagi tadi sampaikan nak bercakap pun macam tak kedengaran suaranya...

Mama Darwisy pun apa kurangnya asyiklah sakit perut jee,sampai klinik pun masih nak cari toilet...bila cukup masa berkhatan dalam bilik doktor agak haru juga la dibuatnya sebab Darwisy menangis juga sedikit disebabkan kesakitan ketika dibius....alhamdullilah setelah siap keluar bilik doktor muka cuak tu dah hilang...akhirnya dapatlah juga Darwisy merasai pengalaman berkhatan atau masuk jawi ni...kenangan untuk diri Darwisy bila dah besar nanti....

p/s sekejap jer masa berlalu dah besar rupanya cucunda grandma ni...

Thursday, December 12, 2019

ENTRI FAMILY DAY TAK SIAP LAGI,BALIK JER DAH TAK SIHAT JADI POSTKAN ENTRI NI DULU

ASSALAMUALAIKUM...
ENTRI FAMILY DAY TAK SIAP LAGI,BALIK JER DAH TAK SIHAT JADI POST ENTRI NI DULU | Kononnya nak siapkan entri familyday hari tu tapi disebabkan keadaan kesihatan mama tidak mengizinkan jadi ditundakanlah entrinya...biar badan sihat betul-betul baru nak siapkan entri familyday tu nanti...
Hari ni letak sikit-sikit gambar semasa berada di sana...posing jugalah buat kenangan...

Balik dari familyday tempohari kami sekeluarga semuanya sakit perut,muntah-muntah dan ceri bery...tak tahulah apa silapnya...nak kata keadaan di sana tak elok tidak juga sebab family kami jer yang alami masalah ini dan yang lain bila ditanya elok jer...mungkin makanan yang kami makan di perhentian RnR ke atau ada yang lain ke yang bermasalah pun kami tidak mengetahuinya jadi hadap jer masalah ceri beri kami sekeluarga ni...
Posing bersama cucunda di tepian bendang yang baru disemai...bersantai di waktu petang...

Berharap sangat agar ceri beri kami sekeluarga ni segeralah pulih hendaknya...letih badan asyik keluar masuk toilet jer...
Posing ambil gambar jer tak boleh nak kayuh basikal tu sebab melayan baju jubah labuh tu...

Sayangnya sawah padi belum lagi meninggi kalau tak memang cantik pemandangan sawah padinya...

Suka sangat pemandangan langit dan sawah padi ni...

Sanggup langkah parit besar tu sebab nak bergambar kat sini...

Posing dengan anakanda dan cucunda kat sini...

Basikal dan baju sama color pulak tu...

Memori terindah akan tetap jadi kenangan...

p/s in sha Allah bila dah sihat nanti mama masukkan gambar dan aktiviti kami di sini yer...


Friday, December 06, 2019

TEASER FAMILYDAY KERABAT HASSIM@HASHIM 2019

ASSALAMUALAIKUM...
TEASER FAMILYDAY KERABAT HASHIM@HASSIM 2019 | Family day kali ni adalah untuk family sebelah hubby mama...nanti kita jumpa lagi entri seterusnya yer...


p/s semoga semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan...in sha Allah..

Thursday, December 05, 2019

BUAH TANGAN DARI JEJU KOREA

ASSALAMUALAIKUM..
BUAH TANGAN DARI JEJU KOREA | Seronoknya rasa kalau dapat buah tangan dari jauh ni kan...nk pergi sendiri memang tak dapatlah jadi dapat buah tangan dari Korea ni pun dah bersyukur sangat.
Buah tangan ini dibawa oleh mama pada cucu asuhan yang mama jaga ni...selama seminggu cucu asuhan mama ni tak ada sebab mengikut mamanya bertugas di Korea..bila balik.ada juga ole-ole yang dibawakan untuk mama ni...
 Terima kasih Yat sebab selalu ingat ole-ole untuk acik ni bila bertugas di luar negara...semoga Yat sentiasa dimurahkan rezeki selalu yee...

p/s seronok kalau dapat ole-ole dari luar negara ni kan...



AL-FATIHAH BUAT ARWAH DATO NASIR WAHAB

ASSALAMUALAIKUM...
Perginya seorang insan seni yang amat disenangi dan digemari oleh semua peminat..semua lagu-lagu beliau menjadi pujaan semua rakyat di Malaysia Brunei dan Singapura..
Al-Fatihah buat arwah Dato Nasir Wahab dan salam takziah buat keluarga beliau  semoga rohnya diketakkan dikalangan orang-orang beriman aamiin...

AYAM BRAND™ MEMPERKENALKAN TIGA PILIHAN SABA MACKAREL FLAKES DALAM SAJIAN SEDIA-UNTUK-DIMAKAN YANG MENYIHATKAN,MUDAH & ENAK

ASSALAMUALAIKUM...
Ayam Brand™ Memperkenalkan Tiga Pilihan Saba Mackarel
Flakes Dalam Sajian Sedia-Untuk-Dimakan Yang Menyihatkan, Mudah & Enak

Ayam Brand™, satu jenama sardin yang sinonim di Malaysia dengan tin ikonik berwarna kuning dan merah serta kepelbagaian sajian tuna di pasaran, kini menambah Saba Mackerel Flakes dalam senarai hidangan sedia-untuk-dimakan yang juga menyihatkan, mudah dan enak.
Saba merupakan ayat dalam bahasa Jepun yang memberi makna Mackerel Pasifik[1]. Ia merupakan hidangan ruji masyarakat Jepun, popular kerana nilai khasiat, harga yang berpatutan dan kekayaan rasa. Manakala di Malaysia, ikan saba panggang menjadi hidangan kegemaran di restoran-restoran Jepun.

Anda kini berpeluang untuk menikmati keenakan rasa eksotik ikan saba mackerel di rumah, tempat kerja atau ketika beriadah dengan Ayam Brand™ Saba Mackerel Flakes yang didatangkan dalam tiga pilihan rasa iaitu Cili, Minyak Zaitun Dara dan Mayones. Ayam Brand™ telah memastikan ketiga-tiga pilihan berkenaan menepati cita rasa tempatan, tanpa berkompromi terhadap kehebatan rasa dan kualiti kepingan ikan saba mackerel.

Saba mackerel dikenali ramai kerana memiliki rasa yang enak tetapi tahukah anda bahawa ia merupakan sejenis ikan yang kaya dengan khasiat? Ia mempunyai kandungan tinggi protein, vitamin, mineral dan asid lemak Omega-3 EPA dan DHA.

Berdasarkan sebuah artikel dari Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat, amalan pemakanan yang kaya dengan omega-3 mempunyai hubungan dengan proses penuaan yang sihat, seperti di Jepun yang mempunyai jangka hayat terpanjang di seluruh dunia[2].

Sungguhpun demikian, tubuh kita tidak menghasilkan asid lemak Omega-3. Oleh itu, adalah penting untuk mendapatkan nutrien ini daripada sumber-sumber semulajadi seperti makanan laut[3]. Saba mackerel mempunyai hampir 50% lebih kandungan Omega-3 berbanding hidangan tuna yang serupa. Hakikatnya, satu tin Chilli Saba Mackerel Flakes Ayam Brand™ mempunyai kandungan Omega-3 yang serupa dengan lapan biji kapsul softgel minyak ikan, sekali gus memenuhi keperluan mingguan Omega-3 anda[4].

Manfaat Omega-3[5]
Omega-3 boleh mendorong kesihatan otak semasa kehamilan dan kitaran awal janin kerana ia amat penting untuk pertumbuhan otak dan perkembangan bayi. Mendapatkan kandungan Omega-3 yang mencukupi semasa kehamilan dikaitkan dengan pelbagai manfaat kepada anak anda, termasuk kepintaran yang lebih tinggi, komunikasi dan kemahiran sosial yang lebih baik, kurangnya masalah tingkah laku dan pengurangan risiko pembantutan tumbesaran.

Asid Lemak Omega-3 juga memperbaiki kemahiran membaca dan sikap dalam kalangan kanak-kanak yang paling memerlukan - golongan yang mencatatkan keputusan ujian 20% paling rendah dalam kelas di peringkat sekolah rendah - menurut satu percubaan kawalan yang telah dilaksanakan[6].

Mata kita sering terdedah daripada sinar biru yang terhasil daripada skrin-skrin elektronik dan digital. Ini seterusnya akan meningkatkan risiko kerosakan mata yang kekal, malah kebutaan. Mendapatkan kandungan Omega-3 DHA, juga komponen struktur utama bahagian retina dalam mata, yang mencukupi mungkin penting dalam memastikan kesihatan mata dan mengekalkan penglihatan yang baik bagi tempoh yang lebih lama[7].

Kajian juga mendapati Omega 3 boleh memberi kebaikan kepada penyusutan kognitif berkaitan usia seperti penyakit Alzheimer. Golongan dewasa yang lebih berusia yang mendapatkan sumber Omega-3 daripada makanan laut menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam ujian kemahiran pemikiran, seterusnya mencadangkan bahawa Omega 3 berupaya mengurangkan risiko penyakit Alzheirmer[8].

Menariknya, pelbagai penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan Omega-3 yang didapati secara semulajadi dalam sumber makanan memberikan lebih banyak manfaat berbanding mengambilnya sebagai suplemen minyak ikan. Oleh demikian, terdapat banyak sebab untuk menambah Saba Mackerel Flakes Ayam Brand™ ke dalam pemakanan anda sebagai sumber yang kaya dengan Omega-3, pada setiap peringkat kehidupan anda.

Sungguhpun saba mackerel segar tidak dapat diperoleh secara meluas di pasar-pasar dan pasar raya tempatan, namun ia boleh dijumpai di restoran-restoran Jepun tetapi pada harga yang premium. Namun, Saba Mackerel Flakes Ayam Brand™ membawakan kesemua manfaat nutrisi, khasnya Omega-3, dengan menyediakan kemudahan sajian sedia-untuk-dimakan dalam pilihan yang memenuhi cita rasa rakyat Malaysia termasuk Cili, Minyak Zaitun Dara dan Mayones.

Kini anda mengetahui bahawa adalah mudah untuk mendapatkan kebaikan Omega-3 daripada Ayam Brand ™ Saba Mackerel Flakes. Hanya tarik penutup tin dan ia tersedia untuk dimakan. Ia juga boleh dijadikan lauk bersama hidangan nasi panas atau digulung bersama nasi dan membalutnya dengan rumpai laut kering bagi menghasilkan Onigiri. Ayam Brand ™ Saba Mackerel Flakes juga hebat dalam sajian wrap, inti sandwic, digaul bersama pasta mahupun ditabur di atas piza.

Ayam BrandTM Saba Mackerel Flakes dalam Chilli (160gm) dan dalam Mayonnaise(160gm) ditawarkan pada harga RM6.20 setin, sementara dalam Minyak Zaitun Dara (150gm) dijual pada harga RM6.50 setin. Rangkaian lengkap produk-produk Ayam Brand™’s yang menyihatkan dan memudahkan boleh didapati di pasar raya di seluruh Malaysia.


Monday, December 02, 2019

MUNCHY'S TERIMA ANUGERAH "BISCUIT BRAND OF THE YEAR" PADA ACARA ANUGERAH PENJENAMAAN DUNIA

ASSALAMUALAIKUM..
MUNCHY’S Terima Anugerah “Biscuit Brand of the Year” pada acara Anugerah Penjenamaan Dunia 


Munchy’s cukup berbangga kerana menjadi jenama dari Malaysia yang menerima pengiktirafan “Biscuit Brand of the Year” (Anugerah Jenama Biskut) pada acara Anugerah Jenama Dunia (World Branding Awards) yang diadakan di Istana Kensington, London baru-baru ini.

Anugerah Jenama Dunia dianjurkan oleh Forum Penjenamaan Dunia, sebuah pertubuhan tidak berasaskan kepada keuntungan global yang berpangkalan di London. Ia bertujuan meningkatkan standard jenama demi kebaikan komuniti penjenamaan dan pengguna. Forum ini menjalankan pelbagai program serta menganjurkan banyak persidangan, bengkel dan seminar. Ia menganjurkan acara Anugerah Jenama Dunia yang kini sudahpun memasuki edisi keenam.

Anugerah ini mengiktiraf dan meraikan jenama gobal dan tempatan yang terbaik di atas kerja keras serta pencapaian mereka. Para pemenang juga dinilai dari tiga aspek – penilaian jenama, penyelidikan pasaran pengguna dan undian orang ramai secara dalam talian. 
Rodney Wong, CEO of Munchy’s receiving the Biscuit Brand of the Year from Chairman of World Branding Forum, Richard Rowles

Ketua Pegawai Eksekutif Munchy’s, Rodney Wong menyatakan bahawa kemenangan ini adalah hasil kerja keras dan inovasi produk oleh syarikat selama 28 tahun. Anugerah “Biscuit Brand of the Year” adalah pengiktirafan kepada usaha pasukan Munchy’s yang tidak pernah mengenal erti penat untuk membina dan mengekalkan kewujudan jenama dalam pasaran yang sentiasa berubah.

Anugerah ini sememangnya mengiktiraf usaha kami untuk sentiasa menghasilkan produk berkualiti tinggi dan menggunakan ramuan terbaik buat para pengguna di seluruh dunia. Ia juga menjadi pengiktirafan global untuk ekuiti jenama kami yang kuat. Kami akan fokus untuk meraih lebih banyak kejayaan menerusi inovasi produk, selain mengembangkan pasaran ke peringkat serantau dan antarabangsa,” kata Wong.  
A popular range of MUNCHY’S selections
A popular range of MUNCHY’S selections

"Pengerusi Forum Penjenamaan Dunia, Richard Rowles menyatakan bahawa usaha meraikan usaha keras sebegini adalah penting untuk membina jenama yang luar biasa. “Jenama yang menang mampu membina ingatan jenama yang kuat, kesedaran dan kepercayaan dalam kalangan pengguna mereka.”

Pengarah Anugerah Jenama Dunia, Julian Anderson menyatakan bahawa jenama yang bagus perlu memberi pengalaman berharga kepada pelanggannya, pada masa yang sama kekal relevan dan tersendiri. “Untuk menjadi pemenang anugerah ini, jenama perlu membuktikan ia telah berkembang kepada satu tahap yang meletakkan mereka di antara jenama terbaik di dunia.”

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi Munchy’s yang akan datang, sila layari laman Facebookwww.facebook.com/munchys atau web: http://www.munchys.com.