ASSALAMUALAIKUM..
MUNCHY’S Terima Anugerah “Biscuit Brand of the Year” pada acara Anugerah Penjenamaan Dunia 


Munchy’s cukup berbangga kerana menjadi jenama dari Malaysia yang menerima pengiktirafan “Biscuit Brand of the Year” (Anugerah Jenama Biskut) pada acara Anugerah Jenama Dunia (World Branding Awards) yang diadakan di Istana Kensington, London baru-baru ini.

Anugerah Jenama Dunia dianjurkan oleh Forum Penjenamaan Dunia, sebuah pertubuhan tidak berasaskan kepada keuntungan global yang berpangkalan di London. Ia bertujuan meningkatkan standard jenama demi kebaikan komuniti penjenamaan dan pengguna. Forum ini menjalankan pelbagai program serta menganjurkan banyak persidangan, bengkel dan seminar. Ia menganjurkan acara Anugerah Jenama Dunia yang kini sudahpun memasuki edisi keenam.

Anugerah ini mengiktiraf dan meraikan jenama gobal dan tempatan yang terbaik di atas kerja keras serta pencapaian mereka. Para pemenang juga dinilai dari tiga aspek – penilaian jenama, penyelidikan pasaran pengguna dan undian orang ramai secara dalam talian. 
Rodney Wong, CEO of Munchy’s receiving the Biscuit Brand of the Year from Chairman of World Branding Forum, Richard Rowles

Ketua Pegawai Eksekutif Munchy’s, Rodney Wong menyatakan bahawa kemenangan ini adalah hasil kerja keras dan inovasi produk oleh syarikat selama 28 tahun. Anugerah “Biscuit Brand of the Year” adalah pengiktirafan kepada usaha pasukan Munchy’s yang tidak pernah mengenal erti penat untuk membina dan mengekalkan kewujudan jenama dalam pasaran yang sentiasa berubah.

Anugerah ini sememangnya mengiktiraf usaha kami untuk sentiasa menghasilkan produk berkualiti tinggi dan menggunakan ramuan terbaik buat para pengguna di seluruh dunia. Ia juga menjadi pengiktirafan global untuk ekuiti jenama kami yang kuat. Kami akan fokus untuk meraih lebih banyak kejayaan menerusi inovasi produk, selain mengembangkan pasaran ke peringkat serantau dan antarabangsa,” kata Wong.  
A popular range of MUNCHY’S selections
A popular range of MUNCHY’S selections

"Pengerusi Forum Penjenamaan Dunia, Richard Rowles menyatakan bahawa usaha meraikan usaha keras sebegini adalah penting untuk membina jenama yang luar biasa. “Jenama yang menang mampu membina ingatan jenama yang kuat, kesedaran dan kepercayaan dalam kalangan pengguna mereka.”

Pengarah Anugerah Jenama Dunia, Julian Anderson menyatakan bahawa jenama yang bagus perlu memberi pengalaman berharga kepada pelanggannya, pada masa yang sama kekal relevan dan tersendiri. “Untuk menjadi pemenang anugerah ini, jenama perlu membuktikan ia telah berkembang kepada satu tahap yang meletakkan mereka di antara jenama terbaik di dunia.”

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi Munchy’s yang akan datang, sila layari laman Facebookwww.facebook.com/munchys atau web: http://www.munchys.com.