Sunday, December 15, 2019

DARWISY DAH BESAR SEKARANG DAH MASUK JAWI

ASSALAMUALAIKUM...
DARWISY DAH BESAR SEKARANG DAH MASUK JAWI | Alhamdullilah selesai juga masalah Darwisy...dah besar akhirnya cucunda grandma sorang ni...selamat juga menjalani majlis masuk jawi...orang dulu-dulu kalau seseorang budak lelaki selamat berkhatan mereka akan bagitahu semua yang budak tu dah selamat masuk jawi...mungkin maksudnya dah besar dan dah selamat bersunat la tu..
Alhamdullilah hari ini cucunda grandma sorang ni dah selamat berkhatan pagi tadi...agak dedor jugalah Darwisy pagi tadi sampaikan nak bercakap pun macam tak kedengaran suaranya...

Mama Darwisy pun apa kurangnya asyiklah sakit perut jee,sampai klinik pun masih nak cari toilet...bila cukup masa berkhatan dalam bilik doktor agak haru juga la dibuatnya sebab Darwisy menangis juga sedikit disebabkan kesakitan ketika dibius....alhamdullilah setelah siap keluar bilik doktor muka cuak tu dah hilang...akhirnya dapatlah juga Darwisy merasai pengalaman berkhatan atau masuk jawi ni...kenangan untuk diri Darwisy bila dah besar nanti....

p/s sekejap jer masa berlalu dah besar rupanya cucunda grandma ni...

4 comments:

  1. tahniah Darwisy dah masuk jawi
    semoga cepat sembuhnya.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. tahniah Darwisy.. Faris masih tak berani lagi nak sunat..haha

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. Tahniah Darwisy dah masuk jawi..

    ReplyDelete