Tuesday, August 20, 2019

DEKORASI PEMINAT HITAM PUTIH

ASSALAMUALAIKUM..
DEKORASI PEMINAT HITAM PUTIH | Haii korang lama dah tak bersiaran di blog dan alam maya ni...sekarang ni susah betul nak update blog ni,padahal banyak jer cerita yang nak di storykan di sini...bila dah lama tak update penyakit malas tu mulalah timbul...tak apalah hari ni kena juga hilangkan penyakit malas tu dan up kan satu entri tentang dekorasi menarik...

Pada peminat hitam dan putih pasti teruja dengan gambar-gambar yang mama sharekan di bawah ni...banyak dekorasi rumah yang bertemakan hitam dan putih ini...pada yang minat memang seronoklah ambil idea dari gambar kat bawah tu dan lakukan deko tu kat rumah korang yer...memang cantik dekorasi hitam dan putih ni,kalau pandai di dekokan pasti hasilnya lagilah menarik jadinya..jomlah kita lihat gambar-gambar dari dekorasi hitam putih ini yer..






















Macam mana korang cantikkan dekorasi yang tertera di atas ni..kalau rasa teruja bolehlah mendeko di rumah korang nanti yer...banyak ilham yang boleh korang dapat dari gambar yang ada ni..bila dah mula berdeko nanti kita lihat hasil di akhirnya,pasti korang akan rasa teruja sesangat...okay korang kita jumpa lagi di entri deko yang lain pula yer..bye !! bye !!

p/s pasti teruja bila deko yang kita hasilkan sendiri menjadi menarik dan cantik...

Wednesday, August 14, 2019

WORDLESS WWDNESDAY #775 | NAK KORBAN JUGA

ASSALAMUALAIKUM.

p/s giler besonya katak ni..

Tuesday, August 13, 2019

Kisah Inspirasi: ANAK DERHAKA! ADA HATI NAK JADI KAYA

ASSALAMUALAIKUM

Kisah Inspirasi: ANAK DERHAKA! ADA HATI NAK JADI KAYA Puan Jue Pengasas Seri Lady. Seronok mama baca kisah si cantik Puan Jue ni. Sungguh memberikan inspirasi dalam mencapai kejayaan. Walau apapun yang kita lakukan niat adalah penting dan niat untuk membahagiakan ibu adalah niat paling murni sekali..

Puan Ju atau lebih selesa dipanggil ‘Ummy Ju’ 39 tahun. Aku membesar dgn melihat kesengsaraan,kepayahan ,ketabahan serta kesabaran hidup ummi dlm mencari rezeki membesarkan kami adik beradik..
Dalam keadaan membesar ini lah aku byk belajar tentang erti ingin berusaha untuk mengubah kehidupan family aku terutama ummi.. kerana x ingin ummi aku susah selama nya kerana membesarkan kami…
Ummi membesarkan kami dgn berniaga kantin kilang.. Dr zaman sekolah aku dh mula bekerja part time untuk bantu ummi & adik beradik.
Wanita ini nekad untuk membahagiakan Ibunya,setelah melihat keperihan Ibunda nya, Puan Sharifah Rauzah,68
img_6662
Sangat menjadikan Ibu nya Idola & Inspirasi sepanjang kehidupan dan Perniagaan nya, Puan Jue meletakan segalanya adalah IBU nya dihadapan..
PADA TAHUN 2017 NEKAD UNTUK MENGHASILKAN PRODUK ‘SERI LADY‘. BERMULA HANYA KERANA KEBENGANGAN MEMPUNYAI SUSUK TUBUH YG AGAK BERISI, DAN TERUS MENJADI PEMBAKAR SEMANGAT UNTUK MENERUSKAN PERNIAGAAN WALAU BANYAK DUGAAN YANG HARUS DITEMPUHI.

7969d324-5c2b-40d3-923d-46190a37a3f0
BERKAT KESABARAN & TIDAK MELUPAKAN SUMBER INSPIRASI IBUNYA, TERUS MENJALANKAN PENIAGAAN SERI LADY SEHINGGA KINI, MALAH TELAH MEMPUNYAI SERAMAI 70 AGEN JUALAN YANG BERKUALITI SERATA MALAYSIA, SINGAPURA, INDONESIA & BRUNEI.
img_2340
img_6665
SEBAHAGIAN AGEN JUALAN YANG SENTIASA MENJADI TULANG BELAKANG SERI LADY. MALAH AGEN JUALAN JUGA MENJADIKAN ‘PUAN JUE’ SEBAGAI SUMBER INSPIRASI KERANA SIFAT RENDAH DIRI & KETABAHAN MENAIKAN PERNIAGAANNYA..
img_6664img_6663
img_6655
BUAT PESANAN BERSAMA TIDAK KIRA KITA BERKERJA, LEBIH LAGI PADA YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN SENDIRI, KALAU MASIH ADA IBU, JADIKAN LAH IBU KITA SUMBER INSPIRASI KITA, KERANA MEREKA ADALAH PELAJARAN YANG SANGAT MAHAL UTK KITA JADIKAN SUMBER INSPIRASI. ‘ ANAK DERHAKA JANGAN ADA HATI NAK JADI KAYA ‘ HARGAI IBU YANG MASIH ADA, 2764

img_6670
MENGHADIAHKAN PAKEJ UMRAH RAMADHAN 2019 BUAT IBUNYA.

img_6666
SALAH SEORANG ANAK DIDIK AZIZAN OSMAN (TITANIUM) BERSAMA 2 RAKAN KONGSI CIK NAZIRA SHARIFF & AIN HAMID.

img_6669
BERSAMA SUAMI ENCIK ZAMRI, ANAK-ANAK YANG SENTIASA MEMBERI SEMANGAT & DORONGAN.

img_6668
KELUARGA BESAR, PUAN JUE ADALAH ANAK KE 2 DARI 4 BERADIK.

img_8976
img_6643

Gambar Terkini Puan Juzailah Shariff Founder kepada Jenama SERI LADY



Detail Seri Lady :



IG Seri Lady Official :

Fb Link :

BOTANECO GARDEN DAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR MELANCARKAN KEMPEN SEMAI SATU BENIH,HIDUPKAN SEBUAH HUTAN DENGAN POKOK HUTAN HUJAN DI TAMAN ANTARABANGSA BUKIT JALIL

ASSALAMUALAIKUM..
Botaneco Garden dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Melancarkan Kempen Semai Satu Benih, Hidupkan Sebuah Hutan Dengan Menanam Pokok Hutan Hujan di Taman Antarabangsa Bukit Jalil


Adakah anda bersedia untuk menyemai satu benih untuk menghidupkan sebuah hutan? Sertai Botaneco Garden dalam usaha jenama penjagaan diri yang berilhamkan alam semulajadi itu untuk mengumpul dana bagi menanam pokok hutan hujan di lokasi terpilih di kawasan Taman Antarabangsa Bukit Jalil yang diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sepanjang Ogos 2019, satu peratus daripada hasil jualan produk Botaneco Garden di rangkaian Guardian seluruh negara akan disalurkan kepada usaha penanaman pokok hutan hujan berkanopi luas untuk memberi teduhan di kawasan berhampiran tasik utama di Taman Antarabangsa Bukit Jalil.

Ini adalah tahun ketiga berturut-turut penganjuran inisiatif alam sekitar, Semai Satu Benih, Hidupkan Sebuah Hutan oleh Botaneco Garden – satu rangkaian penjagaan diri berilhamkan alam semulajadi yang dihasilkan daripada gabungan inovatif bahan botanikal yang sofistikated dan minyak yang disahkan eco dan bebas daripada sesetengah bahan kimia berbahaya, menjadikannya selamat untuk pengguna dan alam sekitar.

Rangkaian ini terdiri daripada pelbagai produk penjagaan rambut dan badan untuk golongan dewasa serta kanak-kanak dan bayi. Produk-produk ini boleh didapati secara eksklusif di kesemua 400 rangkaian Guardian di seluruh negara, dan melalui talian (e-store) Guardian.

Jenama tersebut telah bekerjasama dengan DBKL untuk merealisasikan inisiatif Ke Arah 70 Menjelang 30, selari dengan Rangka Tindakan Kuala Lumpur Rendah Karbon 2030 yang menyasarkan pengurangan intensiti pengeluaran karbon kepada 70% menjelang 2030[1].
Meningkatkan jumlah pokok yang ditanam adalah satu daripada langkah untuk mengurangkan intensiti penghasilan karbon. Pokok menggunakan tenaga daripada matahari dan menerusi proses fotosintesis, ia menyerap karbon dioksida (CO2) dari udara dan air dalam tanah. Dalam proses untuk menukarkan ia menjadi kayu pohon, pokok membebaskan oksigen ke udara. Di samping jumlah karbon dioksida (CO2) yang diserap, pokok juga membantu menyerap sejumlah karbon dari dalam tanah[2]
Taman yang terletak di bandar dapat membantu menjadikan alam semulajadi lebih dekat dengan orang ramai dan turut  menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat dan aktif.

Taman Antarabangsa Bukit Jalil adalah lokasi ideal bagi inisiatif Semai Satu Benih, Hidupkan Sebuah Hutan kerana statusnya sebagai taman perbandaran yang

popular dengan denai pejalan kaki dan joging, tasik, taman bertema antarabangsa termasuk kawasan khas untuk golongan orang kelainan upaya (OKU), taman permainan dan denai refleksologi.


Pada hujung minggu dan musim perkahwinan, lokasi ini sering menjadi tumpuan untuk sesi fotografi perkahwinan berlatarbelakangkan alam sekitar. Selain itu, kelompok keluarga dan pencinta haiwan akan berkumpul di tepian tasik untuk memberi makan kepada ikan dan kura-kura sambil menikmati pemandangan.

Dana yang dikumpul melalui inisiatif Botaneco Garden – Semai Satu Benih, Hidupkan Sebuah Hutan – akan disalurkan kepada penanaman pokok hutan hujan Malaysia terpilih di kawasan tasik untuk memberikan teduhan di kawasan rehat berdekatan, agar orang ramai mampu menikmati alam sekitar dengan lebih lama, di samping mengurangkan pengeluaran karbon.

“Botaneco Garden adalah rangkaian produk penjagan diri yang diilhamkan daripada alam semulajadi dan kami berbangga kerana dapat memberi inspirasi kepada orang ramai melalui inisiatif Semai Satu Benih, Hidupkan Sebuah Hutan. Melalui kerjasama DBKL untuk menanam pokok hutan hujan di Taman Antarabangsa Bukit Jalil, ia akan menyebarkan mesej cintakan dan menghormati alam sekitar kepada lebih ramai orang.

“Kami berharap pelanggan kami akan menyokong inisiatif ini dan berkunjung ke Taman Antarabangsa Bukit Jalil untuk melihat sumbangan mereka,” kata Michelle Yeap, Pengurus Pemasaran, Kesihatan & Kecantikan, South East Asia Guardian Health & Beauty Sdn Bhd.

Botaneco Garden dan DBKL sedang mempertingkatkan tahap penglibatan orang ramai dengan kempen ini melalui pengumpulan idea terbuka berkenaan jenis pokok hutan hujan Malaysia yang patut ditanam menerusi interaksi Pilih Satu Pokok di laman Facebook Guardian Malaysia dan laman Instagram Botaneco Garden @mybotanecogarden.

Lima pokok yang telah disenarai pendek adalah Diospyros pilosanthera (Kayu Arang), Shorea roxburghii (Meranti temak nipis),Hydnocarpus spp. (Setumpol), Dryobalanops aromatica (Kapur) dan Parashorea densiflora (Gerutu Pasir).

“DBKL sedang memacu inisiatif Kuala Lumpur Ke Arah 70 Menjelang 30 kerana memelihara alam sekitar penting untuk mencegah perubahan iklim, meningkatkan kualiti hidup dalam bandar dan manjadikan bandar lebih hijau dengan alam sekitar.
“Kami mengurus 17 taman perbandaran sebagai kawasan hijau dan rekreasi di seluruh Kuala Lumpur. Kami menghargai usaha yang dilakukan Botaneco Garden untuk meningkatkan kesedaran tentang betapa pentingnya menanam pokok untuk mengurangkan pengeluaran karbon dan meningkatkan keterlibatan orang awam dalam memilih jenis pokok yang ditanam.

“Sehubungan itu, kami menjemput penghuni bandar untuk mengunjungi taman-taman kami dan berharap anda semua akan teruja dengan apa yang bakal anda lihat dan terinspirasi untuk mengambil langkah kecil dalam mengurangkan pengeluaran karbon dalam kehidupan, bermula dengan menanam satu benih untuk menghidupkan sebuah hutan,” kata Norhaslinda Nordin, Pengarah Jabatan  Perancangan Korporat, DBKL.

Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-62, Botaneco Garden akan menawarkan diskaun sebanyak 62% atas pembelian kedua di semua cawangan Guardian dan e-stor Guardian.

“Kami ingin menarik minat lebih ramai pelanggan untuk menyokong inisiatif Semai Satu Benih, Hidupkan Sebuah Hutan bersama DBKL dengan tawaran istimewa sepanjang bulan kemerdekaan ini. Kami berharap menerusi usaha ini, kita dapat menyambut kemerdekaan di samping menambah baik dan menghargai alam sekitar di Kuala Lumpur,” kata Michelle Yeap.

-Tamat-


Mengenai Guardian Malaysia
Bermula sebagai kedai menjual produk farmaseutikal seluas 200 kaki persegi yang memberi khidmat kepada komuniti ekspatriat, ia kemudian bertukar menjadi peneraju rantaian jualan runcit Farmasi, Kesihatan dan Kecantikan di Malaysia, Guardian kini mempunyai lebih dari 420 buah kedai. Ia menawarkan pelbagai produk Farmaseutikal, Kesihatan dan Kecantikan kepada lebih 3 juta pelanggan di Malaysia sebulan di seluruh negara.

Komitmen Guardian terhadap keperluan para pelanggannya turut diserlahkan melalui pasukan ahli farmasi yang berdedikasi dengan menawarkan khidmat nasihat dan rundingan profesional. Guardian komited terhadap tabdir urus korporat yang berpegang kepada tanggungjawab dan etika pada setiap masa. 


Guardian juga menjalankan aktiviti sumbangan korporat dan percaya terhadap usaha menyumbang kembali kepada masyarakat. Guardian meraikan kejayaannya selama empat dekad dengan berjanji untuk menyumbang kepada aktiviti yang bermanfaat. Ia melibatkan diri dalam usaha-usaha yang membantu menyedia serta  mempromosikan aspek penjagaan, pembangunan dan kesejahteraan komuniti setempat. Di samping menyokong program-program yang membantu mereka yang memerlukan terutama golongan wanita dan kanak-kanak.  

Mengenai Dairy Farm

Dairy Farm merupakan peneraju peruncitan di pasaran pan-Asia. Pada 30 Jun 2016, Kumpulan, Rakan Niaga dan Usahasama mengendalikan lebih 6,500 cawangan serta menggaji lebih 180,000 orang pekerja. Ia mencatatkan jumlah jualan keseluruhan lebih AS$17 bilion pada tahun 2015.

Kumpulan ini beroperasi di bawah beberapa jenama terkenal melibatkan empat divisyen. Jenama-jenama utama termasuklah: 
Makanan
.               Supermarkets – Wellcome di Hong Kong, Taiwan dan Filipina, Yonghui di China, Cold Storage di Singapore dan Malaysia, Giant di Malaysia, Indonesia dan Singapora, Hero di Indonesia

.       Hypermarkets – Giant di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam, Yonghui di China
·       Convenience stores – 7-Eleven di Hong Kong, Singapura, Selatan China dan Macau;
Kesihatan dan Kecantikan
·       Mannings di Greater China,Guardian pasaran Asia lain dan Rose Pharmacy di Filipina
Perhiasan Rumah
·       IKEA di Hong Kong, Taiwan dan Indonesia;
Restoran
·       Maxim’s di Hong Kong, China dan Vietnam.

Dairy Farm International Holdings Limited ditubuhkan di Bermuda dan disenaraikan di London Stock Exchange sebagai senaraian utamanya, dan senaraian kedua di Bermuda dan Singapura. Perniagaan kumpulan diuruskan dari Hong Kong oleh Dairy Farm Management Services Limited menerusi pejabat serantaunya. Dairy Farm ialah ahli Jardine Matheson Group.


SURPRISE PARTY ANNIVERSARY DARI ANAK MENANTU

ASSALAMUALAIKUM.
SURPRISE PARTY ANNIVERSARY DARI ANAK MENANTU | 1 Ogos lepas adalah hari ulangtahun perkahwinan mama yang ke 33tahun..rasa macam baru semalam jee kawin hahaha perasan la pulak..tak apa la masih ingat lagi tarikh kawin dan masih bernafas lagi menyambutnya bersama anak menantu dan cucunda semua...
Anak-anak siap buatkan deko anniversary untuk mak dan ayahnya ni...bangun pagi jer elok dah siap terhias di ruang tamu rumah mama ni...bila masa anak-anak buat dan dekokan kami pun tak tahu..konon mulanya anak-anak nak buat surprise kat mama dan hubby di tempat lain yang telah dirahsiakan mereka tapi disebabkan ada masalah Darwisy jatuh di sekolah kaki tak boleh nak berjalan,jadi anak-anak cancelkan plan dan buat surprise di rumah saja...okaylah walaupun tak dapat surprise seperti yang dirancangkan tapi surprise kat rumah pun dah cukup menariknya bagi mak dan ayah...
  Dapat juga hadiah jam G-Shock couple ini dari anak-anak untuk pasangan yang menyambut anniversary ni...hahahhaha nak juga pakai jam G-Shock...mekacih anak-anak kerana menggembirakan hati mak dan ayah ni.. 
Anak-anak dan menantu juga la yang menyediakan kek dan semua bahan untuk bbq kami di rumah pada malam tu..mama dan hubby just makan jer..
Kek browines yang anak-anak tempah untuk hari anniversary kami...
Menantu mama berdua ni la yang jadi tukang bakarnya...siap bakar jer terus makan...memang kenyang makan bakar-bakar malam tu...ada daging,sotong,udang,otak-otak,kambing,ayam,nasi goreng dan sausage..seronok rasanya dapat bersama-sama anak-anak menantu cucunda semuanya..tiada apa yang lebih mengembirakan hati atok dan grandma bila dapat melihat anak menantu cucunda makan dan berborak bersama-sama malam tu...akan jadi kenangan sehingga kami tua nanti...

p/s mekacih anak-anak kerana meraikan ulang tahun perkahwinan mak dan ayah ni..


Saturday, August 10, 2019

REALME C2 MENJADI PILIHAN SEWAKTU JUALAN SHOPEE BRANDS FESTIVAL

ASSALAMUALAIKUM...
REALME C2 MENJADI PILIHAN SEWAKTU JUALAN SHOPEE BRANDS FESTIVAL

  • Sokongan yang menggalakkan daripada rakyat Malaysia pada 'realme Day'
  • 1000 unit realme C2 dijual pada 5 Ogos sahaja
Untuk meraikan bulan Merdeka,realme Malaysia bersama Shopee Malaysia menawarkan jualan telefon pintar eksklusif pada Hari realme atau 'realme Day' semalam.Jualan realme Malaysia telah mencapai keputusan terbaik di mana 1000 unit realme C2 telah dijual semalam di mana 500 unit dijual dalam masa 30 minit sahaja.

"Kami di realme Malaysia sangat berterima kasih kepada rakyat Malaysia di mana sentiasa menyokong produk kami.Rakyat Malaysiatidak sabar-sabar untuk membeli dan mendapatkan telefon pintar dengan harga berpatutan.Kami yakin bahawa realme Malaysia kan terus melangkah ke hadapan dengan mengeluarkan pelbagai jenis telefon pintar..Kami juga gembira dapat bekerja dengan Shopee atas peluang ini untuk rakyat Malaysia"

-kata Tiffany Teh,Brand Manager,realme Malaysia.



realme C2

Rakyat Malaysia dapat membeli telefon pintar realme C2 (2 + 16GB) pada harga yang berpatutan iaitu RM349.Lima puluh pelanggan pertama juga bakal menerima kad SD dan barang 'merchandise'realme.

"Pembeli hari ini membeli telefon bimbit dalam talian (online) kerana mereka dapat memilih dari pelbagai model yang sesuai dengan keperluan dan keinginan mereka dari keselesaan rumah mereka.Keyakinan mereka untuk membeli telefon pintar di Shopee adalah bukti bahawa platform kami adalah dipercayai dan selamat.Yang menggembirakan lagi apabila pembelian dibuat tiada caj penghantaran.

Ianya di hantar secara percuma.Kami gembira dapat menawarkan pelbagai promosi di platform kami untuk pengguna Shopee,yang pada masa ini berjumlah kira-kira 20 juta sambil menganjurkan kempen seperti Hari realme atau 'realme Day'.Kami ingin mengucapkan tahniah kepada realme mengenai jualan yang mengagumkan dan menantikan lebih banyak kerjasama dengan mereka."

-kata Marianne Chuo,Marketing Lead,Shopee Malaysia

Sesuatu yang membanggakan buat realme di mana hari ini berjaya mencatat penjualan sebanyak 500 unit realme C2 yang dijual dalam 30minit dengan harga RM349.Sungguh memberangsangkan !!!

realme Day

Hari realme atau lebih dikenali dengan 'realme Day' adalah sempena dengan Shopee Brands festival.Ianya berlangsung dari sekarang hingga 18 Ogos di mana pengguna yang berbelanja di Shopee Mall bakal menerima tawaran dan promosi menarik.

Anda bakal menikmati tawaran dari serendah RM1 setiap hari untuk jenama kegemaran anda semasa "Shocking Sale".Dapatkan baucher Surprise Hour 50% diskaun dan hadiah apabila membeli produk terpilih.Pembelian melalui Shopee Mall dengan pulangan selama 15hari, jaminan keaslian 100%,dan penghantaran percuma Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk mengetahui promosi dan maklumat lanjut layari http://bit.ly/realmeshp.