Tuesday, August 27, 2019

DIY PAPAN VIRAL ECO JADI BEKAS TEMPAT LETAK BARANG

ASSALAMUALAIKUM...
DIY PAPAN VIRAL ECO JADI BEKAS TEMPAT LETAK BARANG | Kalau dah join macam-macam group kat fb ni memang macam-macam benda kita boleh belajar..kalau group deko macam-macam deko kita boleh ambil ilham mendeko kat situ,kalau group eco ni macam-macam benda boleh dibuat dengan papan yang dijual dikedai eco tu,kita diy jee sendiri..kali ni mama nak sharekan cara nak membuat bekas letak barang dari papan eco ni..
Bila kita hendak membuatnya barang yang diperlukan mestilah memcukupi bukan apa senang nak buat kerja kalau tak ada memang susah juga...
Bahan yang diperlukan adalah papan viral eco tu,kayu penyapu,skrew dan gergaji..
 Mula-mula kenalah cantumkan satu persatu papan eco tu yer...hubby mama gunakan skrew L tu sebab nak lebih kukuh raknya nanti...tapi kalau nak guna skrew saja pun boleh terpulang pada masing-masing..
 Cantumkan kesemua bahagian papan tu tadi...buat satu persatu yer...
 Skrewkan kayu penyapu dibahagian atasnya perlahan-lahan...
 Skrewkan belah kiri dan kanan bahagian papan tersebut yer...Potong satu persatu batang kayu penyapu tu mengikut saiz bekas yang akan kita buat tadi.
 Letakkan kayu tadi ditengah-tengah bekas tersebut dan skrewkan kiri dan kanannya...
 Cantumkan keseluruhan bekas tersebut dengan kayu penyapu tadi di atas dan dibawahnya..


 Akhirnya siap juga bekas untuk meletakkan barang atau botol-botol sos di sini...terpulang pada korang nak letak apa pun janji barang tu elok tersusun dengan rapi..

Ini bekas barang yang telah hubby siapkan terlebih dahulu...terus letak botol-botol rempah di situ..macam mana korang cantik tak bekas barang dari papan viral eco ni..?pada korang yang ingin membuatnya boleh mencubanya sendiri di rumah...lebih puas hati dapat membuatnya sendirikan..
Gambar inilah yang mama hantar untuk join contest deko-deko di facebook...tak mengharap kemenangan tapi kalau ada rezeki alhamdullilah bersyukur sangat...

p/s kalau kreatif semuanya boleh jadi...

11 comments:

  1. Sangat cantik dan kreatif laa mama ni.. Suka tengok. Nampak lah susunan barang-barang kita lebih rapi tersusun

    ReplyDelete
  2. wah...bestnya mama, dah tak payah nak membeli rak

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. mekacih...diy sendiri seri lebih puas hati...

      Delete
  4. Ya Allah kreatifnyaaa. sapa je pernah terfikir nak buat tmpat letak brg2 dpur guna papan yg sellau org gantung dkt dinding buat hiasan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kena kreatifkan...buat jer janji cantik n menarik..

      Delete
  5. Sgt2 kreatif n cantik..tq jadi sumber inspirasi utk deco bilik.

    ReplyDelete