Wednesday, October 09, 2019

KEMPEN PENYAYANG KOMUNITI AYAM BRAND™ 2019 BAWA MESEJ NUTRISI SEIMBANG KE NEGERI JOHOR UNTUK MENANGANI MASALAH OBESITI DALAM KALANGAN KANAK-KANAK

ASSALAMUALAIKUM...
Kempen Penyayang Komuniti Ayam Brand™ 2019 Bawa Mesej Nutrisi Seimbang Ke Negeri Johor untuk Menangani Masalah Obesiti dalam Kalangan Kanak-Kanak
Menyokong Empat Buah Rumah Kebajikan Kanak-kanak dengan 18,000 Hidangan Sihat

Adakah hidangan terakhir anda ialah sepinggan 3S makanan Malaysia yang Sihat? 3S adalah singkatan kepada Suku-suku Separuh. Suku-suku Separuh menggalakkan pembahagian makanan di atas pinggan melibatkan suku protein, suku karbohidrat kompleks serta separuh buah-buahan dan sayur-sayuran. 

Pinggan Sihat 3S Malaysia mungkin kedengaran asing bagi kebanyakan daripada kita, lantas menjadi punca kepada epidemik obesiti dalam kalangan golongan dewasa serta kanak-kanak. Menurut Laporan Menangani Obesiti di ASEAN oleh Unit Risikan Ekonomi[1], kadar obesiti di Malaysia adalah 13.3% iaitu tertinggi dalam Asia Tenggara. Malaysia juga merupakan antara tiga negara peneraju di Asia yang mempunyai peratusan tinggi, iaitu 11.5% kanak-kanak obes berusia enam bulan hingga 12 tahun.
 Semua peserta Festival Kesihatan Ayam Brand Suku-Suku Separuh 2019 di Johor.

Ayam Brand™, jenama tempatan yang terkenal dengan rangkaian makanan dalam tin berkualiti tinggi, tanpa bahan pengawet, tiada MSG tambahan, sihat dan mudah. Jenama ini berusaha untuk menangani isu besar iaitu masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia dengan memperkenalkan konsep Pinggan Sihat 3S Malaysia ke dalam program Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) yang akan dijalankan. Tahun ini, Ayam Brand berjaya mengembangkan program CSR kepada murid-murid sekolah rendah.

Tema kempen pada tahun ini ialah ‘Ayam Brand™ Community Care Campaign 2019, Get Healthy Malaysia, Start Now’. Kempen ini bertujuan untuk memperkasakan kanak-kanak dari 10 buah negeri dengan maklumat untuk mengenal pasti pilihan makanan yang sihat dan melengkapkan mereka dengan kemahiran dalam menyediakan hidangan Pinggan Sihat 3S Malaysia. Program ini terbuka kepada kanak-kanak berusia lapan tahun dan ke atas.
Pemenang Festival Kesihatan Ayam Brand Suku-Suku Separuh  2019 di Johor. Pasukan pemenang (tengah), Pusat Jagaan Care Haven dengan tempat kedua dimenangi oleh SK Seri Perling 2 (kanan) dan Persatuan Kebajikan Mesra Megah Ria (kiri).

Di Johor, seramai 32 orang kanak-kanak dari Pusat Jagaan Anak Yatim Dan Miskin Villa Paulos Johor Bahru, Persatuan Kebajikan Mesra Megah Ria, Pusat Jagaan Care Haven, Pertubuhan Kebajikan dan Rumah Anak Yatim Shafar, SK Infant Jesus Convent, SK Taman Daya 2, SK Seri Perling 2 dan SK (P) Sultan Ibrahim mengambil bahagian dalam kempen ‘Ayam Brand™ Community Care Campaign 2019, Get Healthy Malaysia, Start Now’ yang mencabar dan menyeronokkan ini.

Acara ini dimulakan dengan pengenalan interaktif mengenai konsep #sukusukuseparuh. Diikuti oleh pembahagian kepada lapan pasukan yang terdiri daripada empat orang kanak-kanak untuk menyediakan hidangan berdasarkan prinsip 3S. Mereka perlu menyiapkan hidangan dalam masa 30 minit dengan bantuan daripada orang dewasa dan menggunakan resepi yang disarankan oleh pakar.

Sementara menunggu hidangan Pinggan Sihat 3S Malaysia dinilai, kanak-kanak itu kemudian dicabar dengan permainan yang memerlukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi untuk mengingat apa yang telah dipelajari tentang nutrisi yang baik.

Menurut Pengurus Pemasaran Ayam Brand™, Nathan Deverre, kempen yang kini sudah memasuki tahun ke-12 telah menyumbang 1.76 juta hidangan sihat bagi tujuan kebajikan, menyediakan makanan berkhasiat kepada lebih 20,000 orang dari 482 buah rumah kebajikan dan NGO.
Nathan Deverre, Pengurus Pemasaran Ayam Brand dilihat melayari hidangan Suku-Suku Separuh yang disediakan oleh para peserta.

"Sebagai peneraju dalam industri makanan di Malaysia selama lebih 100 tahun, Ayam Brand™ sangat bimbang dengan penularan masalah obesiti di negara ini dan ingin tampil ke hadapan untuk memberi bantuan. Bermula dengan kanak-kanak kerana mereka merupakan golongan yang paling mudah diajar dan didekati. Kami membangunkan program Get Healthy Malaysia, Start Now dengan harapan agar dapat membantu mengurangkan kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak, menerusi pemberian pengetahuan serta kemahiran untuk memilih, membuat dan menyediakan makanan yang lebih berkhasiat,” kata Nathan Deverre.

"Kami telah menjalankan kempen CSR selama 12 tahun. Sudah tiba masanya untuk kami mengembangkannya demi memberi manfaat kepada lebih ramai kanak-kanak dengan menyampaikan mesej 3S melalui cara yang lebih mudah difahami. Di samping tip-tip yang dapat peserta manfaatkan di rumah, mereka juga dapat berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga,” katanya lagi.
Hidangan pemenang Suku-Suku Separuh yang disediakan oleh Pusat Jagaan Care Haven.

"Hari ini saya belajar bahawa saya perlu makan lebih banyak sayur, buah-buahan dan protein. Selain perlu mengurangkan pengambilan nasi dan roti yang saya sangat gemari. Makanan yang saya buat hari ini cukup sedap dan sihat. Saya akan cuba untuk makan hidangan yang seimbang setiap hari untuk jadi lebih sihat dan akan lebih banyak bersenam,” kata salah seorang peserta.

Ayam Brand™ membawakan kempen ini secara dalam talian dan menghebahkannya menerusi media sosial dengan pengaktifan peraduan Show Us Your Healthy Plate, selain berkongsi kemas kini program secara langsung.

Empat buah rumah kebajikan akan menerima bekalan produk Ayam Brand™ selama dua bulan yang bersamaan dengan 18,000 hidangan sihat untuk 100 orang penghuni.

Pusat Jagaan Care Haven telah muncul sebagai juara untuk pertandingan Ayam Brand Suku-Suku Separuh Healthy Festival 2019 peringkat negeri Johor. Pemenang menerima piala dan sijil penyertaan daripada Ayam Brand untuk hidangan Pinggan Sihat 3S Malaysia yang terdiri daripada kek cawan berinti tuna, nasi goreng dan salad kacang panggang dan jagung.

Ayam Brand™ telah menyokong NGO selama bertahun-tahun, rumah-rumah kebajikan sentiasa ingin dipilih kerana sumbangan produk mereka dilihat penting terutama ketika kekurangan sumbangan dari orang awam. Terima kasih kepada Ayam Brand™ kerana konsisten dalam mengambil berat terhadap komuniti,” kata wakil dari Pusat Jagaan Care Haven.

Mahu membantu komuniti di negeri anda? Sila layari Ayam Brand™ e-charity di https://www.ayambrand.com.my/e-charity.html dan beli produk Ayam Brand untuk disumbangkan kepada rumah kebajikan pilihan. Ayam Brand™ e-charity menawarkan potongan sebanyak 15% daripada harga runcit dan perkhidmatan penghantaran percuma untuk memudahkan dan menjadikan Malaysia yang lebih sihat, Mulakan Sekarang. 

Tentang Ayam Brand

Ayam Brand merupakan rangkaian produk di Malaysia dan Asia selama 127 tahun yang terkenal dengan makanan bertin yang berkualiti dan sihat serta tidak mengandungi pengawet dan MSG tambahan. Produk Ayam Brand diproses di fasiliti yang professional yang mendapat pengiktirafan tertinggi di peringkat antarabangsa dan telah memperoleh sijil yang diiktiraf dunia (HACCP, ISO 9001) serta dijamin Halal. Untuk tahun keempat berturut-turut daripada 2013 hingga 2016, Ayam Brand merupakan salah satu peneraju sebagai pilihan utama rakyat Malaysia dalam lingkungan jenama FMCG, menurut Kajian Jejak Jenama Kantar Worldpanel.

Untuk sebarang maklumat lanjut tentang Ayam Brand, sila layari www.ayambrand.com.my atau  https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia


WORDLESS WEDNESDAY #779 | MESYUARAT TINGKAP MAKCIK BAWANG

ASSALAMUALAIKUM...

p/s Makcik-makcik bawang sedang bermesyuarat tingkap...dah masak ke makcik-makcik bawang semua,jangan asyik bermesyuarat tingkap tu,lupa semuanya yer...

Monday, October 07, 2019

DIY BEG TOTE MONSTERA ECO JADI TABLE RUNNER

ASSALAMUALAIKUM...
DIY BEG TOTE MONSTERA ECO JADI TABLE RUNNER | Kalau ke kedai saka ni mama memang suka survey barang-barang apa yang baru atau cari benda yang boleh dijadikan bahan untuk diy sendiri...kali ni dok kutip beg kecik daun monstera ni sebab nak samakan dengan tema ruang tamu mama ni..

Kekadang tu cari disemua kedai eco, memang susah nak jumpanya,kalau ada pun tinggal 1 atau 2 jer...alang-alang dah terjumpa memang mama akan ambil berapa jer yang ada beg tu, sebab lain kali memang susah nak jumpa...bila dah ada stok tu,mama simpan dulu jadi bila dah cukup barulah mama jalankan sesi diy yang nak dilakukan...
Semalam mama dapat 2 lagi beg kecik ni,dalam simpanan dah ada 4,ingatkan dah cukup rupa-rupanya masih lagi kekurangan...oleh itu mama buat mana yang ada ini dulu, lain kali boleh pi cari stok lagi...
Inilah beg kecik yang mama masukkan tu,disebabkan berdaun monstera tu yang mama beli...masa beli dulu ingatkan nak buat alas diatas meja kecik jer tapi bila dapat idea lain lebih baik mama jahit buatkan table runner untuk meja ruang tamu mama ni...
Jomlah kita lihat projek mama kali ini yer..
Inilah bahagian dalam beg tote tu jadi mama bukakan jahitannya dan keluarkan plastik yang ada di dalamnya itu...senang jer nak membukanya..
Beginilah bila dah ditetas jahitannya dan keluarkanlah plastik yang ada di dalamnya tu...bersihkan dan buangkan benang jahitan yang ada pastu ironkan sedikit supaya bahagian tepi kain tu menjadi rata...
Bila dah rata bolehlah kita mulakan proses menjahit...mula-mula mama sambungkan kepingan kain tu dahulu..mama ambil 3keping untuk satu table runner meja ruang tamu mama...kalau korang ingin membuatnya ukurlah kelebaran meja di rumah korang dulu yer... 
Bila dah ada ukurannya, jahitlah kain tu mengikut ukuran panjang meja yang diperlukan..kelimkan sedikit dibahagian tepinya...kalau ada mesin jahit khas untuk jahit dibahagian tepinya lagilah senang tak payah susah nak jahit macam mama ni...jahitlah kain tu sehingga selesai dikedua-dua belahnya...
Bila dah siap lipatkan dibahagian tepi kain tadi begini yer dan kemudian jahitkan sedikit supaya lipatan tu tak terbuka...ironkan lipatan tu sedikit supaya lipatan tu tegak dan cantik...okay siap juga table runner meja mama ni...dibahagian hujung tu bolehlah letakkan rambu-rambu bagi berat sedikit..mama tak ada stok untuk diletakkan jadi biarkan dulu,bila dah ada nanti baru lekatkan ditepi hujung kain table runner tu untuk nampak lebih menarik lagi...
Siap juga table runner meja mama ni...dah pun boleh digunakan akhirnya...
Dapat buat satu untuk table runner ruang tamu ni dan satu lagi dapat buat untuk meja console mama...
Ini dia satu lagi untuk table runner meja console mama ni...macam mana korang okay tak table runner mama ni..?Inilah hasilnya kalau kita buat sendiri di rumah,kalau nak beli pun mahu berpuluh ringgit juga keluar duitnya yang mama buat ni hanya bermodalkan RM10.50 saja dah dapat table runner daun monstera ni...tu sebab mama ambil keputusan guna cara tersendiri untuk buat table runner ni,tapi kena gigihlah untuk mencari kain monstera ni..hanya bermodalkan beberapa ringgit saja dah dapat table runner daun monstera dari kedai eco...pasni gigih jugalah mama nak mencari beg kecik ni lagi sebab kali ni mama nak buat table runner dimeja makan pula...


p/s diy sendiri lebih puas hati...


Wednesday, October 02, 2019

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN VEGETARIAN

ASSALAMUALAIKUM...
PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN VEGETARIAN

Pesta Sembilan Maharaja Dewa merupakan perayaan tahunan kaum Taois yang mana perayaan ini bermula pada bulan ke-sembilan dalam kalender lunar cina dan diraikan di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Karnival ini akan berlaku di kuil sepanjang pesta 9 hari, dengan penganut yang menetap di kuil, makan makanan vegetarian dan membacakan ayat-ayat penyembahan secara berterusan. Festival ini disambut dengan meriah di negeri seperti Selangor (Ampang dan Sekinchan), Pahang (Kuantan), Kelantan (Kota Bharu), Pulau Pinang (Butterworth) dan Perak (Ipoh).

Pada malam hari pertama, acara khas akan diadakan untuk mengundang 9 Maharaja Dewa untuk menjelma ke kuil dari lautan, dan ini akan menjadi lebih meriah oleh persembahan opera dan kebudayaan Cina pada setiap malam sepanjang tempoh perayaan. Para penganut akan berharap dan berdoa untuk kesihatan dan kesejahteraan umum dengan membuat pelbagai persembahan kepada dewa.

Menurut kepercayan penganut Taois, sepanjang perayaan ini hujan akan turun sebagai tanda pembersihan jalan untuk mengalu-alukan 9 Maharaja Dewa.

Perayaan ini adalah salah satu perayaan utama rakyat Malaysia bagi golongan vegetarian, yang akan berlangsung selama sembilan hari bermula pada 29 September hingga 7 Oktober. Penganut Taois harus mematuhi kod tingkah laku yang ketat dan diet vegetarian untuk membersihkan diri mereka.

"Kami melihat peningkatan besar dalam permintaan untuk Sos Tiram Lee Shun Hing Vegetarian sepanjang perayaan Pesta Sembilan Maharaja Dewa. Produk ini adalah salah satu barangan tradisional dan popular yang dapat dimanfaatkan oleh para penganut bagi tujuan memasak untuk memenuhi keperluan pemakanan vegetarian yang ketat. Produk kami telah digunakan oleh komuniti vegetarian perayaan selama beberapa dekad. Kami telah menerima maklum balas daripada para pengguna bahawa hanya Sos Oat Vegetarian Lee Shun Hing, adalah pilihan terbaik bagi mereka," jelas Encik Siew Yun Sing, pengasas Lee Shun Hing.

Sos Tiram Lee Shun Hing memenuhi kriteria vegetarian yang ketat untuk menawarkan kepada dewa-dewa. Produk ini juga merupakan jenama nombor satu dalam sos tiram vegetarian di Malaysia dan juga pilihan makanan yang lebih sihat dalam kalangan rakyat Malaysia, menerusi janji jenamanya - 'Sos Tiram  Lebih Sihat, Rasa Lebih Lazat'.

Ditubuhkan pada tahun 1985, jenama Lee Shun Hing menerima pengiktirafan sebagai Pilihan Sos Tiram Lebih Sihat oleh Kementerian Kesihatan, Singapura. Tambahan pula, jenama ini menerima Sijil Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dari Kementerian Kesihatan, Malaysia. Jenama Lee Shun Hing merupakan produk tempatan yang memenuhi citarasa seluruh rakyat Malaysia.

Sos Tiram Vegetarian Lee Shun Hing dibuat daripada intipati sayur-sayuran seperti saderi, cendawan dan lobak merah. Jenama ini memahami bahawa rakyat Malaysia mengambil berat faktor kesihatan dengan memilih untuk menggunakan produk berasaskan sayur-sayuran atau diet vegetarian untuk tujuan gaya hidup atau keagamaan.

Produk Lee Shun Hing disahkan 'Halal' oleh JAKIM.

Produk jenama Lee Shun Hing boleh didapati secara meluas di seluruh negara melalui semua pasaraya dan kedai runcit berdekatan.

Harga penuh produk Sos Tiram Lee Shun Hing adalah seperti berikut:-



DUGAAN UNTUK MENANTU MERASA MABUK HAMIL

ASSALAMUALAIKUM...
DUGAAN UNTUK MENANTU MERASA MABUK HAMILAlahai kesian menantu mama yang kedua ni...macam-macam dugaan dia kena hadapi kali ini..walaupun begitu dia tetap tabah menghadapi kesemuanya dengan tabah dan senyuman..semoga ada sinar kebahagiaan di akhirnya...
Dugaan pertama - 
selepas anak mama disahkan pregnant 7minggu,menantu mama ni lah yang terpaksa hadapi alahan teruk orang mengandung...dahlah tak boleh hidu bau makanan,makan sikit dah muntah,mabuk semuanya la,memang dia yang hadap..bini dia masih dok relax lagi,laki dah macam apa muntahnya dengan lemah seluruh anggota badan..mungkin Allah berikan sedikit dugaan dulu buat menantu mama ni sebab dugaan untuk anak belum lagi agaknya...
In sha Allah besar kemungkinan dan in sha Allah kalau ada rezeki la,kami sekeluarga dan mama bakal terima cucu kembar...kawan-kawan semua,doa-doakanlah semuanya dipermudahkan dan anak cucu mama baik-baik yer...mungkin dulu kakaknya kehilangan seorang baby kembarnya tapi sekarang mungkin Allah nak gantikan dengan baby adiknya pula agaknya..kalau memang kembar syukur alhamdullilah pada Allah kerana mengurniakan rezeki yang sungguh indah ini buat kami sekeluarga...kalau tak kembar pun mama dah cukup bersyukur dengan rezeki yang datang ini...
Dugaan kedua-
Nak jadi cerita,telinga menantu mama ni telah dimasuki lipas,memang tak dijangkakan selama kami semua tinggal disini tak ada pulak kes begini tiba-tiba pulak menantu mama yang terkena...masing-masing dok perli anak mama sebab selama ni anak mama la yang paling penakut dengan lipas tup-tup laki dia yang diusik dengan lipas...terpaksalah bawa ke klinik untuk keluarkan lipas kat dalam telinga tu...alhamdullilah setel semuanya dan lipas tu berjaya dikeluarkan dengan jayanya...
Dugaan ketiga-
Ke klinik lagi sebab badan dah lemah dan doktor sarankan supaya menantu mama ni terus bawa ke hospital...kalau dah ke hospital memang kena tahanlah jawabnya.. kononnya demam alahan jer,lastnya terus merebak ke demam denggi pulak...semalam dah diwardedkan di hospital Gleneagles Medini kerana di syaki ada demam denggi...Allahuakbar memang besar dugaan menantu mama kali ini...redha dan bertabahlah yer mungkin ada hikmahnya nanti...

Sekarang ni masih ditahan diwad sementara menunggu keputusan ujian darah menantu mama..kalau okay mungkin awallah dapat discharge keluar hospital kalau masih tak elok terpaksalah tidur di hospital lagi yer..anak mamalah yang menemani lakinya di hospital semalam...mak doakan Salleh cepat sembuh yer dan dapat keluar awal dari hospital...


p/s harap semuanya dipermudahkan Allah hendaknya...

WORDLESS WEDNESDAY #777 | BERJAYA SEBAGAI AHLI PALING SPORTING

ASSALAMUALAIKUM..
Alhamdullilah walaupun tak dapat hadiah utama dalam contest deko bulan lepas tapi mama berjaya juga mendapat hadiah dalam kategori ahli yang paling aktif komen,peramah dan sporting sepanjang contest berlangsung..itu pun dah kira bersyukur juga, kiranya tak sia-sia mama join sekali dalam contest tu kerana dapat juga la hasilnya kan...

WELCOME OKTOBER 2019

ASSALAMUALAIKUM...
WELCOME OCTOBER
October means a start of winter
Cool breeze came from far to touch us and feel us
happy new month...

Monday, September 30, 2019

HAPPY BORNDAY MY SWEET GRANDDAUGHTER NUR DAMIA ZULAIKHA

ASSALAMUALAIKUM...
HAPPY BORNDAY MY SWEET GRANDDAUGHTER NUR DAMIA ZULAIKHA |  Sekejap jer dah besar cucunda grandma ni,semakin membesar semakin bijak bercakap pulak budak kecik ni,ada saja yang nak dibualkannya...

Selamat Hari Lahir 
Nur Damia Zulaikha
Semoga terus membesar menjadi seorang anak yang solehah dan 
sentiasa dirahmati Allah selalu..
Grandma sayang Damia hingga hujung nyawa yer...

p/s sayang cucunda grandma semua...

Thursday, September 26, 2019

DEKORASI TAMAN DI HALAMAN RUMAH

ASSALAMUALAIKUM..
DEKORASI TAMAN DI HALAMAN RUMAH | Mengimpikan sebuah taman yang indah di hadapan rumah adalah salah satu impian mama...sejuk rasanya jika pemandangan yang menghijau berada di depan mata ketika membuka pintu rumah,dipenuhi pula dengan pokok-pokok bunga yang berwarna warni colornya..

Ya la setiap orang memang ada impian dan harapan yang berbeza-beza tapi bagi mama yang suka sangat berdeko ni memang itulah salah satu impian yang ada dan berharap sangat agar ianya dapat direalisasikan juga satu hari nanti  in sha Allah jika ada rezeki terlebih agaknya...

Okaylah kat sini mama nak sharekan gambar dekorasi taman yang menarik hati dan mana tahu salah satu dekorasi taman dibawah ini akan menarik minat korang untuk berdeko dan dapat dibuat di halaman rumah korang juga nanti...pilih saja salah satu dekorasi taman yang menarik hati korang..

Jomlah kita survey dan lihat gambar di bawah ini yer...
Korang ! macam mana menarik tak dekorasi taman yang ada ni ? Menarikkan, sejuk jer mata memandang setiap deko kat taman rumah ni...kesemua dekonya memang menarik sangat...kalau pandai ambil idea disetiap deko diatas dan kita satukan mesti akan jadi satu dekorasi taman yang menarik dan cantik agaknya kan...pada yang ingin mencuba bolehlah pilih dekorasi taman di atas yang mana satu boleh jadi pilihan hati korang..okay selamat mencuba dan selamat berdeko yer...

p/s deko terapi minda...



Wednesday, September 25, 2019

WORDLESS WEDNESDAY #776 | BIG BANG GRILLED SEAWEED

ASSALAMUALAIKUM...


p/s layankan jap....

Tuesday, September 24, 2019

KENDURI KAWIN SINGGAH RUMAH BESAN DAPAT BUAH TANGAN

ASSALAMUALAIKUM...
KENDURI KAWIN SINGGAH RUMAH BESAN DAPAT BUAT TANGAN | Sekarang ni musim orang kawin dah tak kira cuti sekolah saja sebab hari-hari biasa pun tetap ada majlis kenduri kawin..setiap hujung minggu jer pasti ada jemputan dari orang yang mengadakan majlis kenduri kawin...tak terkecualilah mama kalau ada jemputan pasti juga nak hadir ke majlis tu atau kalau ada masalah kenalah bagitahu tuan rumahnya dan yang pentingnya duit salam keruknya tu...
Perkara wajib sebelum ke majlis kenduri kawin tu kenalah singgah ke rumah besan mama di pekan Pontian ni dulu..pergi pun bersama-sama beliau sekali..sebenarnya senang sangat nak cari rumah besan mama ni sebab rumahnya memang berhadapan dengan Hospital Pontian tu...
Pantang nampak benda yang diminati pasti minta sedikit dengan besan mama ni...kali ni petik sendiri cili padi dihadapan rumah beliau...geram tengok cili padinya yang banyak tu...
Yang lain-lain kat tepi tu tumpang tengok jer...
Meriah pokok cili ni dengan buahnya yang banyak...seronok sangat dapat mengambil hasilnya jer...pokok cilinya kecik jer tapi hasil buah cilinya cukup banyak...
Habis cili sepokok tu mama kerjakan...memang besan mama suruh habiskan ke semua cili-cili api tu sebab senang dia nak cantas batang-batang yang kurang elok jadi nanti bila bertunas eloklah jadi pokoknya...sambil memetik cili api tu sempat mama bertanya besan bagaimana petua nak pokok cili sihat dan tiada benah di pokoknya...kata besan mama petuanya mudah jer sebab bahan yang diperlukan sentiasa ada di dapur masakan kita setiap hari...petuanya ambil bawang putih dan blanderkan bawang putih tu kemudian siram air bawang putih tu ke pokok cili yang kita tanam tu...bawang putih tulah yang akan membuatkan pokok cili kita tiada benah atau ulat putih yang selalu melekat di daun atau batang pokok cili tu... 
Belimbing buluh ni pun besan mama yang bagi sebab sentiasa banyak buahnya di pokoknya di belakang rumah...memang seronoklah dapat belimbing buluh ni,sedap kalau buat sambal belacan atau letak dalam masakan seharian kita...
Cili api yang telah dipetik tadi...cili api kampung ni kalau masak memang tak bolehlah nak letak banyak kalau tidak memang berasaplah mulut dengan kepedasannya...  
Dah siap dapat kesemuanya bergeraklah kita ke majlis kenduri anak saudara besan mama ni...besan mama yang di tepi sebelah kiri tu...sebenarnya memang seronok pergi majlis kawin kat kampun-kampung ni semuanya disediakan secara rewang bersama-sama ahli keluarga...itulah cara kenduri kawin yang biasa diadakan di kampung-kampung, sekarang ni jarang sekali nak jumpa kenduri kawin yang ada acara merewang ni...

p/s sekarang ni dah lebih mudah tak payah rewang lagi just sediakan duit dan guna khidmat catering jer...