14 June 2018

THE EMPIRE STUDIO JOHOR BAHRU PAKEJ PHOTOSHOOT RAYA MURAH

June 14, 2018 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM... 
The Empire Studio Johor Bahru Pakej Photoshoot Raya Murah | Bila bab ambil gambar memang semua orang suka dan seronokkan..bila dapat peluang macam ni memang grap jer tak cerita panjang...bukan senang nak dapat photoshoot kat studio ni...kena booking dan datang ke studio untuk ambil gambar...sayangnya photoshoot kali ini family mama memang tak cukup bilangan ahlinya..hubby, anak kedua dan ketiga tiada sebab bekerja jadi yang dapat hadir pada hari photoshoot tu mama, anak yang sulung dan juga cucunda grandma ni...seronok cucunda grandma dengar bila nak photoshoot gambar raya kat kedai...
Kalau ambil gambar kat studio ni memang confirm gambar akan jadi cantik sangat...tak payah nak edit semula kerana gambarnya memang cantik...tapi faham-faham jer la kalau bergambar kat studio ni,tak reti nak posing macam mana jadi tak payah risau sebab photographer profesional pasti akan dapat membantu apa yang perlu dilakukan..pada yang kaku dan kekok depan kamera pasti akan terus hilang rasa kaku dan kekok tu...bolehlah bergambar dengan jayanya...
Studio yang mama pergi dan buat photoshoot ini adalah di salah satu studio yang ada di Johor ni..The Empire Studio ini letaknya di Bandar Baru Uda Jay Bee...pada orang Johor yang berdekatan pasti dah tahu nama kedai ni dan pakej yang disediakan di sini memang cukup berbaloi sekali hanya RM130 saja kita mampu bergambar sekeluarga di sini...Empire Studio ni dibuka pada hari raya pertama hingga hari raya ke empat..Jomlah kawan-kawan tempah saja pakej yang telah disediakan ini dan kita boleh berphotoshoot mengikut tarikah yang telah ditetapkan...harga yang disediakan ini memang murah dan berbaloi-baloi sekali...
Meriah sekali kami sekeluarga berphotoshoot tempohari..macam-macam posing dan gaya mampu dilakukan...photographer memang profesional sekali sebab dengan tunjuk ajarnya kita mampu lakukan gaya yang lebih menarik sekali...posing sakanlah kami pada hari tu...
Posing cun dari 3 orang cucunda grandma ni...semua behave jer hari tu...buat jer apa yang photographer suruh...
Cantikkan gambar family anak mama ni..gambar yang diambil di sini memang cantik jadinya...jangan risau korang kalau bergambar di sini confirm memang puas hati...silalah tempah segera pakej photoshoot white studio di The Empire Studio ni...apa lagi korang jomlah tempah sekarang pakej bergambar yang disediakan ini..nak tahu lebih lanjut lihat detailnya dibawah ini...
Pakej yang disediakan di bawah ini dan korang boleh menempah sekarang 
013-700 8889

PAKEJ 1
-RM130
-20 minit shoot
-Burn DVD Soft Copy

PAKEJ 2
-RM 180
-20 Minit Shoot
-Burn DVD Soft Copy
-1 Frame 11R

PAKEJ 3
-RM230
-20 minit shoot
-Burn DVD Soft Copy
-1 Frame 12R

PAKEJ 4
-RM280
-20 minit shoot
-Burn DVD Soft Copy
-Canvas 20x30

ADD ON
-Mini album
-Album 11x8 + RM200
-Frame 11R + RM100
-Frame 12R + RM150
-Canvas 20x30 + RM300

Apa lagi korang cepat-cepat booking bila pilih hari korang nak shoot...Cepat setahun sekali jer kita dapat berkumpul beramai-ramai jadi eloklah kita abadikan gambar family untuk kenangan di masa hadapan nanti..

BERITA BAIK BUAT WARGA JOHOR

 Apa lagi jom korang kita abadikan gambar WHITE STUDIO di @theempirestudio
Studio dibuka pada hari raya pertama hingga raya keempat.
Tersedia dengan pakej yang menarik
Kalau berminat sila whatsapp no di bawah ini untuk keterangan lanjut

Alamat :
58-02, Jalan Padi Emas 1/4,
Bandar baru Uda,
81200,Johor Bahru
Johor.

Dibuka dari jam 8am-10pm
Whatsapp : 
http://www.wasap.my/+60137008889

Follow IG : @theempirestudio
FACEBOOK PAGES : /theempirestudio

#raya #raya2018 #studio #studiojohor #johor #johorbahru #syawal #syawal2018
#photoshootraya #jomraya #anugerahsyawal #ramadan #johorbahru
#jdt #johorbahru #johorean #johordarultakzim #perayaan #muslim #islam #johorstudio
#studioraya #JDTBlogger # TeamBloggerJohor #maszullblogspotmy

Akhir sekali terima kasih buat En.Anwar yang peramah orangnya dan juga owner The Empire Studio ni kerana memberi kami peluang bergambar White Studio Raya ni...

Terima Kasih The Empire Studio


13 June 2018

NGETEH PAGI TADI

June 13, 2018 3 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Ngeteh Pagi Tadi | Menu semalam dah tak ada pun balancenya jadi pagi tadi sahur kami keluar berdua makan apa yang patutnya..anak-anak dah bercuti jadi mama dan hubby je la keluar berdua bersahur...menu simple jer untuk kami berdua pagi tadi...order roti sardin dan air teh tarik...alhamdullilah selamat bersahur...kalau dah last-last ni menu bersahur apa yang ada jer,memang dah mula malas nak memasak...kalau ada maggie pun jadi jer,asal kenyang perut sebab yang penting bagi hubby mama adalah makan ubatnya...
p/s in sha Allah Jumaat kita raya...

12 June 2018

DOA HARIAN RAMADAN HARI KE 27

June 12, 2018 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM..
DOA HARIAN RAMADAN
DOA HARI KE 27
YAA ALLAH !
REZEKIKANLAH KEPADAKU KEUTAMAAN LAILATUL QADR,
DAN UBAHLAH PERKARA-PERKARA KU YANG SULIT MENJADI MUDAH.
TERIMALAH PERMINTAAN MAAFKU,DAN HAPUSKANLAH DOSA DAN KESALAHANKU,
WAHAI YANG MAHA PENYAYANG 
TERHADAP HAMBA-HAMBANYA YANG SOLEH.

11 June 2018

PATAH SUDAH MATA HATI KU

June 11, 2018 6 Comments
ASSALAMUALAIKUM..
Patah Sudah Mata Hati Ku | Sabtu lepas adik beradik mama adakan majlis berbuka puasa dan majlis tahlil sekali...bila dah berjumpa memang meriahlah kami sekeluarga...bila dah berjumpa memang peluk cium abang dan adik,kakak adik bila sampai part mama kena cium dengan abang last-last cermin mata mama jadi begini...memang awesome dapat pelukan dari abang long, cermin mata patah pun tak kisah pun...tapi risau juga sebab tak bolehlah nak memandu di malam hari...nak kena juga buat yang baru ni..
Kesian cermin mata hatiku ini..dah tak.dapat diselamatkan kwna.juga ganti yang baru...Dah 2 hari tak pakai spec ni...kalau ada yang nampak mama dimana-mana tegur yer..memang tak nampak kalau berjalan tanpa cermin mata...
p/s dah nak raya kan...

DIY SIAPKAN LANGSIR RAYA TAHUN NI

June 11, 2018 3 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
DIY Siapkan Langsir Raya Tahun Ini | Dah berhari-hari menjahit tak juga siap...bila pegang sekejap lepas tu berehat..bila dah berehat ada saja perkara lain yang nak dibuat...jadi semalam juga mama cepat-cepat siapkan langsir ni dan pasangkan...dah rimas tengok langsir yang tak siap-siap lagi ni...
Tahun ni nak cuba jahit langsir eyelet ni pula..dah lama nak tukar tapi masih juga tak menjadinya jadi tahun ni gagahkan juga menukar paten langsir eyelet ni pula...cari ring ni kat kedai kain langsir jer...tak mahal pun satu ring ni hanya rm1.30 tapi kalau beli bnayak dapatlah murah sedikit...
Langsir dah siap berjahit cuma nak tebuk lubang untuk diletakkan ring di bahagian atas langsir tu..
Tandakan dahulu tapak ring tu kat lapik langsir...bila dah dibulatkan gunting bulatan tu dahulu...setelah itu masukkan ring ke dalam bulatan tadi dan tekankan sampai ketat..sekarang ni dah ada jual lapik langsir yang dah ready dengan lubangnya sekali jadi tak payahlah susah payah nak tebk lubang lagi hanya gunting ikut lubang yang telah ready ada tu...
Inilah dia langsir yang telah siap dimasukkan dengan ringnya...
Akhirnya dah siap juga langsir raya eyelet mama untuk tahun ini...lepas ni bolehlah lakukan proses memasang langsir itu pula...
Tadaaa !! dah siap pun proses memasang langsir eyelet mama ni.. puas hati dapat jahit eyelet langsir sendiri...pasni dah boleh buka kedai jahit langsir la.....hahahaaa lawak jer mama ni kan...

p/s nampak juga sedikit perubahan kat ruang tamu mama ni...

BUKAN MAHRAM TIDAK BOLEH BERSALAMAN

June 11, 2018 3 Comments
ASSALAMUALAIKUM..
Bukan Mahram Tidak Boleh Bersalaman | Dah nak raya ni...jom kita ingat mengingati yang mana boleh dan yang mana tidak boleh untuk kita bersalaman..Di bawah ini ada rujukannya danjomlah kita lihat 'Siapakah yang bergelar 'BUKAN MAHRAM' yang kita 'TIDAK BOLEH' bersalaman...


*A) Jika kita seorang Lelaki:-*
1. Isteri kepada adik beradik bapa
2. Isteri kepada adik beradik emak
3. Adik beradik perempuan bapa mertua
4. Adik beradik perempuan emak mertua 
5. Anak perempuan adik beradik isteri
6. Kakak Ipar
7. Adik Ipar perempuan
8. Sepupu perempuan
9. Sepupu Ayah (perempuan)
10. Sepupu Emak (perempuan)
11. Biras perempuan


*B) Jika kita seorang Perempuan:-*
1. Suami kepada adik beradik bapa
2. Suami kepada adik beradik emak
3. Adik beradik lelaki bapa mertua
4. Adik beradik lelaki emak mertua 
5. Anak lelaki adik beradik suami
6. Abang Ipar
7. Adik Ipar Lelaki
8. Sepupu Lelaki
9. Sepupu Ayah (lelaki)
10. Sepupu Emak (lelaki)
11. Biras lelaki


*Ada yang tidak tahu. Dan kadangkala kita terlupa. Nampak macam boleh tetapi sebenarnya TAK BOLEH.*
Jadi sekarang dah tahu...minta minta ler sampaikan pula pada saudara2 & sahabat2 kita..perkongsian dari group whatsapp.

MERIAH SESI PHOTOSHOOT JDT BLOGGER

June 11, 2018 3 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Meriah Sesi Photoshoot JDT Blogger | Petang Ahad yang lepas ni mama dan teman JDT Blogger yng lain telah menghadiri sesi photoshoot bersama-sama...memang meriah kalau dapat jumpa sesekali begini....
Inilah diantara teman JDT Blogger yang hadir pada sesi photoshoot kali ini...first time dapat jumpa dengan blogger Cik Tom...
Sesi menunggu giliran berphotoshoot...
meriah kalau dapat berjumpa anakanda mama semua ni...memang cukup seronok tau dapat beejumpa ahli dari group JDT Blogger ni...sayangnya mama hanya dapat.jumpa beberapa orang ahli group yang join tadi...Sis Lin, Ain, Uyul ,Seri, Mialiana...Hernee jumpa masa mama nak keluar tadi dan Dilah pula tak dapat berjumpa pun...
Orang pertama nak photoshoot..pasangan hangat dialam maya ahli group JDT Blogger Uyul Rosli dengan pasangan...semoga kalian berdua.dipanjangkan jodoh yee..

Sempat juga selfie dengan blogger Cik Tom dan si comel Adira ni...yang lain-lain tak sempat nak snap lepas sesi photoshoot terus gerak ikut anak ke Bukit Indah...

p/s seronok dapat jumpa semua....

10 June 2018

DOA HARIAN RAMADAN KE 25

June 10, 2018 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

DOA HARIAN RAMADAN
DOA HARI KE 25
YAA ALLAH !
 YA ALLAH !
JADIKANLAH AKU ORANG-ORANG YANG MENYINTAI AULIYA MU DAN MEMUSUHI MUSUH-MUSUH MU.
JADIKANLAH AKU PENGIKUT SUNNAH-SUNNAH PENUTUP NABI-NABI MU,
WAHAI PENJAGA HATI PARA NABI.

09 June 2018

7 KEISTIMEWAAN MALAM LAILAITUL QADAR

June 09, 2018 3 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

7 KEISTIMEWAAN MALAM LAILAITUL QADAR

"YA ALLAH ,
MUDAHKANLAH KAMI MERAIH KEISTIMEWAAN LAILAITUL QADAR
DENGAN BISA MENGISI HARI-HARI TERAKHIR KAMI DI BULAN RAMADAN
DENGAN AMALAN SHOLIH."

-WAKTU DITURUNKANNYA AL-QURAN
-LEBIH BAIK DARI MALAM 1000 BULAN
-MALAM YANG PENUH KEBERKAHAN
-MALAIKAT JIBRIL TURUN
-KESEJAHTERAAN SAMPAI FAJAR TIBA
-MALAM DICATATNYA TAKDIR TAHUNAN

DOSA SETIAP ORANG YANG MENGHIDUPKAN MALAM 
'LAILAITUL QADAR' AKAN DIAMPUNI OLEH ALLAH

PROJEK RAMADONATE : RUMAH PERLINDUNGAN BAITUS SOLEHAH JOHOR

June 09, 2018 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, jom sama sama meringankan beban dengan berganding bahu menderma dan memberi sumbangan (Susu, Bahan makanan kering, barang keperluan bayi dan lain lain) untuk Projek Ramadonate : Rumah Perlindungan anjuran Johor Muda 

**Bantuan derma yang terkumpul akan diserahkan kepada mereka yang memerlukan pada 9 Jun 2018 (Sabtu) 

📍Baitus Solehah, Johor 
☎️ 018 - 369 7966 (Wan) / 019 - 779 9682 (Muna) 

Untuk sumbangan berbentuk wang (boleh didermakan ke akaun), 
Maybank - 5513 0651 3550 
CIMB - 8603 089 829

Facebook Page Johor Muda (Link), 

Instagram & Twitter [@johormuda]

Ikuti [@johorevent] di Twitter & Instagram untuk mendapatkan maklumat terkini event sekitar Johor 

LENSA MUAR | MURAL CANTIK DI MUAR

June 09, 2018 7 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

Yang best pasal Muar ni, banyak mural yang dilukis mempunyai sejarah dan kisah nya tersendiri. Mana satu mural yang korang paling suka?
**Teruskan mengikuti Facebook Page dan Instagram Lensa Muar untuk info tempat menarik sekitar Muar
Facebook Page Lensa Muar (Link), 














DOA HARIAN RAMADAN KE 24

June 09, 2018 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM.... 

DOA HARIAN RAMADAN
DOA HARI KE 24
YAA ALLAH !
 AKU MEMOHON KEPADA MU HAL-HAL YANG MENDATANGKAN KEREDHAAN MU.
DAN AKU BERLINDUNG DENGAN MU DAN HAL-HAL YANG MENDATANGKAN KEMARAHAN MU,
DAN AKU MEMOHON KEPADA MU KEMAMPUAN UNTUK MENTAATI MU SERTA MENGHINDARI KEMAKSIATAN TERHADAP MU,
WAHAI PEMBERI PARA PEMINTA.