Kedai Makan Top Pop Classic Pontian | Wah ! bila dengar nama kedai ini memang bunyinya klasik sangat kan..pandai tuan punya kedai menamakan kedainya dengan nama menarik macam ni..kedai ni betul-betul berada di Bandar Pontian Bandar Penghujung Dunia ni dan ianya terletak berdekatan dengan bus station lama Pontian...pada yang berdekatan pasti tahu di mana terletaknya bus station lama tu,kalau tak tahu tempatnya korang boleh jer Waze nama kedai ni,pasti sampai jer ke sini...korang nak tahu tak,macam mana tuan punya kedai dapat nama unik kedai ni....
Sebenarnya owner kedai ni En.Jaffar, dulu pernah menganggotai satu band kugiran di Pontian dan kumpulan band mereka pernah juga menyertai beberapa pertandingan di sekitar Pontian dan Negeri Johor disekitar tahun 80an dulu,tapi sekarang kumpulan band itu hanya tinggal kenangan saja...setelah bersara dari dunia top dan popular, En.Jaffar mencuba membuka kedai makan dan nama itu telah diabadikan pula di kedai makan beliau dengan nama "Kedai Makan Top Pop Classic"...kedai makan beliau ni, telah beroperasi selama 4tahun lamanya..
Memang klasik sungguh,tiang kedai makan ini digunakan dari batang kayu dan dihias dengan gaya yang menarik dan jelas memperlihatkan gaya klasiknya..kedai ini memang betul-betul berhadapan dengan Perairan Laut Selat Malaka,memang cantik sangat view pemandangan jika kita berada di sini...
View mentari petang memang cantik di sini...terasa tenang jiwa dan raga bila melihat kecantikkan pemandangan mentari terbenam ciptaan Allah bila berada di sini..
Kedai makan Top Pop Classic ini pun berdekatan dengan taman permainan kanak-kanak...sambil menunggu makanan siap atau sesudah makan, boleh saja bawa anak-anak bermain di taman mainan ini...memang menarik sekali suasana di kawasan persekitaran kedai ini..
Okay la kita cerita menu makanan yang disediakan di sini...Mama sudah pun mencuba menu makanan kat sini...alhamdullilah ! memang sedap kesemuanya...kita boleh buat pilihan nak makan menu set atau menu yang untuk individu saja..terpulang pada kita sendiri nak memilihnya tapi kalau bawa family memang eloklah sangat kita pilih menu setnya...semua ada dalam setiap satu set ni...pilih saja nak menu set A,B atau C...nak buat pilihan menu tambahan atau berasingan pun boleh..
Semua menu makanan berasaskan ikan yang disediakan di sini semuanya fresh dan ianya memang ikan yang baru dari jeti Pontian..menu makanan terpulang pada kita untuk membuat pilihan...
Rasanya semua menu special kat sini,kalau nak makan western food pun ada,menu makanan kampung,ikan bakar atau pun menu ala-ala Thai semuanya ada disediakan..pilih jer menu ikut selera tekak kita sendiri...
Western Food
" CHICKEN GRILL TOP POP"
"NASI AYAM PENYET TOP POP"
Pada peminat nasi ayam penyet jangan lupa order menu specialnya di sini yer..
"SIAKAP 3 RASA TOP POP"
"NASI GORENG SPECIAL TOP POP"
Nasi goreng special ni memang sedap rasanya dan nasi ni juga disediakan dengan sotong goreng tepungnya yang rangup...
"NASI KOREK KOREK TOP POP"
Menu yang ni mama rasa special sangat sebab nama,rasanya memang awesome dan sedap sangat...kalau ke sini lagi,mama pasti akan order semula nasi special ni...
"PAIS IKAN PARI TEMBAKUL TOP POP"
Satu lagi menu special yang ada disediakan di sini ialah "Pais Ikan Pari Tembakul Top Pop"...rasa menu pais ikan pari tembakul ni memang lazat,sampai licin la, isi ikannya kami makan..rasanya memang lain sekali dari ikan pais yang biasa kita makan..
"SIAKAP STIM LEMON"
Menu ikan siakap ni pun sedap,cukup kesemua rasa lemon dan ramuannya dan special sekali adalah isi ikan siakapnya memang fresh dan sedap.
"KAILAN IKAN MASIN TOP POP"
Biasanya kalau menu sayur ni,selalunya memang ada dalam setiap menu set yang disediakan...menu yang unggul dalam masakan ala-ala thai kat semua restoren makanan thai..kalau tak ada sayur memang rasa kekurangan satu menu yang wajib...
Penyediaan katering makanan untuk majlis perkahwinan juga ada disediakan di sini...tentang harganya boleh datang sendiri berbincang dengan tuan punya kedai ini..
Pada korang yang turun ke Bandar Pontian ni bolehlah singgah ke Kedai Makan Top Pop Classic ni tau,memang tak rugi sebab menu makanan yang disediakan di sini memang sedap dan sambil makan boleh mendengar alunan suara pengunjung berkaroke dan menikmati pemandangan yang cantik di sini.
Untuk keterangan lanjut sila la ke
KEDAI MAKAN TOP POP CLASSIC
TEPIAN MUARA SUNGAI PONTIAN
BLOK A,NO 9, JALAN DEWAN,
TERMINAL BAS PONTIAN LAMA,
82000 PONTIAN KECHIL JOHOR
TEL : 012 785 4243
MASA DIBUKA : 5PM - 1AM
Pada para pengunjung kedai makan yang sudah berada di sini dan ingin menyumbangkan suara bolehlah mencuba berkaroke di sini...di sini memang sudah disediakan tempat dan set karoke di hujung jeti berhampiran kedai ini.
Kedai ini juga boleh menerima tempahan katering dan juga untuk majlis kenduri kawin...kiranya untuk satu majlis tempat ini boleh menempatkan seramai 300 - 500 orang.Penyediaan katering makanan untuk majlis perkahwinan juga ada disediakan di sini...tentang harganya boleh datang sendiri berbincang dengan tuan punya kedai ini..
Untuk keterangan lanjut sila la ke
KEDAI MAKAN TOP POP CLASSIC
TEPIAN MUARA SUNGAI PONTIAN
BLOK A,NO 9, JALAN DEWAN,
TERMINAL BAS PONTIAN LAMA,
82000 PONTIAN KECHIL JOHOR
TEL : 012 785 4243
MASA DIBUKA : 5PM - 1AM
14 Comments
memang betul2 klasik kedai makan ni.. tempat cantik, makanan sedap..
ReplyDeletepemandangan cantik. makanan pun nampak sedap :)
ReplyDeleteAssalam Mama...
ReplyDeleteWaaa bestnyaaa..nanti nak cubalah pergi bawak family ke sana..
ya Allah...cantiknya mamaa kedai niii..makanan2 pun nampak sedap...kalau ke arah pontian, boleh la singgah sini nanti
ReplyDeletealahai keroncong kita punya perut tghari gini
ReplyDeleteAssalamualaikum mama... wah. tak tahu pulak kat pontian ade kedai view cantik begini..... btw mama, tempah kat mana template blog ni.. cantikkk... rasa2 mcm nak tukar la. dah bertahun2 bersawang blog saya ni haaaa....
ReplyDeleteInteresting..makanan pun nampak menyelerekan huhu
ReplyDeletecantiknya pemandangan waktu malam kat sini kan mama...next time kalau ke Pontian, wajib terjah sini ni
ReplyDeleteTenfok menu yang ada semua nampak sedap dna memyelerakan .Saya tak pernah sampai pontian lagi kak. In shaa Allah ada rezeki nanti sampai boleh makan sini
ReplyDeletewowwww....sedap2 makanannya.... dengan pemandangannya sangat indah.... nak pergi lerr ke sini kalau ain ade dekat pontian.hehhee.
ReplyDeleteSemua menyelerakan..thanks suggest! hehee~
ReplyDeleteSiap leh karok menikmati pemandangan lagiii...nakkkk jugak g sini nantiiiii..
ena tak penah lagi pegi kedai ni sebab jarang makan luar.haha.. kalau balik pontian biasa kami p mandela. nak try lah. nasi korek ni ena penah makan kat shah alam. so tak tahulah asal nasi korek ni dari mane.
ReplyDeleteokay noted. tengah kumpul maklumat juga ni tempat2 makan best area selatan. cadangnya nak road trip. mana tahu singgah Pontian =D
ReplyDeleteTak pernah lg sampai Pontian.
ReplyDeleteJemput singgah blog kami www.diariashmira.blogspot.my
Post a Comment