Assalamualaikum...
Hari ini adalah hari pertama kawan anak mama menghantar anaknya ke rumah mama akan menjaganya setelah beliau lepas dari berpantang...pada kekawan yang nak tahu ceritanya tekan n3 mama ni...
akhirnya mama setuju juga untuk menjaga baby baru ini...pagi tadi mula-mula sampai macam biasa elok je perangainya...sampai je tadi Aiman dah tidur dengan senangnya... "Aiman Nuqman"nama untuk baby baru tu...
sekejap je rupa-rupanya mungkin hari pertama berenggang dari ibunya itu yang susah sangat agaknya...Aiman sebenarnya menyusu badan jadi untuk menyusukan dia menggunakan botol susu agak susah juga kerana Aiman tidak boleh menerimanya...
Kesian dengan Aiman tadi puas mama susukan tapi dia tak mahu dan ianya hanya menangis tak henti-henti...risau juga rasa di hati mama kerana Aiman tak mahu menyusu walaupun dia terlalu kelaparan... Aiman terus saja menangis berpanjangan tanpa hentinya...akhirnya mama mengambil keputusan memberitahu ibunya supaya mengambil cuti sebab Aiman perlukan susu ibunya sendiri dengan segera...
kesian mama tengok Aiman sampai bengkak-bengkak mata dan berhingus akibat menangis berterusan...akhirnya ibu Aiman terpaksa mengambil cuti setengah hari dan pulang dari bekerja....sampai je terus dia menyusukan Aiman dan Aiman terus terlena akhirnya...lega rasanya mama melihat Aiman menyusu dan lena dipangkuan ibunya...
susah jugakan kalau macam ni ! terpaksa jadi pengasuh bagi bayi yang menyusu badan ni...dah tak reti nak buat apa bila melihat baby tu menangis berterusan....ibu Aiman pun menjangkakan Aiman akan minum susu formula yang dibekalkan tadi tapi rupa-rupa disebaliknya pula...
p/s esok macam mana pulak la agaknya....
13 Comments
Susah jugak ehh baby nk tukar ke susu formula. Huuuu
ReplyDeleteAssalam mama.....
ReplyDeleteBelum sesuai takde ibunya tu...
Harapnya esok baby aiman mula biase..... =D
ini laa cabaran nya bila anak yang menyusu badan di hantar ke pengasuh..patut nya sblm di hantar ke rumah pengasuh means dlm cuti berpantang tu baby tu kena di biasakan minum dalam botol so takde laa memeningkan kepala pengasuh..hehehe
ReplyDeleteAssalamualaikum kak mas. hee jadi pengasuh? bestnya. sheila suka jaga budak2. tapi kalau banyak sangat mesti kabut jadinya. hehehe
ReplyDeletekena pesan pada ibu aiman tu untuk stok susu badan letak dalam botol la kalo camtu..cm anak sy mmg tak layan susu formula, tapi kalau letak susu mama dia dalam botol, elok je tak meragam..cuma kena belajar kaedah menyimpan susu badan la..
ReplyDeletemama jadi pengasuh pulak lanie...?
ReplyDeletesusah juga tu mama... patutnya ibunya dah biasakan aiman guna bottle..... takle lah aiman rasa kekok kan......
ReplyDeletewah tambah sorang lg anak mama, cool mama ..sy tgk mamaD memang cmtu bila baby baru nk pisah dgn ibunya...
ReplyDeleteesok ok lahtu..gud luck n enjoy.
alahai...sian c baby...
ReplyDeleteaah pernah jg ank adik ipar..dia nangis smpai petanggg..kesian sgt..
ReplyDeleteSementara nak biasa tu yg susah, mudah-mudahan ok la lepas ni ye.. ;)
ReplyDeleteBaby tu nak susuibu juga. Sian dia.
ReplyDeleteAlahai!!! kesian ibu gan anak...sepatutnya..awal kena biasakan susu botol..
ReplyDeletePost a Comment