JIRAN TETANGGA

Monday, September 22, 2014

Comotnya Budak Kecik Berdua Ni...

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hari ni menu simple untuk makan tengahari budak berdua ni..goreng ikan letak kicap jer...mama pun makan bersama-sama dengan mereka berdua ni tadi...sesekali makan lauk budak-budak ni sedap juga rasanya...

p/s comot kicap jer muka kedua2nya tadi...


Siakap ! Oh ! Siakap...

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Haii !! ikan siakap tengahari ni tak boleh nak masak kau sebab orang tak ada kat rumah ni...kalau masak sekarang malam nanti memang dah tak sedap nak makan kau... jadi kau akan dimasak malam nanti...bersiap sedia untuk dimasak malam nanti yer wahai siakap...

p/s nak masak 3 rasa jer la...

Berjimba Di Hari Minggu Ke JPO

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hari minggu hari kami sekeluarga berjimba bersama-sama walaupun anak yang kedua tu kerja...Awisy kalau bab berjalan ni memang dia suka dan seronok sangat...kali ni bawa Awisy jenjalan ke JPO Johor Premium Outlet di Kulai...


Memang terdapat banyak kedai-kedai berjenama di sini...pilih saja nak beli yang jenama apa Carlo Rino,Timberland,Adidas,Polo,Guess,Puma semuanya ada... pasti kita boleh buat pilihan dan bajetnya sendiri la sebab duit kat poket kita sendiri...


Memang best la kalau shopping kat sini...harga pun berpatutan dan sama juga harganya kat shopping centre di luar...


Awisy bab jalan mula-mula saja boleh tapi bila dah penat habis semua orang kena bertukar-tukar mendokongnya...


Papa Awisy yang selalu jadi mangsanya...kalau tak di dokong pasti menangis...inilah gayanya kalau dah penat berjalan..nak letakkan kat stroller memang Awisy tak mahu...

   
Awisy kena tinggal kat luar dengan papa dia...tak dibagi masuk itulah gayanya menjerit depan pintu mohon minta pintu dibukakan...dah mula nak meroyan la tu...


Mama Awisy pula kalau dah jumpa kedai kasut memang ada yang berkenan di hati boleh meroyan kalau tak beli heheheeeee...makin bertambahlah koleksi kasut mama Awisy...itu sebab Awisy pun banyak juga koleksi kasut mama Awisy la punya kerja...


Ini dia mama Awisy asyiklah test kasut yang mana berkenan...mula-mula mama layankan juga bila dah penat biarkan dia memilih sendiri...


Tu dia mama Awisy sibuk tanyakan kat papa Awisy pula mana satu yang cantik...mama pulak malas nak layan lagi terus layan instagram dan facebook pulak...lama sangat mama Awisy memilih akhirnya tak jadi beli sebab Awisy dah meroyan ajak balik....

p/s lain kali la datang balik...

Spiderman Nak Makan Ayam KFC Juga

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Ini cerita hari sabtu lepas...saja mama nak tuliskan cerita si kecik Awisy ni...sebenarnya saja nak ikut hubby melihat pekerja yang dibawah pengawasan hubby sedang bertugas di Aeon Taman Universiti...sambil menyelam minum air la ni...bawa Awisy jenjalan sekali...Awisy memang suka dapat berjalan-jalan...sambil berjalan sempat lagi singgah ke restoren KFC...wah !! suka sangat spiderman kecik ni bila melihat grandpa nak order sesuatu untuk Awisy...apa lagi merengek la dia nak melihat juga...akhirnya dapatlah juga duduk atas kaunter KFC tu..sibuk sungguh Awisy ni nak melihat apa yang berlaku...

p/s suka Awisy..


Sunday, September 21, 2014

Giveaway 2014 Mialiana.com

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...





Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....

DUIT TABUNG