SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua...
Dalam mama menulis entry mengenai follower ini terfikir juga di kepala mama ini penting ke status umur,jantina,wajah atau faktor lain bila kita ingin jadi follower blog seseorang itu atau orang yang ingin memfollow blog kita...???

Pernah juga sesekali anak-anak mama bercakap dan bertanya pada mama yang mana follower mama semuanya terdiri dari berbilang usia ada yang dewasa,ada remaja dan ada juga kanak-kanak...pada mama itu semua tidak menjadi persoalannya kerana kita berblogging ini bukan hanya untuk orang dewasa saja tapi ianya menyeluruh ke setiap kalangan usia yang berbeza-beza...

jangan kerana usia,paras rupa kita jadi susah untuk singgah atau susah untuk menjadi pengikut mereka dan menjadi sebahagian dari kekawan dalam blog mereka tapi fahamilah setiap entry yang beliau tulis setiap hari itu..datang,singgah, lawat dan komen itu yang jadi topik utama dalam dunia berblogging ini walaupun tidak kesemua follower kita itu dapat kita lawat, singgah dan meninggalkan komen di setiap entry beliau tetapi hanya dengan menjadi pembaca senyap tanpa meninggalkan jejak itupun sudah memadai bagi mereka...

setiap blog pasti mempunyai follower yang biasa singgah dan meninggalkan komen disetiap entry yang ditulis dan disitulah bermulanya persefahaman diantara blogger itu...kita akan kerap kali datang membaca setiap entry blogger yang biasa singgah ke blog kita dahulu dari yang tidak berapa kerap kali datang tapi itu tidak bermaksud kita tidak menyukai akan setiap entry mereka...

untuk menjadi seorang blogger yang femes ini sememangnya bukannya mudah tapi jika kita kerap kali singgah diblog mereka kita akan dapat merasakan kemesraan yang terjalin di antara kita dan kesemua blogger itu..setiap komen dari follower yang datang seelok-eloknya kita hendaklah menjawab setiap komen-komen dari mereka dan dari situ tercetusnya perasaan
memberi dan menerima sesama kita... perasaan mesra itulah yang pentingnya apabila mereka singgah ke blog kitakan kita akan dapat layan yang sama bila kita pula singgah ke blog mereka nanti...

jangan pula ada yang merasa kecil hati yer atas apa yang mama katakan ini kerana ada sesetengah blogger memang susah untuk membalas setiap komen-komen yang diberikan samaada komen itu banyak atau lain sebabnya itu mama kurang pasti tapi semuanya itu tidak menjadi persoalan penting pada mama kerana itu semua terpulanglah pada individu itu sendiri dan kita tidak boleh memaksa mereka untuk membalas setiap komen yang telah diberikan oleh kita dalam setiap entry itu ...

jadi di sini mama mengambil kesimpulannya bahawa pada mama,mama tidak kisah follower mama dari golongan apa pun baik yang kanak-kanak,remaja,dewasa,dah berkahwin, belum berkahwin atau sebagainya itu adalah hak orang itu sendiri samada untuk jadi follower mama atau pun tidak dan mama juga tidak akan memilih untuk mama jadi follower sesebuah blog itu biarlah orang itu sendiri yang menilaikan diri mama ini...  

"kita singgah ke blog mereka sebab kita suka membaca setiap entry yang ditulis oleh mereka dan kita akan mengomen setelah habis entry itu dibaca oleh kita dan itu akan lebih lagi mengeratkan jalinaan silaturrahim sesama manusia di dunia blogging ini..."