SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Terimakasih pada kekawan yang datang ke sini mendoakan
keselamatan dan kesihatan hubby mama.
Alhamdullilah kami semua selamat sampai di rumah
setelah semalaman berada di hospital dan doktor telah
mengesahkan bahawa hubby mama memang ada serangan sakit
jantung semalam tapi baru peringkat yang awal dan
 serangan itu dapat dikawal serta merta semalam.
Doktor menasihatkan hubby supaya berehat dan mengurangkan tekanan
kerja atau stress..
Hubby mama dibenarkan keluar hari ini dan telah diberikan
ubat-ubatan untuk kawalan jantungnya dan rawatan susulan akan diberitahu
oleh doktor kelak...
 Pada kekawan mama yang datang BW ke sini mama mohon maaf
jika x dapat membuat lawatan balik dan 
komen2 kekawan nanti akan mama balas balik
  bila mama BW  semula...

Ubat di dalam kotak itu untuk mencairkan darah
dan di dalam botol itu kena dibawa sentiasa untuk diletakkan
dibawah lidah jika terasa sakit di dada atau jantung...


p/s dalam kekecohan gambar kat hospital pun x ingat nak amik..