Tuesday, May 25, 2021

Teleport Memperluas Keupayaan Perkhidmatan Penghantaran dengan Lesen Pos dan Kurier

 ASSALAMUALAIKUM...

Teleport Memperluas Keupayaan Perkhidmatan Penghantaran dengan Lesen Pos dan Kurier

Teleport sedia membuat penghantaran dengan lebih lancar

Teleport sedia membuat penghantaran dengan lebih lancar


Teleport, cabang logistik airasia digital kini telah menerima Lesen Pos dan Kurier daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selama tiga tahun sehingga Disember 2023.


Teleport menerima lesen di bawah kategori Lesen Perkhidmatan Bukan Sejagat (Kelas A), yang membolehkan syarikat tersebut menjalankan perkhidmatan kurier antarabangsa (masuk dan keluar) serta perkhidmatan kurier domestik di Malaysia.


Ketua Operasi Penghantaran Teleport, Siva Indran berkata, “Teleport terus berkembang maju di sebalik situasi ekonomi yang mencabar ini. Justeru, kami amat berbesar hati untuk menerima Lesen Pos dan Kurier oleh SKMM selama tiga tahun. Lesen ini juga membolehkan kami mengawal rantaian bekalan dan meningkatkan kemampuan perkhidmatan kami seiring dengan pengembangan syarikat. Keupayaan untuk membuat penghantaran terus ke rumah para pelanggan akan mengukuhkan misi kami untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan di Malaysia dan seluruh Asean serta lain-lain, dengan memanfaatkan rangkaian laluan AirAsia yang luas di rantau ini.”


Perkhidmatan digital seperti e-dagang, ekonomi gig dan sistem transaksi kewangan semakin meningkat dengan ketara berikutan pandemik COVID-19. Jadi adalah penting bagi Teleport untuk mempunyai kawalan perkhidmatan dan menyokong infrastrukturnya sendiri. Ini membolehkan Teleport menjalankan perkhidmatan dengan lebih lancar untuk para pelanggan kami.


Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang perkhidmatan Teleport yang boleh meningkatkan perniagaan anda, layari https://www.teleport.asia.

***

Mengenai Teleport 

Diasaskan pada tahun 2018, Teleport adalah syarikat subsidiari airasia Digital, bertujuan membina impian kargo dan logistik airasia. Teleport dalam misi membolehkan sesiapa sahaja - daripada pedagang tunggal ke syarikat besar untuk memindahkan barang serta e-dagang di Asia Tenggara dan di mana-mana sahaja. Seperti magik, ia sangat memudahkan. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati teleport.asia atau media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.

Friday, May 21, 2021

BIMBANG - MARSHA MILAN (OST RINDU AWAK SE[PARUH NYAWA)

ASSALAMUALAIKUM...

BIMBANG -MARSHA MILAN

Ku rasa denting jiwa Antara kau dan aku Sanggupkah pertahankan semua Biarlah ku leraikan Tiap satu persoalan Agar dapat kau ingati janjimu Bimbang hatimu untukku Jangan sampai ia mati Benar makin ku tersiksa Saat kau mula ingin dia Jika sampai ku padamkan Hatimu yang berbagi Agar dapat kau ingati janjimu Bimbang hatimu untukku Jangan sampai ia mati Benar makin ku tersiksa Saat kau mula ingin dia Bimbang hatimu untukku Jangan sampai ia mati Benar makin ku tersiksa Saat kau mula ingin dia

KUCU KUCA - LIA AZIZ [OST RINDU AWAK SEPARUH NYAWA]

ASSALAMUALAIKUM...

KUCU KUCA - LIA AZIZ

Kelip bintang nun jauh dia sana Sudah pastinya ku fikirkan dirimu Deru angin bertiupan berlagu Inginku sampai rinduan di hati Lagu cinta ini untuk kamu Sambilku tenung bulan menghiasi malam Dan tercipta bibit kata indah Dan lagukan rasaku Kucu kuca kucu kuca Serentak dengan nadaku Bersama jari jemariku Menyeru menari bersama diriku... Namamu ku rahsiakan Dan telah terpatri di hatiku Kucu kuca kucu kuca Opss alamak Aku jatuh cinta

ALYAH - THANK YOU ALLAH [FEAT. CAT FARISH & USTAZ HARIS]

ASSALAMUALAIKUM...

THANK YOU ALLAH - ALYAH

Lirik: Intro Sesungguhnya diri ini tanpa kehadiran Mu Ya Rabb Seperti jiwa yang tiada cahaya Hamba perlukan naungan Mu, kasih sayang Mu, bantuan Dalam setiap gerak-geriku Kau lah yang terpaling penting buat ku, Ya Allah Thank You, thank You for all the uprightness Verse 1 Di perjalananku Sering saja aku tersungkur Pilu rasa dibelenggu Di waktu senangku Tak pernah sekali bersyukur Semuanya jadi debu Pre Chorus Tidakkah aku melihat Cinta Mu yang penuh nikmat Chorus Thank you Allah For every single beat of my heart Even though when life is so hard You’re by my side Kerna Allah Segala-galanya baik ku Sebenar-benarnya dari Mu Thank you Allah Verse 2 Celahan rinduku Ku temui rasa cintaku cahaya Mu yang melindung Beratnya dibahu Memikul dosaku yang lalu Ampunan Mu tak berhujung Repeat Pre Chorus & Chorus Rap Dalam gelap adanya cahaya Ada hitam ada pemutihnya Jiwa kelam dalam gembira Bila hati ada nya Dia Lumrah manusia leka menggapai mimpi Meniti duniawi agar berdiri tinggi Liat hati tunduk ke bumi Dah gayat nanti baru tercari-cari Walau terpesong jauh... Walau imannya rapuh.. InshaAllah sahabatku Taubat mu tak pernah ’kan lusuh Repeat Pre Chorus & Chorus

RINDU SEPARUH NYAWA - NAQIU & VANESSA REYNAULD [OST RINDU AWAK SEPARUH NYAWA]

ASSALAMUALAIKUM...


RINDU SEPARUH NYAWA
[NAQIU & VANESSA REYNAULD]

Terpisah kita... Angkara dusta... cinta Luluh jiwa dan raga Saat dikau tiada Di kala... rindu ini membara Ku pandang bintang Wajah menjelma Andai dikau tiada Ku rindu separuh nyawa Kata cinta penawar duka Sayang jika kau pergi Separuh jiwa ku mati Nafas bagai terhenti Rindu kamu separuh nyawa Ku pandang bintang Wajahmu menjelma Andai dikau tiada Ku rindu separuh nyawa Kata cinta penawar duka Sayang jika kau pergi Separuh jiwa ku mati Nafas bagai terhenti Rindu kamu separuh nyawa Andai dikau tiada Ku rindu separuh nyawa Kata cinta penawar duka Sayang jika kau pergi Separuh jiwa ku mati Nafas bagai terhenti Rindu kamu separuh nyawa Nafas bagai terhenti Rindu kamu separuh nyawa Duhai nyawa...

ASFAN SHAH & LIA AZIZ - PERGILAH DERITA (OST CUKUP DERITA ITU]

ASSALAMUALAIKUM...


Lirik 'Pergilah Derita' Saat kau beri cinta Kasih persenda Ku damba cinta pertama Hatimu terluka Tak hirau tangis lara Biar kau derita Remuk jiwa dan raga Andai dapat ku ubah Takdir dan masa Tak akan ku biar diriku Terus derita Bila cinta didusta Jiwa merana Hanya Tuhan yang tahu Hati ku ini Pergilah derita selamanya Tiada penggantimu, sampai mati Bawalah derita itu pergi Hidupku penuh ranjau dan duri Andai dapat ku ubah Takdir dan masa Takkan ku biar diriku Terus derita Tak hirau tangis lara Biar kau derita Remuk jiwa dan raga Ku korban segalanya untukmu Tiada nilaiku dimatamu Pergilah derita selamanya Tiada penggantimu, sampai mati Bawalah derita itu pergi Hidupku penuh ranjau dan duri Pergilah derita selamanya...

Thursday, May 20, 2021

PHOTOSHOOT RAYA MURAH DAN MENARIK DI THE EMPIRE STUDIO

 ASSALAMUALAIKUM...

Photoshoot Raya Murah Dan Menarik Di Empire Studio I Menarikkan kalau dapat berphotoshoot di studio memandangkan pada tahun lepas kita semua tak dapat beraya seperti selalu kerana dunia diserang virus Covid19.Malaysia adalah salah satu negara yang terlibat sama dalam memerangi covid19 ini.Sudah setahun rupanya Covid19 menganggu kehidupan semua manusia.

Alhamdullilah pada tahun ni walaupun masih dalam keadaan yang sama tapi masih mengawal dan mengikut peraturan yang perlu.SOP kena jaga,Kawalan Pergerakan masih diikuti untuk mengelakkan jangkitan Covid19 semakin merebak.


Kalau ambil gambar kat studio ni memang confirm gambar akan jadi cantik sangat...tak payah nak edit semula kerana gambarnya memang cantik...tapi faham-faham jer la kalau bergambar kat studio ni,tak reti nak posing macam mana jadi tak payah risau sebab photographer profesional pasti akan dapat membantu apa yang perlu dilakukan..pada yang kaku dan kekok depan kamera pasti akan terus hilang rasa kaku dan kekok tu...bolehlah bergambar dengan jayanya...


Pada tahun ni semua ahli keluarga mama dapat turut serta masa photoshoot.Kami sekeluarga gembira dapat berkumpul pada tahun ni walaupun negara masih dalam proses memerangi virus Covid19 ni.


Seronok kami sekeluarga berphotoshoot tempohari, nasib baik masa tu belum berPKP lagi...photographer pun pandai melayan kanak-kanak dan dapat mengambil gambar yang cantik dan menarik sekali... 


Studio yang mama pergi dan buat photoshoot ini adalah studio yang pernah mama dan geng2 JDTBlogger berphotoshoot pada tahun 2019 dulu..DuluThe Empire Studio ini letaknya di Bandar Baru Uda Jay Bee tapi sekarang lokasinya telah berpindah ke Damasara Aliff di sekitar Johor Baharu juga....pada orang Johor yang berdekatan pasti dah tahu nama kedai ni dan pakej dan harga yang disediakan di sini memang cukup berbaloi sekali.Korang yang ingin berphotoshoot di hariraya bolehlah bergambar bersama sekeluarga di sini... 


Kali ni The Empire Studio menyediakan 4 studio untuk kita berphotoshoot bersama keluarga.
Pilih saja studio yang mana kita suka untuk berphotoshoot dan bolehlah kita membuat tempahan awal studio yang mana yang kita sukai.


Pada korang yang ingin berphotoshoot gambar raya atau lain-lain acara boleh juga membuat tempahan awal.Apa lagi korang cepat-cepat booking bila pilih hari korang nak shoot...Cepat-cepat yer hanya setahun sekali jer kita dapat berkumpul beramai-ramai jadi eloklah kita abadikan gambar family untuk kenangan di masa hadapan nanti..


BERITA BAIK BUAT WARGA JOHOR

 Apa lagi jom korang kita abadikan gambar di @theempirestudio
Tersedia dengan pakej yang menarik
Kalau berminat sila whatsapp no di bawah ini untuk keterangan lanjut dan valid sepanjang  bulan Ramadan dan Aidilfitri sahaja.Booking cepat-cepat yer sebab slot terhad 
013-7008889 / 019-7209350

Pakej 1 - RM150
-Chose Any Studio
-15minutes
-Edited picture
-Shoot & Email

Pakej 2 - RM200
-Chose Any Studio
-15minutes
-Edited picture
-Shoot & Email

Pakej 3 -RM250
-Chose Any Studio
-15minutes
-Edited picture
-Shoot & Email
-Canvas 20x30

Jom kita pergi Empire Studio

Lokasi : No 53-02, Jalan Aliff 4, Damansara Aliff, 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia

Fb : The Empire Studio

Ig : theempirestudion

Whatsapp : www.wasap.my/+60137008880


Tuesday, April 27, 2021

ANAKANDA ( SITI NURHALIZA)

 ASSALAMUALAIKUM....


ANAKANDA (SITI NURHALIZA)

Sabar menanti nian debar dirasa

Lahirnya wahai anakanda

Penuh harapan jadi insan mulia

Perkasakan di dalam jiwa

Bagai bulan dipagar bintang

Lahirnya oh ditatang

Anakanda penyeri kehidupan

Sempurnakan sebuah cinta

Ikan kekek mak iloi iloi

Ikan gelama mak ilai ilai

Sayang anak didodoi dodoi

Curahan kasih tiada ternilai

Banyak pekerti tumbuhnya sejati

Mencorak krisma diri

Jadi pelindung ayah bonda  semua

Tulusnya oh menyebar cinta

Pasti banyak kata dan pesan

Dewasa dan cabaran

Apa pun dilalui

Iman jadi perisai diri




Tuesday, April 06, 2021

DUSTA CINTA - ELLY MAZLEIN

ASSALAMUALAIKUM....

DUSTA CINTA ( ELLY MAZLEIN)

Cinta tak bisa ku ucap
 Hiba seribu rasa
Rasa ini makin mendera
Luka hati disudut mata
Lara ku pendam
Sakit mendalam
Ku langkahkan kaki
Dalam kegelapan malam
Mengusung duka yang telah kau tinggalkan
Kau luka hatiku
Kau khianati cinta kita
Perihnya ku rasa bila cinta didusta
Sa-rang-eeeeee ghajo-jeo-on a-peu-meun
Cinta tak bisa ku ucap
Mal-lo pyo-hyun hal su ob-seo
Hiba seribu rasa
Sang-cheo-neun ma-eum han gu-seok-eh
Rasa ini makin mendera
Ga-seum-mi jji-jeo-jil geot gat-ta
Luka hati disudut mata

Bo-ji mot-teat-deon sang-cheon e-keep-pi
Laraku pendam sakit mendalam
Ku langkahkan kaki
Dalam kegelapan malam
Mengusung duka yang telah kau tinggalkan
Kau luka hatiku
Kau khianat cinta kita
Perihnya ku rasa bila cinta didusta
Ku ungkapkan sejuta rasa
Yang ku pendamkan jiwa yg rawan
Ku langkahkan kaki 
Dalam kegelapan malam
Mengusung duka yang kau tinggalkan
Kau luka hatiku
Kau khianat cinta kita
Perihnya ku rasa ba cinta didusta

Friday, March 26, 2021

AIRASIA SEDIA HANTAR VAKSIN KE SABAH DAN SARAWAK

 ASSALAMUALAIKUM...


Teleport sedia untuk menghantar vaksin ke Sabah dan Sarawak

Kuala Lumpur, 16 Mac 2021 - Dalam usaha menangani pandemik COVID-19 dengan vaksin yang akan datang, Teleport, cabang logistik airasia Digital telah dilantik oleh Utama Multimodal Logistics Sdn Bhd (UML), sebuah syarikat perkhidmatan logistik rantaian sejuk yang menumpukan kepada perkhidmatan pengangkutan perubatan, untuk membuat penghantaran vaksin yang akan datang, dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak.


Vaksin disimpan dalam bilik sejuk khas sebelum penghantaran

Dengan memanfaatkan rangkaian airasia yang luas di Sabah dan Sarawak, Teleport akan membantu UML menghantar semua vaksin yang akan datang ke Sandakan, Labuan, Bintulu, Miri dan Sibu. Vaksin ini akan menjadi keutamaan untuk dibawa oleh semua penerbangan AirAsia.

Ketua Pegawai Eksekutif Teleport, Pete Chareonwongsak berkata, “Sejak pertama kali berita vaksin diumumkan, Teleport telah berusaha meningkatkan kemampuan perkhidmatan kami untuk menyokong pengedarannya. Penghantaran peralatan perubatan memerlukan penjagaan dan ketelitian yang tinggi khususnya dari segi masa dan suhu. Dengan mematuhi Peraturan Kawalan Suhu IATA dan mengamalkan sistem terbaik di dalam industri, kami telah membangunkan infrastruktur yang kukuh dan dipercayai untuk memastikannya sentiasa berada dalam suhu yang ditetapkan. Salah satu pencapaian terbesar kami setakat ini termasuklah menghantar sampel perubatan dalam masa kurang dari lapan jam dari klinik di Kota Kinabalu ke makmal di Klang.”

Teleport sedia untuk membuat penghantaran

  Proses vaksinasi telah dimulakan, tetapi perjuangan untuk mengakhiri pandemik ini masih belum selesai. Kami akan terus berusaha menawarkan perkhidmatan terbaik dalam industri penjagaan kesihatan menerusi penghantaran vaksin dan peralatan perubatan lain yang diperlukan pada masa akan datang. Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan UML dan berharap untuk meneruskan kerjasama ini dalam jangka masa panjang,” kata Pete.

Pengarah Urusan UML, Nizam Ariff berkata, “Kami teruja dapat bekerjasama dengan Teleport untuk membantu menghantar vaksin yang akan datang dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak. Dengan rangkaian AirAsia yang kukuh di dalam negara dan di seluruh Asia, serta ketepatan dan kecekapan Teleport dalam melaksanakan penghantaran yang cepat, kami yakin bahawa kerjasama ini akan berjalan lancar.”

Selain perkhidmatan penghantaran kargo udara, Teleport juga akan menyediakan pengangkutan darat untuk menghantar vaksin yang akan datang, setibanya di Sabah dan Sarawak.

***

Mengenai Teleport

Diasaskan pada tahun 2018, Teleport adalah syarikat subsidiari airasia Digital, bertujuan membina impian kargo dan logistik airasia. Teleport dalam misi membolehkan sesiapa sahaja - daripada pedagang tunggal ke syarikat besar untuk memindahkan barang serta e-dagang di Asia Tenggara dan di mana-mana sahaja. Seperti magik, ia sangat memudahkan. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati teleport.asia atau media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube

Sunday, March 14, 2021

MASSIMO LANCAR PEMBUNGKUSAN ROTI TAMPER-EVIDENT PERTAMA DI MALAYSIA

 Massimo Lancar Pembungkusan Roti Tamper-Evident Pertama di Malaysia

Untuk memberi pengguna lebih keyakinan dan jaminan keselamatan makanan dalam tempoh pandemik dan di kemudian hari

Massimo, jenama yang terkenal dengan produk roti menyihatkan dan selamat untuk dimakan, hari ini melancarkan pembungkusan roti tamper-evident yang pertama di Malaysia bagi memberi lebih keyakinan kepada pengguna menerusi standard keselamatan makanan yang lebih tinggi.

 

Roti Sandwic Massimo kini dengan pembungkusan Tamper-Evident, pertama di Malaysia.

Pembungkusan inovatif yang merupakan satu kemajuan besar dalam industri pembuatan roti komersil ini diperkenalkan sebagai respons kepada kebimbangan yang kerap disuarakan oleh pengguna mengenai keselamatan produk makanan semasa wabak Covid-19.

 

Pembungkusan pengedap keselamatan tamper-evident yang baharu ini akan diperkenalkan pada kesemua produk roti Massimo bermula hari ini. 



Cara-cara: Massimo kini di seal untuk keselamatan anda #CheckTheSeal #SealedForSafety

The Italian Baker Sdn Bhd telah melabur RM1 juta ke dalam teknologi pembungkusan pengedap keselamatan laser-seal tamper-evident dari Amerika Syarikat bagi memastikan produk-produknya selamat untuk pengguna. Teknologi ini memberi amaran kepada pengguna jika sesuatu produk makanan itu sudah diusik, dan ia boleh dilihat dengan jelas pada produk. 

 

Pengarah Urusan The Italian Baker Sdn Bhd Encik Jeremy Goon menerangkan, pembungkusan pengedap keselamatan tamper-evident Massimo yang baru diperkenalkan ini akan meningkatkan lagi integriti produk, keselamatan makanan dan jaminan kualiti. Ini dibuat supaya pengguna lebih berpuas hati dan untuk memelihara reputasi jenama.

Pengarah Urusan The Italian Baker Sdn Bhd, Encik Jeremy Goon.

"Pengguna produk Massimo terutama sekali penggemar roti kami kian bertambah semasa wabak ini kerana rakyat Malaysia jarang keluar rumah dan lebih banyak makan di rumah. Kebimbangan pengguna mengenai makanan yang sudah diusik sama ada yang disengajakan atau tidak disengajakan juga turut meningkat semasa pandemik ini. Pengenalan pembungkusan pengedap keselamatan tamper-evident yang pertama di Malaysia oleh Massimo ini menjadi jawapan dan mengurangkan kebimbangan ini serta memberi lebih keyakinan menerusi peningkatan integriti produk dan dan keselamatan makanan,” jelas Encik Goon.

 

“Massimo amat mementingkan kepuasan pelanggan. Menjadi tanggungjawab kami memperkenalkan pembungkusan yang meningkatkan tahap jaminan kualiti bagi memastikan pengguna benar-benar yakin dengan produk kami. Sebagai jenama yang inovatif dan boleh dipercayai, kami mengambil berat hal menjaga kebajikan pengguna,” ujar beliau.

 

Pengenalan pembungkusan roti pengedap keselamatan tamper-evident ini sejajar dengan komitmen Massimo dalam menyediakan produk berkualiti yang enak, menyihatkan dan selamat serta baik untuk dimakan. Beg roti yang ditutup menggunakan laser ini mendedahkan sebarang cubaan pengubahan pada saat pembelian. Pengguna seharusnya memastikan pateri pengedap keselamatan tamper-evident berada dalam keadaan baik kerana ia dipateri untuk keselamatan. Jika pateri bukan dalam keadaan asal, pengguna seharusnya memilih bungkusan lain supaya lebih yakin dan bagi mengelakkan pencemaran yang tidak disengajakan. 

IkoSealed for Safety untuk Massimo

"Sentiasa pastikan pembungkusan tamper-evident roti sandwic Massimo anda masih dalam keadaan baik semasa membeli. Jika tidak dalam keadaan asal, pilih bungkusan lain. Setelah dibuka, gunakan tag untuk menutup beg roti bagi mengekalkan kesegaran dan perisanya,” tambah beliau.

 

Sejak diperkenalkan pada tahun 2011, Massimo telah menjadi makanan harian Malaysia, memberikan kebaikan menyeluruh  dari pelbagai roti termasuk roti sandwic, roti sandwic dengan germa gandum, roti gandum penuh 100%, roti fine wholemeal, roti Ricco Chocolato dan roti Kurma dan Susu. Roti Massimo diperbuat  menggunakan bahan-bahan berkualiti dengan jaminan kualiti yang ketat untuk kepuasan pengguna dengan rasanya yang enak lagi berkhasiat dan memberi ketenangan kepada mereka dengan pengedap keselamatan Tamper-Evident.

 

Roti sandwic dengan germa gandum Massimo yang terkenal disemai dengan kebaikan semula jadi germa gandum yang dikaitkan dengan kesihatan jantung yang lebih baik. Germa gandum kaya akan vitamin E, asid lemak Omega-3, serat semula jadi, protein, B1, B2, B6, magnesium, fosforus dan zink. Rangkaian gandum penuh dan wholemeal dipenuhi dengan khasiat serat, nutrien dan mineral penting, serta tekstur lembut dan gebu, yang disukai rakyat Malaysia.

 

- T A M A T -

 

Mengenai Massimo

Sejak diperkenalkan pada 2011, Massimo dikenali sebagai jenama yang mementingkan kebaikan dalam roti. Dibuat dengan penuh kesungguhan seperti di Itali, Massimo memastikan setiap roti buatannya mengandungi rasa, tekstur dan dan perisa yang mematuhi standard kecemerlangan tinggi jenama dan warisan Massimo. Jenama ini kemudiannya semakin berkembang dan kini merupakan antara roti paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia sama ada untuk sarapan atau kudapan. Massimo hanya menggunakan bahan terbaik dengan vitamin dan nutrien bagi memberi tenaga yang diperlukan.

 

Semua produk roti Massimo dihasilkan menerusi kepakaran pasukan R&D di The Italian Baker Sdn Bhd. The Italian Baker Sdn Bhd merupakan sebuah firma dengan pengiktirafan FSSC 22000 yang komited dalam menghasilkan produk yang menyihatkan, selamat, berkualiti tinggi, berbaloi harga menerusi R&D yang terperinci, inovasi dan pemahaman yang baik mengenai cita rasa, keperluan nutrisi dan keutamaan pengguna di Malaysia.