Teleport Memperluas Keupayaan Perkhidmatan Penghantaran dengan Lesen Pos dan Kurier

 ASSALAMUALAIKUM...

Teleport Memperluas Keupayaan Perkhidmatan Penghantaran dengan Lesen Pos dan Kurier

Teleport sedia membuat penghantaran dengan lebih lancar

Teleport sedia membuat penghantaran dengan lebih lancar


Teleport, cabang logistik airasia digital kini telah menerima Lesen Pos dan Kurier daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selama tiga tahun sehingga Disember 2023.


Teleport menerima lesen di bawah kategori Lesen Perkhidmatan Bukan Sejagat (Kelas A), yang membolehkan syarikat tersebut menjalankan perkhidmatan kurier antarabangsa (masuk dan keluar) serta perkhidmatan kurier domestik di Malaysia.


Ketua Operasi Penghantaran Teleport, Siva Indran berkata, “Teleport terus berkembang maju di sebalik situasi ekonomi yang mencabar ini. Justeru, kami amat berbesar hati untuk menerima Lesen Pos dan Kurier oleh SKMM selama tiga tahun. Lesen ini juga membolehkan kami mengawal rantaian bekalan dan meningkatkan kemampuan perkhidmatan kami seiring dengan pengembangan syarikat. Keupayaan untuk membuat penghantaran terus ke rumah para pelanggan akan mengukuhkan misi kami untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan di Malaysia dan seluruh Asean serta lain-lain, dengan memanfaatkan rangkaian laluan AirAsia yang luas di rantau ini.”


Perkhidmatan digital seperti e-dagang, ekonomi gig dan sistem transaksi kewangan semakin meningkat dengan ketara berikutan pandemik COVID-19. Jadi adalah penting bagi Teleport untuk mempunyai kawalan perkhidmatan dan menyokong infrastrukturnya sendiri. Ini membolehkan Teleport menjalankan perkhidmatan dengan lebih lancar untuk para pelanggan kami.


Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang perkhidmatan Teleport yang boleh meningkatkan perniagaan anda, layari https://www.teleport.asia.

***

Mengenai Teleport 

Diasaskan pada tahun 2018, Teleport adalah syarikat subsidiari airasia Digital, bertujuan membina impian kargo dan logistik airasia. Teleport dalam misi membolehkan sesiapa sahaja - daripada pedagang tunggal ke syarikat besar untuk memindahkan barang serta e-dagang di Asia Tenggara dan di mana-mana sahaja. Seperti magik, ia sangat memudahkan. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati teleport.asia atau media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.

Post a Comment

0 Comments

Contact Form