Monday, September 30, 2019

HAPPY BORNDAY MY SWEET GRANDDAUGHTER NUR DAMIA ZULAIKHA

ASSALAMUALAIKUM...
HAPPY BORNDAY MY SWEET GRANDDAUGHTER NUR DAMIA ZULAIKHA |  Sekejap jer dah besar cucunda grandma ni,semakin membesar semakin bijak bercakap pulak budak kecik ni,ada saja yang nak dibualkannya...

Selamat Hari Lahir 
Nur Damia Zulaikha
Semoga terus membesar menjadi seorang anak yang solehah dan 
sentiasa dirahmati Allah selalu..
Grandma sayang Damia hingga hujung nyawa yer...

p/s sayang cucunda grandma semua...

Thursday, September 26, 2019

DEKORASI TAMAN DI HALAMAN RUMAH

ASSALAMUALAIKUM..
DEKORASI TAMAN DI HALAMAN RUMAH | Mengimpikan sebuah taman yang indah di hadapan rumah adalah salah satu impian mama...sejuk rasanya jika pemandangan yang menghijau berada di depan mata ketika membuka pintu rumah,dipenuhi pula dengan pokok-pokok bunga yang berwarna warni colornya..

Ya la setiap orang memang ada impian dan harapan yang berbeza-beza tapi bagi mama yang suka sangat berdeko ni memang itulah salah satu impian yang ada dan berharap sangat agar ianya dapat direalisasikan juga satu hari nanti  in sha Allah jika ada rezeki terlebih agaknya...

Okaylah kat sini mama nak sharekan gambar dekorasi taman yang menarik hati dan mana tahu salah satu dekorasi taman dibawah ini akan menarik minat korang untuk berdeko dan dapat dibuat di halaman rumah korang juga nanti...pilih saja salah satu dekorasi taman yang menarik hati korang..

Jomlah kita survey dan lihat gambar di bawah ini yer...
Korang ! macam mana menarik tak dekorasi taman yang ada ni ? Menarikkan, sejuk jer mata memandang setiap deko kat taman rumah ni...kesemua dekonya memang menarik sangat...kalau pandai ambil idea disetiap deko diatas dan kita satukan mesti akan jadi satu dekorasi taman yang menarik dan cantik agaknya kan...pada yang ingin mencuba bolehlah pilih dekorasi taman di atas yang mana satu boleh jadi pilihan hati korang..okay selamat mencuba dan selamat berdeko yer...

p/s deko terapi minda...



Wednesday, September 25, 2019

WORDLESS WEDNESDAY #776 | BIG BANG GRILLED SEAWEED

ASSALAMUALAIKUM...


p/s layankan jap....

Tuesday, September 24, 2019

KENDURI KAWIN SINGGAH RUMAH BESAN DAPAT BUAH TANGAN

ASSALAMUALAIKUM...
KENDURI KAWIN SINGGAH RUMAH BESAN DAPAT BUAT TANGAN | Sekarang ni musim orang kawin dah tak kira cuti sekolah saja sebab hari-hari biasa pun tetap ada majlis kenduri kawin..setiap hujung minggu jer pasti ada jemputan dari orang yang mengadakan majlis kenduri kawin...tak terkecualilah mama kalau ada jemputan pasti juga nak hadir ke majlis tu atau kalau ada masalah kenalah bagitahu tuan rumahnya dan yang pentingnya duit salam keruknya tu...
Perkara wajib sebelum ke majlis kenduri kawin tu kenalah singgah ke rumah besan mama di pekan Pontian ni dulu..pergi pun bersama-sama beliau sekali..sebenarnya senang sangat nak cari rumah besan mama ni sebab rumahnya memang berhadapan dengan Hospital Pontian tu...
Pantang nampak benda yang diminati pasti minta sedikit dengan besan mama ni...kali ni petik sendiri cili padi dihadapan rumah beliau...geram tengok cili padinya yang banyak tu...
Yang lain-lain kat tepi tu tumpang tengok jer...
Meriah pokok cili ni dengan buahnya yang banyak...seronok sangat dapat mengambil hasilnya jer...pokok cilinya kecik jer tapi hasil buah cilinya cukup banyak...
Habis cili sepokok tu mama kerjakan...memang besan mama suruh habiskan ke semua cili-cili api tu sebab senang dia nak cantas batang-batang yang kurang elok jadi nanti bila bertunas eloklah jadi pokoknya...sambil memetik cili api tu sempat mama bertanya besan bagaimana petua nak pokok cili sihat dan tiada benah di pokoknya...kata besan mama petuanya mudah jer sebab bahan yang diperlukan sentiasa ada di dapur masakan kita setiap hari...petuanya ambil bawang putih dan blanderkan bawang putih tu kemudian siram air bawang putih tu ke pokok cili yang kita tanam tu...bawang putih tulah yang akan membuatkan pokok cili kita tiada benah atau ulat putih yang selalu melekat di daun atau batang pokok cili tu... 
Belimbing buluh ni pun besan mama yang bagi sebab sentiasa banyak buahnya di pokoknya di belakang rumah...memang seronoklah dapat belimbing buluh ni,sedap kalau buat sambal belacan atau letak dalam masakan seharian kita...
Cili api yang telah dipetik tadi...cili api kampung ni kalau masak memang tak bolehlah nak letak banyak kalau tidak memang berasaplah mulut dengan kepedasannya...  
Dah siap dapat kesemuanya bergeraklah kita ke majlis kenduri anak saudara besan mama ni...besan mama yang di tepi sebelah kiri tu...sebenarnya memang seronok pergi majlis kawin kat kampun-kampung ni semuanya disediakan secara rewang bersama-sama ahli keluarga...itulah cara kenduri kawin yang biasa diadakan di kampung-kampung, sekarang ni jarang sekali nak jumpa kenduri kawin yang ada acara merewang ni...

p/s sekarang ni dah lebih mudah tak payah rewang lagi just sediakan duit dan guna khidmat catering jer...

ILHAM DEKO UNTUK BILIK PENGANTIN

ASSALAMUALAIKUM...
ILHAM DEKO UNTUK BILIK PENGANTIN | Seronokkan kalau ada bilik pengantin yang cantik dan menarik begini..sang pengantin lagilah seronok bila masuk bilik senyum sampai ke telingalah jawabnya...hahhaa biasalah kalau orang dulu-dulu, kita memang selalu jumpa bilik pengantin yang dihias cantik-cantik buat pasangan pengantin baru..pasti deko pelamin atau bilik pengantin yang akan jadi tatapan kawan-kawan atau saudara mara untuk melihatnya dahulu selain datang untuk melihat pasangan pengantin baru...sekarang ni macam dah berkurangan pula bila bab-bab hiasan bilik pengantin ni...

Dulu-dulu majlis sememangnya diadakan di rumah jadi bilik pengantin adalah salah satu tempat yang perlu dihias secantik-cantiknya selain pelamin...sekarang ni banyak majlis kenduri kawin yang diadakan di dewan atau hotel jadi bilik pengantin di rumah di hias cantik secara biasa-biasa jer..kalau majlis diadakan di hotel pula memang terdapat pakej yang disediakan sekali dengan bilik jadi memang dapatlah bilik yang cantik untuk pasangan pengantin berbulan madu..

Okay la,kali ni mama nak sharekan deko bilik pengantin yang cantik dan menarik untuk tatapan korang,mana tahu ada diantara korang yang ingin mengadakan majlis kenduri kawin dirumah dan ingin menghias bilik pengantin secantik mungkin jadi bolehlah pilih ilham deko yang korang sukai di bawah ini...

Macam mana korang cantik tak hiasan deko untuk bilik pengantin ni...memang cantik dan menarikkan ilham dekonya...mana tahu ada diantara korang nak mendeko bilik korang begini..pada yang dah berkawin pasti hari-hari korang adalah hari bulan madukan sebab bila masuk bilik jer tengok suasana bilik begini pasti ianya akan mengimbau masa majlis korang berkawin dulu...tak salah kalau kita inginkan suasana bilik kita seperti bilik pengantin sebab itu adalah sesuatu perkara yang boleh mengeratkan lagi kehidupan kita sebagai pasangan suami dan isteri...jomlah kita mendeko dan menjadikan bilik tidur kita seperti bilik pengantin baru yer...

p/s hari-hari malam pertama kan...hahahhaa..

Monday, September 23, 2019

EMBAH JID MAHU MEMBERIKAN NAFAS BARU DI DALAM IRAMA MALAYSIA PADA ERA 2020

ASSALAMUALAIKUM...
EMBAH JID MAHU MEMBERIKAN NAFAS BARU DI DALAM IRAMA MALAYSIA PADA ERA 2020 
LAGU IRAMA MALAYSIA / ETNIK KREATIF SEMAKIN KETANDUSAN

Lagu-lagu irama Malaysia ni memang mama suka mendengarnya lebih-lebih lagi kalau Dato Siti Nurhaliza yang menyanyikannya pasti terpaku mendengar alunan muzik dan lunak suaranya,pasti lagu yang dinyanyikan itu terus menjadi top dan popular...Bagi pencipta lagu sekarang ini,memang perlu lebih banyak lagi mencipta lagu-lagu irama Malaysia ini, agar ianya tidak mudah dilupakan terus...

Tetapi zaman semakin berlalu dan sekarang ni sudah banyak genre lagu yang ada di pasaran,anak-anak muda zaman sekarang ini lebih suka dengan lagu yang bergenre pop,balada,blues,rapper dan sekarang ni muzik K-Pop pula yang jadi kegilaan mereka..Inilah yang amat membimbangkan jika dibiarkan lagu-lagu berirama Malaysia ini, ianya akan terus dilupakan..Oleh itu kita perlu menerapkan nilai-nilai minat pada anak-anak agar meminati lagu berirama Malaysia,supaya ianya tidak mudah dilupakan dan lenyap begitu saja tanpa penyambung legasi..Siapakah yang perlu disalahkan nanti jika tiada pengganti?

SIAPA EMBAH JID DAN KENAPA BELIAU MUNCUL DALAM SENI MUZIK??

Encik Majid bin Rawino merupakan anak jati Muar yang berumur 50 tahun. Menetap di Kampung Baharu Melayu Batu 28, Lenga Muar Johor. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Meminati seni tarian sejak berusia 13 tahun sehingga sekarang. Panggilan mesra "TOK JID" oleh orang kampung dan dalam seni muzik beliau digelar "EMBAH JID".
KENAPA EMBAH JID???

** Bagi orang berketurunan jawa merujuk kepada nenek/datuk.
Nenek = Embah wedok
Datuk = Embah lanang.

**Ada juga sumber mengatakan embah = Emak + Abah

Maka Tok Jid yang memang berketurunan jawa mahu nama komersialnya dikenali sebagai EMBAH JID iaitu "EMBAH" (TOK) "JID" (ORANG BARU) yang memberi makna kepada diri beliau melalui pepatah melayu "Tiada yang lama, maka tiadalah yang baru" .
PROFIL EMBAH JID :-

- YDP Sek. Keb. Batu 28, Lenga -
- Pengerusi Muwahfakat Zon Lenga -
- Penerus Zapin Lenga dan Ceracap Inai -
- Ketua Kampung Baharu Batu 28, Lenga -
- Pensyarah Jemputan Fakulti Tari ASWARA, KL -
- Pengerusi Masjid Kampung Baharu Batu 28, Lenga -
- Tokoh Seni Budaya oleh Jabatan Kebudayaan Negara 2014 -
Wahhh.. Bila tengok profil Embah Jid ini,mama berasa kagum dan bangga dengan segala pencapaian dan semangat beliau yang masih aktif di dalam meneruskan legasi seni tarian seperti zapin dan joget. Maka disebabkan minat yang terlalu mendalam dan ingin menarik lebih ramai lagi belia muda untuk bersama-sama menaikkan semula seni melayu, Embah Jid bakal mengeluarkan single pertama lagu "Joget Kuasa Cinta". Memang terbaiklah.

LAGU "JOGET KUASA CINTA" TARUHAN EMBAH JID DALAM IRAMA MALAYSIA

Lagu ciptaan BROJAM ini merujuk kepada "bercinta dalam tarian" dimana satu pasangan yang mula jatuh cinta semasa menari. Umpama cinta di hati dan cinta pada tarian itu berjalan seiring. Beliau pertaruhkan lagu berunsurkan JOGET kerana orang seni pasti akan peka pada gerakan dan kesopanan yang perlu ada.

Menurut Embah Jid lagi, tarian mempunyai tatasusila dan kesopanan tertentu. Contohnya, Zapin Lenga mempunyai unsur islamik. Tertib kiraan bermula dengan 2 (1 tidak disebut merujuk kepada Tuhan yang Satu), 3, 4 dan 6, 7, 8. (5 tidak disebut merujuk kepada Rukun Islam) dan Zapin Lenga berbeza daripada zapin lain. kerana pergerakan pusing melawan arah pusingan jam seperi tawaf mengelilingi Kaabah.

Seronok bila kita dapat menimba ilmu dari orang yang berpengalaman. Semoga lagu joget ini bakal memberikan sinar baru kepada Embah Jid dan juga kepada semua orang supaya menghargai bakat seni dan seni tarian irama Malaysia.

Tuesday, September 17, 2019

CABARAN PONTIAN 2019I

ASSALAMUALAIKUM...


Cabaran Pontian 2019

Bagi kaki pancing! Admin nak ajak korang ke Cabaran Pontian 2019 bertempat di Pusat Perdagangan Pontian pada 29 September 2019 dengan yuran pendaftaran sebanyak RM100 (1 Joran, 2 Matakail). Dapatkan 500 T-Shirt percuma untuk 500 peserta terawal sahaja dan jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah sebuah YAMAHA Y15ZR. Good luck!

🗓29 September 2019
📍Pusat Perdagangan Pontian
⏰9.00 Pagi - 1.00 Petang
☎ 012-753 2217 / 017-758 4083

Facebook Page Majlis Perbandaran Muar,

Instagram Majlis Perbandaran Muar,

Ikuti [@johorevent] di Twitter & Instagram untuk mendapatkan maklumat terkini event sekitar Johor



Monday, September 16, 2019

SELAMAT HARI MALAYSIA

ASSALAMUALAIKUM..
SELAMAT HARI MALAYSIA | 16 September 2019...Selamat bercuti dan Selamat Hari Malaysia pada hari ini buat keseluruhan rakyat Malaysia semua...
Sayangilah negara kita Malaysia semoga negara kita sentiasa di dalam suasana yang aman dan damai untuk rakyat Malaysia keseluruhannya...

p/s bangga jadi anak Malaysia..hari cuti ni ke mana arah tujuan untuk berjimba...


Saturday, September 14, 2019

PROGRAM KASI ON LAYANG-LAYANG SIMPANG RENGGAM

ASSALAMUALAIKUM...

Perhatian Warga Layang-layang,Simpang Renggam, Renggam Dan kwsan2 berhampiran..
meh kite Sempena Sambutan Hari Malaysia ‼
 JOM BERAMAI-RAMAI MERIAHKAN
 *PROGRAM KASI ON LAYANG-LAYANG"
Yg jauh kite dekatkn,yg dekat kite meriahkn...

 *Anjuran Sukarelawan Anak Selatan* 
16 SEPTEMBER 2019 (ISNIN)
2.00 ptg - 12.00 mlm
Padang Awam Layang-layang* Anda nak test power? Trend game utk anda... Ada bakat nak ditonjolkan? Kita sediakan *pelbagai acara menarik yang boleh anda sertai*‼ 
 Pertandingan Beyblade 
Pertandingan Mewarna 
 Pertandingan Karaoke Patriotik 
Pertandingan Mobile Lagend 
Sepak Penalti 
 Tarik Tali 
Sukan Rakyat dan Sukanneka 
-tapak gergasi -lari dalam guni -
-memek muke
 -belon keretapi
 -jalan dalam bola Surat khabar 
 50 Cabutan bertuah antaranya peralatan elektrik dan dapur. *Jom kite bermain layang-layang bersama2 Bawak anak2 anda kite main layang-layang dekat layang-layang taw...... dan macam-macam lagi weh

 Hadiah pun menarik 
 Kalau bosan, 
BONUS kepada pengunjung jom lah tonton pertunjukan ni*‼ 
Pertunjukan Skyrunner 
 Persembahan Shiro dan Am 
 Persembahan Buskers 
Pertunjukan Bunga api 
 Habis tu, kalau perut laporr 
Jangan risau, kita ada : 
Foodtruck 
Gerai-gerai jualan 
 Sebarang pertanyaan, sila hubungi : 
1.En Zarul 0197000178 
2.En Zamriee 0127818593 
3.En Hafiz 0137210667

Friday, September 13, 2019

SINOPSIS DRAMA KOREA HOTEL DE LUNA

ASSALAMUALAIKUM...
SINOPSIS DRAMA KOREA HOTEL DE LUNA | Memang menarik drama Korea terbaru ni "Hotel De Luna"yang telah ditayangkan di channel Astro TVN..drama berkonsep fantasy horror ini memang menarik perhatian mama untuk menontonnya...mama memang suka menonton drama bergenre horror ni jadi memang satu kewajipanlah kena tonton juga drama ni sebab nak tahu jalan cerita drama ni...

Hotel De Luna adalah penempatan sementara roh-roh yang akan pergi ke akhirat dan di sini jugalah jika roh-roh itu masih ada yang perlu dilakukan di dunia ini,mereka yang di Hotel De Luna ini akan cuba membantu untuk menyelesaikan masalah roh-roh ini sebelum roh mereka dibawa ke akhirat...

Pelakon yang menjayakan drama ini adalah
IU sebagai Jang Man Weol
Yeo Jin Goo sebagai Koo Chan Sung
Jeong Dong Hwan sebagai Manager No
Park Yoo Na sebagai Lee Mi Ran
Shin Jung Keun sebagai Choi Seo Hee
P.O sebagai Ji hyun Joong
Drama Korea Hotel De Luna ini mengisahkan seorang perempuan Jang Man Weol sebagai CEO hotel ini..Hotel ini disediakan adalah untuk roh-roh pengembara yang akan dihantar ke syurga atau neraka...Jang Man Weol adalah seorang wanita cantik pada hayatnya yang dahulu dan berubah menjadi seorang yang jahat dan berdendam kerana telah terjadi sesuatu ada perkara yang membuatkan dia berdendam..Para dewa telah menjadikannya sebagai penjaga hotel De Luna ini adalah untuk mengelakkan Jang Man Weol melakukan sesuatu yang lebih jahat untuk membalas dendamnya yang lepas... 
Pada awalnya kisah ini bermula apabila ayah Koo Chan Sung telah membuat perjanjian pertukaran hidupnya dengan Jang Man Weol dan akan menghantar anaknya setelah 20tahun nanti.Setelah 20tahun Jang Man Weol telah menjadikan Koo Chan Sung sebagai Manager di Hotel De Luna setelah Man Weol berjaya membuat Chan Sung boleh melihat roh-roh yang telah mati...kalau kita orang melayu terbuka hijab tu memang akan nampak semua roh-roh yang berkeliaran kan...

Koo Chan Sung boleh melihat roh-roh yang berkeliaran,menyelesaikan masalah roh tersebut dan menjemput mereka menginap ke hotel De Luna sebelum roh mereka dihantar ke syurga.Chan Sung juga mampu melihat mimpi masa lalu dan kejadian buruk yang menimpa Man Weol,Mi Ra dan Yeon Woo dan dalam proses itu mereka saling jatuh cinta.Banyaklah kejadian dahulu kembali bila ianya terimbas semula dan menjadikan jalan cerita ini lebih menarik lagi...

Bila semua hal yang terungkap,dendam Man Weol terhadap Ko Chung Myung selesai dan dendam yang lain lagi dapat diselesaikan,akhirnya Jang Man Woel sudah bersedia untuk pergi ke akhirat dan Koo Chan Sung terpaksalah melepaskan Jang Man Woel dengan hati yang terbuka...memang best menonton drama Hotel De Luna ni tau..

Di akhir drama ini ada pemilikan baru yang tampil dan hotel ini telah diberi nama baru
"HOTEL BLUE MOON" mungkinkah akan ada sambungan dari drama ini...kita tunggukan saja yer...

Drama Hotel De Luna ini disiarkan di TVN channel Astro dan akan ada lagi 6 episod yang bakal akan ditayangkan pada setiap hari Selasa dan Rabu jam 9malam..pada yang suka bolehlah tunggu siarannya nanti yer...kalau nak tonton secara online pun boleh juga... selamat menonton Hotel De Luna...



p/s mama dah habis tengok drama ni di Youtube...