ASSALAMUALAIKUM...
DIY LAMPU TIDUR LAMA JADI BARU SEMULA | Bila sebut bab-bab diy ni memanglah ianya jadi kesukaan hubby mama, benda yang tak boleh guna pun bila hubby baiki akan boleh digunakan semula...sampaikan anak-anak menantu mama gelarkan hubby sebagai MCGyver Malaysia...hahaaha kalau ada jer barang yang rosak mesti hubby boleh baikinya semula...memang kekadang tak ada peluang mama nak beli yang baru bila ada barang yang rosak,bila dah siap dibaiki memang kena guna semulalah jawabnya...kiranya kenalah gunakan juga barang tu sampai betul-betul dah tak boleh direpair lagi...itulah perangai hubby mama ni, jadi kalau mama nak dapat ganti yang baru kenalah rosakkan betul-betul benda tu hingga ianya tak boleh dibaiki lagi....hahahaaa macam tu la baru dapat yang baru...
Kali ni lampu tidur kat bilik mama pula yang dah pecah penutup atasnya....ingatkan nak buang jer tapi hubby tak bagi sebab dia nak letakkan penutupnya yang baru...ingatkan dah tak mahu guna lagi tapi tetap hubby nak repairkan semula...
Nampakkan dah tiada penutupnya lagi lampu ni...tapi rupa-rupanya hubby dah ada idea nak buat macam mana...bila pergi ke kedai eco tempohari hubby beli bekas ni,ingatkan dia nak buat apa tapi rupanya dia nak jadikan bekas tu untuk penutup lampu tidur mama...macam menarik jer idea hubby mama ni kan...macam-macam idea berada di kepalanya....
 Mula-mula kenalah tebuk bahagian bawah bekas ni dahulu...tebuk ikut saiz yang diperlukan yee...
 Bekas yang telah siap ditebuk dibahagian bawahnya...
Test dulu sebelum hubby mula melekatkan bekas itu ke atas lampu tidur tadi...mula-mula hubby cuba lekatkan bekas di atas lampu itu menggunakan gam tapi rupanya ianya tidak kuat jadi hubby gunakan skrew yang kecil untuk lekatkan bekas itu semula...
Akhirnya siap juga diy hubby mama menggantikan penutup baru bagi lampu tidur mama yang dah pecah tu..maka ianya sudah pun boleh digunakan semula lampu tidur mama ni....macam mana korang cantik tak diy hubby mama ni? Mama pun tak sangka lampu tidur lama mama ni dah jadi cantik dan boleh digunakan semula..

p/s kalau ada idea memang semuanya boleh jadi...