ASSALAMUALAIKUM...
LAYAN TENGOK MOVIE ALADDIN DENGAN HUBBY DAN ANAK-ANAK | Cuti hujung minggu yang lepas anak-anak belanja mama dan hubby menonton wayang cerita Aladdin ni...Hubby la seronok sebab dapat layan cerita Aladdin ni...anak-anak pada mulanya macam tak nak layankan ayahnya tengok cerita Aladdin ni takut jalan ceritanya macam mengarut tapi dek kerana nak puaskan hati ayah anak-anak turutkan juga..anak mama beli tiket melalui online jer jadi lebih mudah tak payahlah susah payah nak pi beli tiket masa kami sampai...
Mula-mula masuk pawagam macam cuak juga takut jalan ceritanya kurang memuaskan hati tapi bila dah menonton cerita Aladdin ni sendiri,aduhh memang rasa puas hati sangat sebab jalan ceritanya yang tak memboringkan kami...hubby pun lebih seronoklah sebab movie yang dipilihnya disukai oleh anak-anak dan bini dia ni... 
Sebelum masuk panggung sempat selfie dulu dengan hubby...masa ni muka cuak takut cerita tak best..puas hati sangat dapat merehatkan minda menonton cerita Aladdin ni...enjoy dengan jalan cerita dan lawak selamba jin yang keluar dari lampu ajaib tu...kiranya jadi kanak-kanak sekejap hari tu sebab nak layan movie kanak-kanak ni...hahahhaa lawak jer kan mama dan hubby ni...

Dapat juga mama rakamkan sedikit jalan cerita Aladdin ni.. rakam curi-curi tau...takut tak lepas jer...memang tak lepas pun nak upload kat mana-mana...

p/s layankan cerita kanak-kanak yang menarik ni...kalau bagi bintang boleh bagi 9 dari 10 bintang...