Friday, May 31, 2019

ANTABAX SPONSORS A GIFT OF ANTIBACTERIAL PROTECTION TO MALAYSIAN ARMED FORCES

ASSALAMUALAIKUM...
Antabax Sponsors A Gift of Antibacterial Protection to Malaysian Armed Forces
(From left) Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin,Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad bin Sabu, Minister of Defence and Ms Mandy Lee, senior product manager, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, join forces to show their appreciation towards the Malaysia Armed Forces in conjunction with the Hari Raya celebration.


Antabax, Malaysia’s number 1 Halal antibacterial personal care range, is proud to team up with the Malaysian Armed Forces in support of the members of the forces during the Raya festive season.


The Malaysian Armed Forces, consists of three branches, namely the Royal Malaysian Army, the Royal Malaysian Navy and the Royal Malaysian Air Force, received the product sponsorship of Antabax shower cream, benefitting 20,000 personnel, whom will be on duty during the main festive season.

This is the second year Antabax sponsored the products to the Malaysian Armed Forces. 

According to Ms Mandy Lee, Senior Product Manager, Household and Personal Care of Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, it is Antabax privilege again to serve as one of the proud sponsors of The Malaysian Armed Forces.

This partnership is a tangible expression of our support towards the forces, and it represents our ongoing commitment to many programs that benefit Malaysian at large.  We have and will continue to organise campaigns to benefits everyone especially in educating the public on hygiene,” Ms Lee added.

The product sponsorship was presented by Antabax to Yang Berhormat Mohamed Sabu, Defence Minister of Malaysia at Wisma Pertahanan Kuala Lumpur.

To get the latest updates on the brand’s activities through Facebook page at www.fb.com/NewAntabax or @antabax on Instagram.

-END-

About Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd
Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd (Lam Soon) has been an established manufacturer of edible foods, household and personal care products in Malaysia since the 1950s. In the household and personal care category, their selection of quality products include May personal care range, Fruitale FairWhite UV soap, shower and olive oil range, Antabax antibacterial soap, hand sanitizer, medicated powder and cleansing wipes, Orchid feminine wash range, ZIP homecare product range of dishwashing liquid, floor cleaner, toilet bowl cleaner, powder and cream cleanser, Labour dishwashing liquid and paste, and Bio-home multipurpose cleanser and dishwashing liquid range.

As a renowned and trusted household brand among consumers, Lam Soon is dedicated to producing quality products for a healthier lifestyle and cleaner homes.



MAKE YOUR RAYA UNIQUE THIS YEAR WITH CAROUSELL!

ASSALAMUALAIKUM..
MAKE YOUR RAYA UNIQUE THIS YEAR
WITH CAROUSELL!
 Carousell, one of the world’s largest and fastest growing classifieds marketplaces will be celebrating Hari Raya Aidilfitri with Malaysians through a variety of unique items listed on its platform.

As part of this year’s Raya preparations, the platform’s Mari Ber-Carousell campaign drew numerous interesting listings that would make Raya celebrations this year really unique.

1) Balik Kampung in Style with these unique designer Kebayas

Homegrown fashion brand, Lily&Orkid, has transformed the classic baju kebaya and transformed it into contemporary pieces. Consisting of four designs namely Roslina, Miliza, Ramelah and Norida, each piece is exclusively hand sown and can be catered to individual requests.

“This year’s collection highlights more on a woman's femininity. From how the top flows when it hits the wind, to how it shines when it is under the sun are well thought through,” Iylia Insyirah, founder of Lily&Orkid.

Limited stocks available, get your Lily&Orkid collection this Raya at https://my.carousell.com/lilyxorkid/.

2) Dress up your Kucing to deflectSensitive Personal Questions from family

Isn’t it frustrating with the same questions year after year? “Bila nak kahwin ni?” or “Dah ada anak belum?”.

Time to create a diversion with some dress up foryour cats. Get the cutest cat accessories from Momokipets and distract your relatives with cuteness this Raya. Leave the limelight to your cats, while you just hang discreetly in the background.

Better still, Momokipets offers a limited time free delivery promotion with a minimum purchase of just RM30. Doll up your feline today at https://my.carousell.com/momokipets.

 3) Channel your inner influencer, by picking up items when a Beauty Influencer Declutters Her Wardrobe on Carousell

Renowned beauty YouTuber and influencer, Nisha Ezzati, is selling some of her best (and sometimes unused) collections on Carousell. This includes handbags, high heels, gadgets, pants, shirts and an endless list of items, all for a bargain. This includes a branded premium shirt selling as low as RM20.

“Nothing beats an easy, convenient and trustworthy platform such as Carousell for me to declutter, especially when I can give these items a new life with a new owner. Moreover, most of the items are sold at half of its original price and it is still negotiable. Message me on Carousell for more info.”

Shop at Nisha’s store at https://my.carousell.com/nishxnish and you will not regret wearing those beauties balik kampung.

4) Go Skrr with Superhero-themed LEGO Buttons on Your Baju Raya
Hari Raya Aidilfitri is an annual affair where families and friends get together, and it is important to stand out to look cool. With all the superhero craze at this moment, perhaps it would be good to pair up your baju raya with some superhero accessories.

Ranging from Thor, Spiderman, Batman to a variety of LEGO-made buttons, accessories by Malaya Toys are made to suit your fashion style and it will definitely be the talk of the kampung.

Get your superhero buttons at https://my.carousell.com/malayatoys/.

For more information and more unique items in preparation for Hari Raya, head over to https://my.carousell.com or download the Carousell app from the Apple Store or Google Play Store.

###

For all media inquiries, please contact our Media Centre:
Sim Teong Eu
+6016 215 2328

Jarieul Wong
Senior Communications Manager
+65 91883227

Patrick Lim
Communications Manager
+65 81632689

About Carousell
Carousell is a classifieds marketplace that makes selling as easy as taking a photo, buying as simple as chatting. Launched in August 2012, Carousell now has a presence in seven markets across Asia. With almost 200 million listings, we are one of the world’s largest and fastest growing marketplaces in Southeast Asia, Taiwan and Hong Kong, and is backed by Rakuten Ventures, Sequoia India, 500 Startups, Golden Gate Ventures, DBS and EDBI. In Malaysia, Carousell has a diverse range of products in 34 categories, including fashion & beauty, lifestyle gadgets and muslimah fashion. Download the app for iOS or Android, and visit www.carousell.com for more information.


HAND BAG MEMBANTU PENAMPILAN DIRI WANITA

ASSALAMUALAIKUM...
HAND BAG BOLEH MEMBANTU PENAMPILAN DIRI WANITA | Macam mana persiapan hari raya korang,dah siap sepenuh ke atau masih ada lagi yang belum dibeli lagi..? Bagi kita kaum wanita ni memang banyak keperluan yang penting yang perlu ada untuk membuatkan penampilan kita lebih bergaya di hari raya nanti..Antara yang perlu ada adalah beg tangan atau hand bag sebagai aksesori tambahan..beg tangan ini memang penting bagi wanita kerana banyak keperluan kita sebagai perempuan akan kita letakkan di dalamnya...
Beg tangan sememangnya sinonim dengan golongan wanita,tidak hairanlah dari remaja hinggalah ke peringkat berusia semuanya ingin tampil bergaya menggayakan beg tangan.Apatah lagi jika jenamanya yang digunakan itu sering dijadikan perbandingan ekoran produknya yang berkualiti.Namun dalam sibuk memilih beg tangan untuk kegunaan diri pernah tak korang terfikir beg tangan yang bagaimanakah sesuai dengan bentuk tubuh kita?

Mungkin ada juga yang tidak menyedari bahawa beg tangan mampu mempengaruhi penampilan dan gaya korang nanti..Penting untuk korang ketahui beg tangan yang bagaimana patut korang gayakan agar ianya sesuai dengan bentuk tubuh korang supaya penampilan diri tidak tenggelam.Okay la kita lihat tips di bawah ini yang boleh korang jadikan panduan sebelum mengambil keputusan membeli beg tangan.

RENDAH DAN GEMPAL
Sekiranya korang di dalam kategori ini cuba elakkan membawa beg tangan yang besar atau tali beg yang panjang.Biarpun dapat melindungi bentuk tubuh yang gempal itu tapi hakikatnya ia membuatkan penampilan korang akan jadi lebih pendek.Paling cantik gayakan beg tangan yang bersaiz kecil dan terletak cantik di tubuh untuk nampak lebih tinggi.

RENDAH DAN KURUS
Bagi yang bertubuh rendah dan kecil korang seharusnya menggayakan beg tangan bersaiz kecil atau sederhana untuk menyerlahkan diri korang.Sebaiknya elakkan menggunakan beg tangan yang besar kerana ianya akan membuatkan diri kamu seperti budak-budak.Untuk tampil kelainan golongan ini boleh memilih beg tangan yang jenis bersandang,ianya nampak lebih unik dan menarik tapi jangan sesekali silangkan tali beg pada payu dara kerana ianya akan membuatkan korang nampak seolah-olah lebih berisi.

BESAR DI BAHAGIAN ATAS
Jika tubuh korang jenis yang berisi atau besar pada bahagian atas berbanding dibahagian lain,pilihlah beg tangan bertali pendek supaya kamu tidak perlu menyandangnya dibahu,ini boleh membantu mengimbangi penampilan korang.Ataupun korang boleh pilih beg tangan bertali panjang yang jatuh antara pinggang dan pinggul sekurang-kurangnya dapat menutup sedikit kekurangan pada tubuh korang.

TINGGI DAN KURUS
Untung bagi korang yang kurus dan langsing,korong boleh menggayakan hampir keseluruhan jenis beg tangan Clutch,beg sandang dan beg tangan besar sebenarnya paling cantik digayakan oleh golongan tinggi lampai ini.Elakkanlah menggunakan beg tangan bersaiz kecil kerana ia akan membuat korang nampak lebih tinggi dan kurus.

 Beg tangan 'Clucth' biasanya digunakan untuk ke majlis makan malam.Pemilihan beg tangan jenis ini sebenarnya memberikan daya tarikan kepada si pemakai.Pilih yang sedikit besar dan panjang sekiranya korang bertubuh besar dan yang kecil molek jika kamu bertubuh kecil.

Elakkan mengepit beg tangan genggam diketiak kecuali tubuh badan yang sederhana dan kurus.Perbuatan ini membuatkan korang nampak lebih gempal.Sebaiknya genggam beg tangan itu dengan tangan lurus ke bawah.Jika korang risau rupa perut dan pinggang bawalah beg tangan itu rapat ke perut dengan bersahaja dan penuh anggun secara tidak langsung ia boleh menutup dan menyorokkan perut kamu itu.

 TIP PILIH BEG TANGAN
Pastikan kepentingan atau keperluan untuk memakai beg tangan itu.Setiap beg tangan mempunyai ciri-ciri tertentu,samada untuk ke pejabat,majlis makan malam adan santai.Contohnya beg tangan ke pejabat mestilah daripada bahan yang kuat dan tebal.Bagi korang yang mempunyai banyak barang, korang boleh pilih beg tangan jenis berpoket.Namun harus diingat perlu penutup yang kuat dan selamat supaya beg tangan korang tidak menampakkan isinya atau barang tidak tercicir keluar.Paling penting beg tangan itu dapat diangkat dan dipegang dengan selesa supaya penampilan tidak terganggu.jangan lupa periksa juga keadaan luar dan dalam beg tangan tersebut diperbuat daripada jenis nilon,wool,vinyl atau kulit yang lebih tahan lama.


 p/s bila la nak cari hand beg baru ni...

S.JIBENG - MUSAFIR DI AIDIL FITRI

ASSALAMUALAIKUM...


MUSAFIR DI AIDIL FITRI
(S.JIBENG)

Gema takbir di subuh hari Menjelang sudah aidil fitri Tapi hamba musafir diri Ke sana sini membawa diri Ayah ibu lamalah pergi Pergi menyahut seruan Illahi Tinggal hamba seorang diri Tiada siapa ingin hampiri ( korus ) Oh Tuhan Yang Maha Kaya Hamba menangis di pagi raya Aidil fitri hari bahgia Tapi hamba dilanda derita Pusara ayah dan juga ibu Di pagi bahgia hamba kunjungi Dengarlah ini ratapan anakmu Hamba musafir di aidil fitri


p/s memang pantang dengar lagu ni pasti turun air hujan...teringat kisah lama dulu masa bermusafir di Aidil Fitri..beraya sendirian terbuang jauh,tanpa orang ingat kat kita...

10 MENU YANG PERLU ADA DI HARI RAYA

ASSALAMUALAIKUM...
MENU YANG PERLU ADA DI HARI RAYA | Beberapa hari lagi kita semua akan mula menyambut hari raya Aidil Fitri..sudah semestinya setiap pagi raya akan ada banyak menu yang sedap dan menarik akan kita sediakan untuk dijamu pada keluarga dan sahabat handai yang akan datang berhari raya di rumah...Biasanya apakah menu yang selalu korang sediakan untuk menyambut Aidil Fitri? Bagi mama menu apa pun tak kisah tapi hubby mamalah yang tidak berapa suka sangat kalau mama menyediakan menu yang lain selain menu yang biasa mama sediakan.

Setiap kali menyambut hari raya Aidil Fitri menu yang biasa mama akan sediakan adalah seperti nasi impit atau ketupat,lemang,kuah lodeh,rendang daging atau ayam,ayam masak merah,sambal sotong kering,sambal kacang dan serunding daging.Itulah menu yang biasa akan mama sediakan di pagi hari raya Aidil Fitri,jika mama menyediakan menu yang lain dari yang biasa ini mesti hubby tidak menyukainya...tak rasa macam beraya kalau menu lain yang mama sediakan katanya, jadi terpaksalah setiap tahun inilah menu yang biasa mama sediakan pada pagi hari raya Aidil Fitri...kalau hari raya Aidil Adha boleh lagi mama tukarkan menu yang lain tapi tidak untuk raya Aidil Fitri...

 1-Ketupat Nasi
Kalau rajin menganyam memang mama akan buat ketupat nasi ni,anyam pun beberapa hari sebelum menyambut Aidil Fitri..jadi petang sebelum raya bolehlah merebusnya..
2-Nasi Impit
Kalau nak senang kerja memang mama gunakan nasi impit ini saja...terus rebuskan dalam pressure cooker jer cepat dan lebih mudah...
 3-Lemang
Lemang ni mama memang tak membuatnya sendiri tapi tempah dari kawan anak mama jer...anak mama memang suka makan lemang dengan rendang daging ni,jadi terpaksalah beli juga beberapa batang lemang...
 4-Kuah Lodeh
Kuah lodeh memang kena ada sebab nak makan dengan nasi impit tu nanti...berlodeh la kita di pagi hari raya nanti yer...nama pun orang Johor maka kuah lodeh ni memang kena ada kiranya menu wajib la,orang Johor ni memang tak boleh lari dari menu lontongnya untuk juadah di pagi hari raya...
 5-Rendang Daging
Mesti merendang setiap kali hari raya kalau tidak, tak rasa macam nak beraya la pulak kan...rendang ini pun boleh di makan dengan lemang nanti..
 6-Rendang Ayam
Rendang ayam ni mama tak kisah pun kalau ada boleh kalau tak ada pun tak kisah sebab dah ada rendang daging pun dah cukup pada mama..Kalau ada ramai tetamu datang nanti tetap kena masak lebih juga.
 7-Ayam Masak Merah
Menu ni memang perlu ada juga tapi mama jer yang tak kisah sebab memang mama tak makan ayam pun jadi mama masakkan jer menu ni..
 8-Sambal Sotong Kering
Menu ni memang wajib ada kalau tidak, rasa macam tak cukup sifat jer nak makan lodeh tu nanti...anak-anak yang paling suka menu ni jadi memang perlu la ada dalam senarai..
 9-Sambal Kacang
Sambal kacang ni pun menu wajib juga tapi kalau dah ada sambal sotong memang tak berusik la jawabnya...hidangkan untuk saudara mara yang datang ke rumah jer...
10-Serunding Daging
Menu ini pun perlu ada juga kalau tidak tak sedap nak makan lodeh dan lemang tu nanti...serunding ni pun mama tak buat sendiri just beli jer yang dah siap...inilah di antara menu yang biasa mama sediakan di pagi hari raya Aidil Fitri...

Macam mana dengan korang menu apa yang biasa korang sediakan di pagi hari raya?mesti banyak menu yang sedap-sedap yang korang sediakan pada pagi hari raya nanti kan..okay la berkesempatan di sini mama ingin mengucapkan selamat berbuka puasa dan selamat hari raya aidil fitri buat semua..maaf zahir dan batin yer...


p/s bila la nak pi soping ni...raya dah dekat..tak soping memang tak raya la...

10 KUIH TRADISIONAL DULU-DULU YANG PERLU ADA KETIKA HARI RAYA

ASSALAMUALAIKUM...
10 KUIH TRADISIONAL DULU-DULU YANG PERLU ADA KETIKA HARI RAYA | Korang dah mula ke,membuat persiapan untuk biskut hari raya? Kalau sudah mula menyediakan biskut raya tu baguslah yer...mama tak ada buat persiapan pun untuk kuih muih ni,anak-anak mama yang membuat dan membelinya saja...bila dah berusia ni,mama memang dah semakin malas nak membuat kuih muih ni...kuih muih yang anak-anak buat serba sedikit itu pun dah cukup buat mama...lagi pun bila sanak saudara datang ke rumah nanti pasti ada menu yang lain juga, jadi kuih muih yang ada ini pun akan diusik serba sedikit jer...

Masih teringat kisah lama-lama, bila mama nak buat persiapan untuk hari raya di kampung dulu,yang pastinya arwah mak mama la yang terlalu sibuk nak buat kuih raya tradisional ini...punyalah susah payahnya bila arwah nak membuat kesemua kuih muih tradisional ni...kalau tak dibuat akan terasa macam tak kena saja bila tiba hari raya...kuih muih inilah yang selalu ada di atas meja untuk dijamukan pada tetamu yang datang beraya ke rumah...setiap satu kuih ini semuanya akan mengambil masa yang lama juga untuk membuatnya tapi arwah mak tetap nak menyediakannya setiap kali menyambut bulan Syawal...jomlah kita lihat satu persatu kuih yang biasa ada di rumah mama dulu ketika bulan Syawal menjelma...
1-Kuih Bahulu
Kuih bahulu ! kuih bahulu inilah adalah kuih raya yang terlalu susah bagi mama hendak membuatnya dulu...mamalah yang terpaksa  menghencap telur itu sehingga kembang..rasa macam nak tercabut tangan dibuatnya tapi arwah mak tetap suka dengan kuih bahulu ini...bila dah kembang telurnya,sampailah proses untuk membakarnya pula,aduhhh punyalah susah payah betul nak menyediakan kuih bahulu ini dulu..bila bab membakarnya pula,kena la pandai jaga api atas dan bawahnya pula..kalau tak dijaga aja hangus kuih bahulu tu nanti...sampai pedih-pedih mata la, bila sampai bab membakarnya..memang seronok sebenarnya tapi semuanya itu akan terus jadi kenangan terindah dalam hidup mama...sekarang ni semuanya dah jadi mudah dan senang,dah ada mesin pengadun jadi tak perlulah bersusah payah lagi untuk menyediakannya ! just petik jari semuanya siap tersedia....
2-Kuih Batang Buruk
Kuih batang buruk ini pun susah juga nak membuatnya tapi tetap ada di meja bila hari raya menjelma...kalau tepung kacang hijaunya sedap pasti sedaplah rasa kuih batang buruk ni..bila memakannya kenalah slow-slow kalau tidak aja tersedak dibuatnya...
3-Kuih Ros
Kuih yang sedap tapi kena duduk lama juga menghadap kuali untuk menyiapkannya...
4-Kuih Lidah Buaya
Mama panggil kuih lidah buaya jer ni tapi tak tahu la kat tempat korang apa namanya...kuih ni pun perlu ambil masa juga untuk menyiapkannya...masih kena duduk menghadap kuali berjam-jam untuk menggorengnya...bila dah siap digoreng kena sira dengan gula halusnya pula..bila dah dimakan memang tak boleh nak berhenti mengunyahnya...
5-Kuih Bangkit
Kuih bangkit ni paling arwah mak mama suka sebab ianya lembut dan peroi sekali...kena jemur tepungnya di bawah panahan matahari dulu,pastu baru boleh dibuat kuih bangkit ni..sekarang dah mudah semuanya boleh dibuat dengan senang sebab sudah ada mesin untuk membuatnya...
6-Kuih Koya
Inilah nama kuih yang biasa mama panggil tapi tak tahulah kat tempat korang...mana tahu ada nama selain dari nama kuih yang mama guna tu...kacang hijaunya perlu dihancurkan dahulu,pastu dijemur ditengah panas kemudian barulah tepung kacang tanah tu ditekap kat acuannya...akhirnya dijemur sekali lagi.. 
7-Tart Nenas
Kuih yang paling sedap sekali rasanya,ada rasa manis jem nenas diatasnya...dulu-dulu inilah patern yang biasa dibuat, bentuknya yang bulat dan letakkan jem nenas itu diatasnya...memang rare tart nenas macam ni dulu tapi sekarang ni dah bermacam-macam bentuk yang ada di pasaran.
8-Tempeyek Ikan Bilis Kacang
Sedapnya kalau dapat makan tempeyek yang mak buat dulu,terasa rempah didalam tepungnya dan sedap sangat bila tergigit ikan bilis diatasnya...sekarang ni malas sungguh nak membuatnya,beli saja di kedai atau order jer sebab itulah yang lebih mudah sekarang ini..
9-Biskut Suji
Biskut yang jadi feveret mama selamanya...kalau makan mesti nak angkat balangnya sekali...rasa macam tak puas kalau makan macam biasa...kalau nak makan sebalang memang sekejap jer habisnya...sambil bakar sambil masuk ke mulut,itu cerita kalau tak puasa la yer...kalau dah asyik masuk mulut jer,memang tak penuh-penuh la balang kuihnya...
10-Biskut Makmur
Satu lagi biskut feveret mama ni iaitu biskut makmur...sedap sangat kalau dapat memakannya lebih-lebih lagi bila isi kacang di dalamnya banyak, memang terasa keenakkannya...lembut dan manis bila dimakan tapi bila dimakan kenalah hati-hati takut tersedak sebab kehalusan tepung,gula dan kacangnya..kalau beraya ke rumah saudara mara memang mama akan cari biskut makmur ni dahulu, kalau ada memang asyik dok mengulang biskut yang sama jer la...

Inilah antara biskut dan kuih yang wajib ada di rumah mama dulu...sekarang ni memang malas sangat nak membuatnya,ada banyak dijual di pasaran tapi rasanya memang tetap tak sama macam air tangan arwah mak buat dulu-dulu...itu semua hanya tinggal memori terindah bagi mama...kalau dapat diulang masa memang mama teringin nak kembali di masa lalu bersama arwah,tapi apakan dayanya masa tetap akan bergerak ke hadapan dengan pantasnya tiada apa yang dapat kita lakukan hanya ingatan memori indah bersamanya akan tetap dikenang sampai bila-bila...Al-fatihah untuk arwah mak...


p/s korang dah buat kuih raya...apa biskut yang biasa korang buat setiap raya ek..?

Thursday, May 30, 2019

ANNUAL PASS LEGOLAND MALAYSIA ROADSHOW

ASSALAMUALAIKUM...

Dapatkan promosi ekskusif ‘Annual Pass’ ke Legoland Malaysia sekarang hanya di Sutera Mall Roadshow bermula hari ini sehingga 2 Jun 2019. Nikmati harga ‘Annual Pass’ selama 365 hari dengan hanya bayaran tiket 1 hari sahaja dan juga PERCUMA baucer petrol. Jom dapatkan ‘Annual Pass sekarang!
Untuk ketahui lebih tentang kelebihan ‘Annual Pass’ (Klink link),

🗓 Bermula hari ini hingga 2 Jun 2019

📍 Level 2 (Berhadapan dengan Watson), Sutera Mall Johor Bharu
10.00am – 10.00pm

Facebook Page LEGOLAND Malaysia (Link),

Instagram LEGOLAND Malaysia (Link),

Ikuti [@johorevent] di Twitter & Instagram untuk mendapatkan maklumat terkini event sekitar Johor

ILHAM DEKO RUANG TAMU YANG SIMPLE DAN MENARIK

ASSALAMUALAIKUM...
ILHAM DEKO RUANG TAMU YANG SIMPLE DAN MENARIK | Hari raya Aidil Fitri semakin dekat akan menjelma dan terpaksalah kita berpisah dengan bulan Ramadhan yang mulia ini,semoga kita bertemu lagi di tahun akan datang In sha Allah...dah siap persiapan untuk menyambut hari raya kawan-kawan? Mungkin sudah separuh siap agaknya kan,semoga kita gembira bila menyambut Syawal nanti...Persiapan deko rumah korang janganlah dilupakan yer,biarlah kita membuat persiapan dalam kesederhanaan saja yer...semoga korang gembira menyambut dan melayan tetamu-tetamu pada hari raya nanti yer...di sini mama ingin sharekan beberapa ilham deko ruang tamu yang cantik,menarik walaupun simple saja dekonya...pada korang yang masih mencari ilham deko ruang tamu rumah eloklah kita lihat ilham deko di bawah ini yer...mana tahu ada deko yang berkenan di hati korang dan bolehlah mencuba ilham untuk mendeko ruang tamu rumah korang pula..semua gambar ilham deko ini adalah dari ahli group deko-deko...
Macam mana korang cantik tak deko ahli kelab deko ini?dah ada yang berkenan di hati dan dah dapat ilham untuk mendeko ruang tamu rumah korang?Semoga dengan perkongsian ilham deko ruang tamu ini akan lebih memudahkan korang mendeko ruang tamu rumah korang yer...okay korang selamat mendeko dan selamat menyambut hari raya aidil fitri yer...kita jumpa lagi di deko yang lain pula...Ok bye korang...