ASSALAMUALAIKUM...
HAND BAG BOLEH MEMBANTU PENAMPILAN DIRI WANITA | Macam mana persiapan hari raya korang,dah siap sepenuh ke atau masih ada lagi yang belum dibeli lagi..? Bagi kita kaum wanita ni memang banyak keperluan yang penting yang perlu ada untuk membuatkan penampilan kita lebih bergaya di hari raya nanti..Antara yang perlu ada adalah beg tangan atau hand bag sebagai aksesori tambahan..beg tangan ini memang penting bagi wanita kerana banyak keperluan kita sebagai perempuan akan kita letakkan di dalamnya...
Beg tangan sememangnya sinonim dengan golongan wanita,tidak hairanlah dari remaja hinggalah ke peringkat berusia semuanya ingin tampil bergaya menggayakan beg tangan.Apatah lagi jika jenamanya yang digunakan itu sering dijadikan perbandingan ekoran produknya yang berkualiti.Namun dalam sibuk memilih beg tangan untuk kegunaan diri pernah tak korang terfikir beg tangan yang bagaimanakah sesuai dengan bentuk tubuh kita?

Mungkin ada juga yang tidak menyedari bahawa beg tangan mampu mempengaruhi penampilan dan gaya korang nanti..Penting untuk korang ketahui beg tangan yang bagaimana patut korang gayakan agar ianya sesuai dengan bentuk tubuh korang supaya penampilan diri tidak tenggelam.Okay la kita lihat tips di bawah ini yang boleh korang jadikan panduan sebelum mengambil keputusan membeli beg tangan.

RENDAH DAN GEMPAL
Sekiranya korang di dalam kategori ini cuba elakkan membawa beg tangan yang besar atau tali beg yang panjang.Biarpun dapat melindungi bentuk tubuh yang gempal itu tapi hakikatnya ia membuatkan penampilan korang akan jadi lebih pendek.Paling cantik gayakan beg tangan yang bersaiz kecil dan terletak cantik di tubuh untuk nampak lebih tinggi.

RENDAH DAN KURUS
Bagi yang bertubuh rendah dan kecil korang seharusnya menggayakan beg tangan bersaiz kecil atau sederhana untuk menyerlahkan diri korang.Sebaiknya elakkan menggunakan beg tangan yang besar kerana ianya akan membuatkan diri kamu seperti budak-budak.Untuk tampil kelainan golongan ini boleh memilih beg tangan yang jenis bersandang,ianya nampak lebih unik dan menarik tapi jangan sesekali silangkan tali beg pada payu dara kerana ianya akan membuatkan korang nampak seolah-olah lebih berisi.

BESAR DI BAHAGIAN ATAS
Jika tubuh korang jenis yang berisi atau besar pada bahagian atas berbanding dibahagian lain,pilihlah beg tangan bertali pendek supaya kamu tidak perlu menyandangnya dibahu,ini boleh membantu mengimbangi penampilan korang.Ataupun korang boleh pilih beg tangan bertali panjang yang jatuh antara pinggang dan pinggul sekurang-kurangnya dapat menutup sedikit kekurangan pada tubuh korang.

TINGGI DAN KURUS
Untung bagi korang yang kurus dan langsing,korong boleh menggayakan hampir keseluruhan jenis beg tangan Clutch,beg sandang dan beg tangan besar sebenarnya paling cantik digayakan oleh golongan tinggi lampai ini.Elakkanlah menggunakan beg tangan bersaiz kecil kerana ia akan membuat korang nampak lebih tinggi dan kurus.

 Beg tangan 'Clucth' biasanya digunakan untuk ke majlis makan malam.Pemilihan beg tangan jenis ini sebenarnya memberikan daya tarikan kepada si pemakai.Pilih yang sedikit besar dan panjang sekiranya korang bertubuh besar dan yang kecil molek jika kamu bertubuh kecil.

Elakkan mengepit beg tangan genggam diketiak kecuali tubuh badan yang sederhana dan kurus.Perbuatan ini membuatkan korang nampak lebih gempal.Sebaiknya genggam beg tangan itu dengan tangan lurus ke bawah.Jika korang risau rupa perut dan pinggang bawalah beg tangan itu rapat ke perut dengan bersahaja dan penuh anggun secara tidak langsung ia boleh menutup dan menyorokkan perut kamu itu.

 TIP PILIH BEG TANGAN
Pastikan kepentingan atau keperluan untuk memakai beg tangan itu.Setiap beg tangan mempunyai ciri-ciri tertentu,samada untuk ke pejabat,majlis makan malam adan santai.Contohnya beg tangan ke pejabat mestilah daripada bahan yang kuat dan tebal.Bagi korang yang mempunyai banyak barang, korang boleh pilih beg tangan jenis berpoket.Namun harus diingat perlu penutup yang kuat dan selamat supaya beg tangan korang tidak menampakkan isinya atau barang tidak tercicir keluar.Paling penting beg tangan itu dapat diangkat dan dipegang dengan selesa supaya penampilan tidak terganggu.jangan lupa periksa juga keadaan luar dan dalam beg tangan tersebut diperbuat daripada jenis nilon,wool,vinyl atau kulit yang lebih tahan lama.


 p/s bila la nak cari hand beg baru ni...