Friday, May 31, 2019

10 MENU YANG PERLU ADA DI HARI RAYA

ASSALAMUALAIKUM...
MENU YANG PERLU ADA DI HARI RAYA | Beberapa hari lagi kita semua akan mula menyambut hari raya Aidil Fitri..sudah semestinya setiap pagi raya akan ada banyak menu yang sedap dan menarik akan kita sediakan untuk dijamu pada keluarga dan sahabat handai yang akan datang berhari raya di rumah...Biasanya apakah menu yang selalu korang sediakan untuk menyambut Aidil Fitri? Bagi mama menu apa pun tak kisah tapi hubby mamalah yang tidak berapa suka sangat kalau mama menyediakan menu yang lain selain menu yang biasa mama sediakan.

Setiap kali menyambut hari raya Aidil Fitri menu yang biasa mama akan sediakan adalah seperti nasi impit atau ketupat,lemang,kuah lodeh,rendang daging atau ayam,ayam masak merah,sambal sotong kering,sambal kacang dan serunding daging.Itulah menu yang biasa akan mama sediakan di pagi hari raya Aidil Fitri,jika mama menyediakan menu yang lain dari yang biasa ini mesti hubby tidak menyukainya...tak rasa macam beraya kalau menu lain yang mama sediakan katanya, jadi terpaksalah setiap tahun inilah menu yang biasa mama sediakan pada pagi hari raya Aidil Fitri...kalau hari raya Aidil Adha boleh lagi mama tukarkan menu yang lain tapi tidak untuk raya Aidil Fitri...

 1-Ketupat Nasi
Kalau rajin menganyam memang mama akan buat ketupat nasi ni,anyam pun beberapa hari sebelum menyambut Aidil Fitri..jadi petang sebelum raya bolehlah merebusnya..
2-Nasi Impit
Kalau nak senang kerja memang mama gunakan nasi impit ini saja...terus rebuskan dalam pressure cooker jer cepat dan lebih mudah...
 3-Lemang
Lemang ni mama memang tak membuatnya sendiri tapi tempah dari kawan anak mama jer...anak mama memang suka makan lemang dengan rendang daging ni,jadi terpaksalah beli juga beberapa batang lemang...
 4-Kuah Lodeh
Kuah lodeh memang kena ada sebab nak makan dengan nasi impit tu nanti...berlodeh la kita di pagi hari raya nanti yer...nama pun orang Johor maka kuah lodeh ni memang kena ada kiranya menu wajib la,orang Johor ni memang tak boleh lari dari menu lontongnya untuk juadah di pagi hari raya...
 5-Rendang Daging
Mesti merendang setiap kali hari raya kalau tidak, tak rasa macam nak beraya la pulak kan...rendang ini pun boleh di makan dengan lemang nanti..
 6-Rendang Ayam
Rendang ayam ni mama tak kisah pun kalau ada boleh kalau tak ada pun tak kisah sebab dah ada rendang daging pun dah cukup pada mama..Kalau ada ramai tetamu datang nanti tetap kena masak lebih juga.
 7-Ayam Masak Merah
Menu ni memang perlu ada juga tapi mama jer yang tak kisah sebab memang mama tak makan ayam pun jadi mama masakkan jer menu ni..
 8-Sambal Sotong Kering
Menu ni memang wajib ada kalau tidak, rasa macam tak cukup sifat jer nak makan lodeh tu nanti...anak-anak yang paling suka menu ni jadi memang perlu la ada dalam senarai..
 9-Sambal Kacang
Sambal kacang ni pun menu wajib juga tapi kalau dah ada sambal sotong memang tak berusik la jawabnya...hidangkan untuk saudara mara yang datang ke rumah jer...
10-Serunding Daging
Menu ini pun perlu ada juga kalau tidak tak sedap nak makan lodeh dan lemang tu nanti...serunding ni pun mama tak buat sendiri just beli jer yang dah siap...inilah di antara menu yang biasa mama sediakan di pagi hari raya Aidil Fitri...

Macam mana dengan korang menu apa yang biasa korang sediakan di pagi hari raya?mesti banyak menu yang sedap-sedap yang korang sediakan pada pagi hari raya nanti kan..okay la berkesempatan di sini mama ingin mengucapkan selamat berbuka puasa dan selamat hari raya aidil fitri buat semua..maaf zahir dan batin yer...


p/s bila la nak pi soping ni...raya dah dekat..tak soping memang tak raya la...

7 comments:

  1. kalau dilah sambal sotong tu mmg takde. ayam masak merah tu optional. yg lain semua ada. tp paling wajib ada jugak sambal goreng jawa mesti wajib ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambal goreng jawa tu sedap tapi anak2 tak suka makan dilah tu yg mama jarang nak membuatnya...buat yg mana die org suka jer...

      Delete
  2. Kalau saya cukup sambel goang ama kupat aje,..

    ReplyDelete
  3. 11. Sambal goreng jawa tak boleh miss

    ReplyDelete