28 June 2018

RAYA KE 2 | FAMILY DATANG BERAYA

June 28, 2018 12 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Syawal Ke 2 Family Datang Beraya | Pada raya ke 2 yang lepas adik beradik, anak saudara cucu-cucu saudara telah singgah beraya ke rumah...Nak jadi kisah raya ke 2 ni mama telah mengalami gastrik sakit perut...mungkin makan menu raya yang berempah banyak sangat agaknya tu yang perut jadi meragam...bila dengar ramai nak datang hubbylah yang mengambil alih tugas di dapur memandangkan mama sakit perut...Hubby masak jer la apa yang ada hari itu...kebetulan ada stok ayam kampung dalam peti ais jadi hubby rebus dulu menggunakan pressure cooker dan setelah itu hubby buatkan menu ayam kampung masak lemak cili padi jer...Alhamdullilah bertambah-tambah nasi kesemuanya....itu jer yang mampu hubby sediakan selain kuih muih yang ada...tak.sangka menu hubby jadi kesukaan tetamu yang hadir tempohari...memang clear kesemuanya nasi dan menu masak lemak ayam kampung yang hubby masak tu...tak sia-sia hubby berpenat lelah memasak bila semua memuji kesedapan menu ayam kampung masak lemak hubby...alhamdullilah walaupun itu saja menu yang dapat disediakan tapi tuan rumah berasa lega sebab tetamu yang datang dapat menjamu selera dengan puas hati....thumps up buat hubby mama sebab jadi chef terbaik hari tu...
Nak juga tepek gambar kami berdua pada hari raya pertama...raya pertama beraya berdua saja sebab anak pertama beraya di rumah mentua dan anak kedua dan ketiga bekerja di hari raya...itulah cerita raya mama dan hubby pada tahun ni...kalau panjang umur in sha Allah dapatlah kita berjumpa di tahun hadapan...

p/s busy tapi tetap nak update cerita raya...

HADIAH BESDAY UNTUK MAMA

June 28, 2018 5 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Hadiah Besday Untuk Mama | Inilah hadiah dari anak-anak untuk mama..anak-anak share belikan mama purse ini...alhamdullilah mekacih anak-anakku sebab ingat juga nak belikan mama hadiah ini...hadiah tak dapat pun mama tak kisah janji anak-anak tetap ingat tarikh lahir mama mereka ni...
Alhamdullilah dapat juga purse baru...simpan dulu sebab purse yang lama tu masih lagi boleh digunakan lagi...
Anak-anak siap belikan kek besday untuk mama...kebetulan ada kakak nak datang ke rumah jadi masakkan nasi ayam untuk mereka sekali...jadi tahun ni ramailah yang sambut besday mama sekali...
alhamdullilah bersyukur dengan usia yang dikurniakan oleh Allah dapat menikmati usia yang semakin meningkat ini bersama anak-anak,menantu dan cucu-cucu mama...

p/s jika dipanjangkan umur berjumpa lagi di tahun hadapan...

RAYA PERTAMA | DAPAT DUIT RAYA

June 28, 2018 5 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Raya Pertama Dapat Duit Raya Dari Anak | Hari raya pertama jee dah dapat duit raya pertama dari anak-anak..selepas solat raya,sarapan pagi dan bersalam-salaman anak-anak menghulurkan sampul angpow raya ni untuk mama dan hubby...alhamdullilah dapat juga duit raya dari anak-anak...

P/s seronoknya dapat duit raya...mudah-mdahan bertambah lg rezeki anak2ku...

CERITA SEBELUM RAYA KE IKEA

June 28, 2018 2 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Cerita Sebelum Raya Ke IKEA | Kalau nak raya ni memang ada jer benda yang terasa kurangnya..salah satu tempat yang dituju adalah ke Pasaraya IKEA...sebenarnya sibuk sangat nak cari bendalah yang macam dalam gambar kat bawah ni ala troli kecik ni..masa ada offer kat Giant tempohari tak dapat nak beli sebab kehabisan stok...jadi kenalah juga pergi cari kat IKEA...nak memudahkan kerja di hari raya, letak bekas kuih,gelas kat sini jer...
Dapat juga satu bendalah ni, mama nak sebut namanya pun tak reti..
Hubbylah yang jadi tukang pasangnya..kenalah bantu mana yang sepatutnya...
Siap juga akhirnya proses pemasangan troli kecik ni..senang nak letak cawan dan bekas kuih kat sini..
Satu lagi barang yang disambar kat Ikea tempohari adalah tingkat tempat letak barang Lerberg ni...
Proses pemasangan diteruskan lagi...hubby jugalah yang sibuk memasangkannya dan mama jugalah yang jadi pembantunya...
Akhirnya siap juga proses memasangnya...dah boleh letak barang apa yang perlunya...

p/s sibuk sekarang ni nak siapkan dulang hantaran anak...

25 June 2018

DIY | CAT RUMAH SEBELUM BULAN PUASA

June 25, 2018 10 Comments
ASSALAMUALAIKUM..
DIY Cat Rumah Sebelum Bulan Puasa | Cerita dah lama tapi terlambat post entri jadi hari ni kita cerita semula yer...seronok bila tengok rumah bercolor baru...
Nasib baik ada menantu yang boleh menolong mengecat rumah mama ni...nak harapkan hubby mama sekarang dah susah sebab hubby dah tak boleh buat kerja berat sangat...mulalah nafas macam nak semput nanti...
Proses mengecat disebelah atas dahulu.
Di bahagian bawah hubby buat sikit-sikit...nak juga menolong mengecat sedikit...dah biasa buat kerja juga bila tak buat rasa semacam agaknya...itu pun berpesan jangan mengecat terlalu lama takut lain jadinya nanti...
Nak juga menolong apa yang perlu..
Akhirnya siap juga proses mengecat rumah mama ni...menantu mama yang menyiapkan proses mengecat ni dan dibantu juga oleh hubby dan mama sekali...
Suka tengok warna hijau mint ni, sejuk mata memandang..warna pilihan sendiri mestilah sendiri yang puji kan...

p/s sibuk dengan persiapan majlis anak...

22 June 2018

HAPPY BESDAY TO ME

June 22, 2018 14 Comments
ASSALAMUALAIKUM..
Happy Besday To Me | Pagi di hari lahir dah berada di Legoland...dapat jenjalan sekejap ke sini pun dah cukup membahagiakan hati rasanya...tak adalah mama ke sini bukan nak jenjalan masuk ke legoland tapi reedemkan tiket kawan hubby dan blogger Diya Nadia...jadi bila dah ke sini sempat juga masuk kat bahagian depan legoland ni jer tengok die orang buat persembahan raya...
Sempat posing sekejap kat Medini Mall ni...
Besday girl nak posing jap hari ni...
Jumpa juga blogger Diya Nadia tadi...nak bawa hero-heronya berjimba di legoland...nampak kurus sikit dia... penat agaknya melayan 4 hero-heronya...sorry diya sebab dapat jumpa sekejap jer tadi...panjang umur kita jumpa lagi yer...
Sementara nak tunggu Diya sampai tadi sempat berjumpa dengan pelakon drama "Halalkan Hati Yang Ku Curi" ni artis FarahNabila...cantik dan manis orangnya...sempat juga berposing bersama dengannya tadi...

p/s HAPPY BESDAY TO ME

MENU SIMPLE DI HARI RAYA

June 22, 2018 5 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Menu Utama Di Hari Raya | Setiap tahun inilah menu wajib yang akan dimasak di rumah mama...mulanya malas nak memasak menu raya ni sebab anak sulung mama beraya di rumah mentua di Klang, anak kedua dan bongsu semuanya kerja di hari raya...hubby la yang menguatkan suruh mama memasak juga menu untuk hari raya...akhirnya siap juga menu yang biasa dimasak untuk juadah di pagi raya...
Menu yang dah siap untuk dimakan di pagi hari raya lontong dan lodeh...menu yang lain rendang lupa nak snap gambarnya, nasi impit,sambal sotong kering dan ayam masak merah..
Mama tak buat sambal kacang tapi digantikan dengan sambal sotong kering jer..anak-anak lebih suka sambal sotong kering ni dari sambal kacang..

Ayam masak merah request dari anak-anak...rendang daging lupa pulak nak snap gambarnya...ini saja menu hari raya dari dapur mama ni...anak-anak bawa sedikit menu raya ini ke opis untuk dimakan bersama-sama teman opis yang sama-sama kena bekerja di hari raya...

p/s lepas ni fikir majlis kawin anak mama pula...

DOA PAGI JUMAAT

June 22, 2018 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

YA ALLAH...
KAU IZINKAN KAMI BERNAFAS LAGI DI BUMI MU
SYUKUR DAN PUJI KAMI MENGHARUNGI CABARAN MU HARI INI.
JANGAN BIARKAN KAMI LEKA DENGAN KEGEMBIRAAN
DAN KEBAHAGIAAN YANG ENGKAU BERIKAN.
DAN JANGAN BIARKAN KAMI HANYUT DENGAN KESEDIHAN
DAN KEKECEWAAN YANG TELAH ENGKAU TAKDIRKAN.
-IBNU MUSSAL-

20 June 2018

PERSIAPAN AKHIR SEBELUM RAYA

June 20, 2018 5 Comments

ASSALAMUALAIKUM....
Persiapan Akhir Sebelum Raya | Selesai juga mengemas dan menyiapkan persiapan di rumah mama ini...persiapan ala kadar jer mana yang perlu ditukar barulah ditukarkan mana barang yang boleh digunakan tetap mama gunakan...tahun ni dapat juga tukar langsir baru sebab setelah 2tahun langsir di rumah tak bertukar...

Tahun ni color biru putih jadi pilihan di ruang tamu mama ni...Siap juga langsir yang dah jadi pilihan mama kali ini...
Rasa macam berada kat lautan pulak bila pandang nampak semuanya color biru..rumah mama kecik jer tapi tetap nak saratkan dengan hiasan...deko rumah ikut selera tuan rumah la kan...
Inilah deko ala kadar kat rumah mama kali ini...deko ikut citarasa orang lama...pada yang suka alhamdullilah pada yang tak suka lupakanlah yer...

p/s lepas ni fikir majlis anak pulak...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

June 20, 2018 7 Comments

ASSALAMUALAIKUM....
Selamat Hari Raya Aidil Fitri | Sekejap jer masa berlalu, bulan ramadan dah pun kita tinggalkan semoga kita diberikan umur yang panjang bertemu lagi bulan ramadan di tahun akan datang in sha Allah...setelah sebulan kita umat islam berpuasa maka bertemu pula kita di bulan Syawal yang ditunggu...dah seminggu kita beraya mama pulak baru nak update blog ni...mood beraya kurang sikit tahun ni sebab lebih pada persiapan untuk majlis kawin anak mama bulan 7 ni...sibuk dengan persiapan mana yang perlunya supaya bila sampai tarikhnya tiadalah masalah menanti...doakan majlis kawin anak mama berjalan dengan sempurna dan dipermudahkan yer...Aamiin..

Di sini mama ingin mengucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF JIKA ADA SALAH SILAP YER...
Pada kawan-kawan yang berdekatan Johor ni sudi-sudikanlah datang ke rumah mama yer...

14 June 2018

THE EMPIRE STUDIO JOHOR BAHRU PAKEJ PHOTOSHOOT RAYA MURAH

June 14, 2018 9 Comments
ASSALAMUALAIKUM... 
The Empire Studio Johor Bahru Pakej Photoshoot Raya Murah | Bila bab ambil gambar memang semua orang suka dan seronokkan..bila dapat peluang macam ni memang grap jer tak cerita panjang...bukan senang nak dapat photoshoot kat studio ni...kena booking dan datang ke studio untuk ambil gambar...sayangnya photoshoot kali ini family mama memang tak cukup bilangan ahlinya..hubby, anak kedua dan ketiga tiada sebab bekerja jadi yang dapat hadir pada hari photoshoot tu mama, anak yang sulung dan juga cucunda grandma ni...seronok cucunda grandma dengar bila nak photoshoot gambar raya kat kedai...
Kalau ambil gambar kat studio ni memang confirm gambar akan jadi cantik sangat...tak payah nak edit semula kerana gambarnya memang cantik...tapi faham-faham jer la kalau bergambar kat studio ni,tak reti nak posing macam mana jadi tak payah risau sebab photographer profesional pasti akan dapat membantu apa yang perlu dilakukan..pada yang kaku dan kekok depan kamera pasti akan terus hilang rasa kaku dan kekok tu...bolehlah bergambar dengan jayanya...
Studio yang mama pergi dan buat photoshoot ini adalah di salah satu studio yang ada di Johor ni..The Empire Studio ini letaknya di Bandar Baru Uda Jay Bee...pada orang Johor yang berdekatan pasti dah tahu nama kedai ni dan pakej yang disediakan di sini memang cukup berbaloi sekali hanya RM130 saja kita mampu bergambar sekeluarga di sini...Empire Studio ni dibuka pada hari raya pertama hingga hari raya ke empat..Jomlah kawan-kawan tempah saja pakej yang telah disediakan ini dan kita boleh berphotoshoot mengikut tarikah yang telah ditetapkan...harga yang disediakan ini memang murah dan berbaloi-baloi sekali...
Meriah sekali kami sekeluarga berphotoshoot tempohari..macam-macam posing dan gaya mampu dilakukan...photographer memang profesional sekali sebab dengan tunjuk ajarnya kita mampu lakukan gaya yang lebih menarik sekali...posing sakanlah kami pada hari tu...
Posing cun dari 3 orang cucunda grandma ni...semua behave jer hari tu...buat jer apa yang photographer suruh...
Cantikkan gambar family anak mama ni..gambar yang diambil di sini memang cantik jadinya...jangan risau korang kalau bergambar di sini confirm memang puas hati...silalah tempah segera pakej photoshoot white studio di The Empire Studio ni...apa lagi korang jomlah tempah sekarang pakej bergambar yang disediakan ini..nak tahu lebih lanjut lihat detailnya dibawah ini...
Pakej yang disediakan di bawah ini dan korang boleh menempah sekarang 
013-700 8889

PAKEJ 1
-RM130
-20 minit shoot
-Burn DVD Soft Copy

PAKEJ 2
-RM 180
-20 Minit Shoot
-Burn DVD Soft Copy
-1 Frame 11R

PAKEJ 3
-RM230
-20 minit shoot
-Burn DVD Soft Copy
-1 Frame 12R

PAKEJ 4
-RM280
-20 minit shoot
-Burn DVD Soft Copy
-Canvas 20x30

ADD ON
-Mini album
-Album 11x8 + RM200
-Frame 11R + RM100
-Frame 12R + RM150
-Canvas 20x30 + RM300

Apa lagi korang cepat-cepat booking bila pilih hari korang nak shoot...Cepat setahun sekali jer kita dapat berkumpul beramai-ramai jadi eloklah kita abadikan gambar family untuk kenangan di masa hadapan nanti..

BERITA BAIK BUAT WARGA JOHOR

 Apa lagi jom korang kita abadikan gambar WHITE STUDIO di @theempirestudio
Studio dibuka pada hari raya pertama hingga raya keempat.
Tersedia dengan pakej yang menarik
Kalau berminat sila whatsapp no di bawah ini untuk keterangan lanjut

Alamat :
58-02, Jalan Padi Emas 1/4,
Bandar baru Uda,
81200,Johor Bahru
Johor.

Dibuka dari jam 8am-10pm
Whatsapp : 
http://www.wasap.my/+60137008889

Follow IG : @theempirestudio
FACEBOOK PAGES : /theempirestudio

#raya #raya2018 #studio #studiojohor #johor #johorbahru #syawal #syawal2018
#photoshootraya #jomraya #anugerahsyawal #ramadan #johorbahru
#jdt #johorbahru #johorean #johordarultakzim #perayaan #muslim #islam #johorstudio
#studioraya #JDTBlogger # TeamBloggerJohor #maszullblogspotmy

Akhir sekali terima kasih buat En.Anwar yang peramah orangnya dan juga owner The Empire Studio ni kerana memberi kami peluang bergambar White Studio Raya ni...

Terima Kasih The Empire Studio


13 June 2018

NGETEH PAGI TADI

June 13, 2018 4 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Ngeteh Pagi Tadi | Menu semalam dah tak ada pun balancenya jadi pagi tadi sahur kami keluar berdua makan apa yang patutnya..anak-anak dah bercuti jadi mama dan hubby je la keluar berdua bersahur...menu simple jer untuk kami berdua pagi tadi...order roti sardin dan air teh tarik...alhamdullilah selamat bersahur...kalau dah last-last ni menu bersahur apa yang ada jer,memang dah mula malas nak memasak...kalau ada maggie pun jadi jer,asal kenyang perut sebab yang penting bagi hubby mama adalah makan ubatnya...
p/s in sha Allah Jumaat kita raya...

12 June 2018

DOA HARIAN RAMADAN HARI KE 27

June 12, 2018 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM..
DOA HARIAN RAMADAN
DOA HARI KE 27
YAA ALLAH !
REZEKIKANLAH KEPADAKU KEUTAMAAN LAILATUL QADR,
DAN UBAHLAH PERKARA-PERKARA KU YANG SULIT MENJADI MUDAH.
TERIMALAH PERMINTAAN MAAFKU,DAN HAPUSKANLAH DOSA DAN KESALAHANKU,
WAHAI YANG MAHA PENYAYANG 
TERHADAP HAMBA-HAMBANYA YANG SOLEH.

11 June 2018

PATAH SUDAH MATA HATI KU

June 11, 2018 6 Comments
ASSALAMUALAIKUM..
Patah Sudah Mata Hati Ku | Sabtu lepas adik beradik mama adakan majlis berbuka puasa dan majlis tahlil sekali...bila dah berjumpa memang meriahlah kami sekeluarga...bila dah berjumpa memang peluk cium abang dan adik,kakak adik bila sampai part mama kena cium dengan abang last-last cermin mata mama jadi begini...memang awesome dapat pelukan dari abang long, cermin mata patah pun tak kisah pun...tapi risau juga sebab tak bolehlah nak memandu di malam hari...nak kena juga buat yang baru ni..
Kesian cermin mata hatiku ini..dah tak.dapat diselamatkan kwna.juga ganti yang baru...Dah 2 hari tak pakai spec ni...kalau ada yang nampak mama dimana-mana tegur yer..memang tak nampak kalau berjalan tanpa cermin mata...
p/s dah nak raya kan...

DIY SIAPKAN LANGSIR RAYA TAHUN NI

June 11, 2018 3 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
DIY Siapkan Langsir Raya Tahun Ini | Dah berhari-hari menjahit tak juga siap...bila pegang sekejap lepas tu berehat..bila dah berehat ada saja perkara lain yang nak dibuat...jadi semalam juga mama cepat-cepat siapkan langsir ni dan pasangkan...dah rimas tengok langsir yang tak siap-siap lagi ni...
Tahun ni nak cuba jahit langsir eyelet ni pula..dah lama nak tukar tapi masih juga tak menjadinya jadi tahun ni gagahkan juga menukar paten langsir eyelet ni pula...cari ring ni kat kedai kain langsir jer...tak mahal pun satu ring ni hanya rm1.30 tapi kalau beli bnayak dapatlah murah sedikit...
Langsir dah siap berjahit cuma nak tebuk lubang untuk diletakkan ring di bahagian atas langsir tu..
Tandakan dahulu tapak ring tu kat lapik langsir...bila dah dibulatkan gunting bulatan tu dahulu...setelah itu masukkan ring ke dalam bulatan tadi dan tekankan sampai ketat..sekarang ni dah ada jual lapik langsir yang dah ready dengan lubangnya sekali jadi tak payahlah susah payah nak tebk lubang lagi hanya gunting ikut lubang yang telah ready ada tu...
Inilah dia langsir yang telah siap dimasukkan dengan ringnya...
Akhirnya dah siap juga langsir raya eyelet mama untuk tahun ini...lepas ni bolehlah lakukan proses memasang langsir itu pula...
Tadaaa !! dah siap pun proses memasang langsir eyelet mama ni.. puas hati dapat jahit eyelet langsir sendiri...pasni dah boleh buka kedai jahit langsir la.....hahahaaa lawak jer mama ni kan...

p/s nampak juga sedikit perubahan kat ruang tamu mama ni...