ASSALAMUALAIKUM...
Raya Ke 8 Kakak Dan Anak Saudara Datang Beraya | Cerita dah basi ni tapi tetap postkan walaupun dah lama...untuk kenangan tahun akan datang ni...dari dok terperap dalam draf baiklah tayangkan kat sini....Kebetulan tarikh ni jatuh pada hari raya maka dapatlah kami semua sambut sekali besday mama bersama-sama...Seronok rasanya dapat sambut besday reramai macam ni...tahun depan tak tahu lagi masih boleh dapat bersama lagi macam ni ke tidak...
Kek ni anak mama belikan sempena besday mak dia ni...dah semakin meningkat naik no tu rupanya...okaylah mana ada orang sambut besday nombor tu semakin mengecilkan...biarkanlah janji ada anak-anak yang mengingatinya...
Dapat juga mama jamu anak saudara dan kakak dengan menu yang mama siapkan terlebih awal...mama just masak nasi ayam jer hari tu...
Alhamdullilah dapat juga menjamu mereka dengan menu nasi ayam dari air tangan mama ni...in sha Allah jika panjang umur tahun depan kita masak menu yang lebih special lagi yer...
Memang seronok rasanya dapat menjamu kakak dan anak-anaknya semua...meriah rasanya sambut besday mama tahun ni sebab ramai yang hadir ke rumah sambil beraya...
Hubby dok layan cucunya dan anak mama yang take over menolong melayan tetamu makan pada hari tu..
seronok pulak budak kecik ni makan kek besday tu..tahun depan mesti si kecil ni dah boleh berjalan bila datang ke rumah mama nanti...

p/s postkan entri lama yang dok terperap dalam draf...