31 May 2018

RILEX SANTAI CAFE | CHAR KUEY TEOW UDANG GALAH

May 31, 2018 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

Waa dasyat dasyat. Tengok dari gambar pun admin telan air liur je. Haish kalau malam malam cam ni dapat layan Char Kuey Teow Udang Galah dekat Rilek santai cafe ni bestnyaaa. Selamat malam semua!
📍 Lot 252, Jalan Parit Ismail, Benut, Pontian, Johor

🚩Berdekatan dengan SMK Sri Tanjung 
 5.00 Petang - 12.00 Malam (Setiap Hari kecuali Khamis)


Menu apa yang korang patut cuba dekat sini, 
1. Char Kuey Teow Udang Galah 
2. Mee Bandung Udang Galah 1 Besen 
3. Nasi Goreng Udang Galah 
4. & macam macam lagi!

*Angkat tangan sikit dekat sesiapa yang pernah ke sini & tinggalkan review anda dekat comment di bawah ya!










FESTIVAL SALE JOHOR PREMIUM OUTLET

May 31, 2018 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

Festive Sale Johor Premium Outlets

🗓 8 Jun 2018 - 10 Jun 2018 (Jumaat - Ahad)
📍Johor Premium Outlets, Kulai 
⏰ 10.00 Pagi - 12.00 Malam 
☎️ 07 - 661 8888

Dapatkan info lebih lanjut pada link ni, 
https://www.facebook.com/events/658763504454885/

Facebook Page Johor Premium Outlets (Link), 
https://www.facebook.com/JohorPremiumOutlets/

Instagram Johor Premium Outlets (Link), 
https://www.instagram.com/johorpremiumoutlets/?hl=en

Ikuti [@johorevent] di Twitter & Instagram untuk mendapatkan maklumat terkini event sekitar Johor 

#JohorEventJune #JohorPremiumOutlets #VisitJohorShopping


SULIT - AMAN AZIZ

May 31, 2018 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM...


SULIT

Dapatkah aku melukiskan cinta
Mengarangkan sejuta rasa
Seperti nota dalam mimpi indah
Di kalung kasih selamanya

Selagi jantungku terus bergetar
Selagi nyawa ku masih bersama
Akanku terus mencintai kamu
Walau jalannya ku lalu berliku
Biar ditimbus gelisah derita
Ku mahu bersama

Seperti angin kau hembus rasa
Menerbangkan titipan hati
Seperti madah dalam kamus cinta
Ungkapan itu kupersonakan

TAK PERNAH HILANG (AMYLEA X KAER) OST NUR

May 31, 2018 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...


TAK PERNAH HILANG

L-Tiada siapa yang pernah tahu
Tiada siapa yang pernah rasa
Biar mereka coba mahu
Coba ada denganku

P-Mestikah perlu kau menjauh
Mestikah perlu kau menghalang
Perasan yang pernah datang
Ia tak pernah hilang

L/P- Aku yang merindumu
Selalu menantikan dirimu
Yang selalu memahami 
Tiap kata hati mu

L-Jika aku yang engkau ingin
P-Ku nantikan satu jawapan
L-Perasan yang pernah datang
P-Ia tak pernah hilang
L/P-Aku yang merindu mu
L-Selalu menantikan diri mu
P-Yang selalu memahami
L/P-Tiap kata hati mu
L-Aku yang merindu mu Oooo...
P-Selalu menantikan dirimu

HEADBAND CUTE UNTUK SI COMEL Di HARI RAYA

May 31, 2018 3 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Headband Cute Untuk Si Comel | Headband..? Mana nak cari headband yang cantik..? Pada korang yang sibuk nak cari headband untuk anak-anak jom kita lihat di mana boleh dapat headband baby,headband budak, headband cantik dan dijual dengan harga yang berpatutan...kalau ada anak pasti kita nak lihat anak kelihatan cantik dan comel di hari raya nantikan...kalau tiada anak pun bolehlah mencari headband untuk diberikan atau dihadiahkan pada anak saudara,adik atau anak kawan korang..kalau si comel memakainya pasti akan kelihatan lebih comel dan cute bila berjalan di hari raya nanti..
Inilah headband yang cantik dan menarik untuk dipakaikan pada cucunda mama nanti...anak-anak dah besar jadi cuculah menjadi pengganti untuk memakainya...banyak lagi headband keluaran dari CikTom ni tau memang tak rugi kalau beli headband ini...ada headband untuk baby,headband budak dan semua headband murah ini dijual dengan harga yang berpatutan...memang cantik dan menarik sekali bila dipakaikan pada anak-anak kita di hari raya nanti...
Banyak kelebihan kalau kita membeli headband comel dan cute dengan CikTom ni tau..
-Harga semua headband yang dijual oleh CikTom adalah serendah RM10 ke bawah
-Memang terdapat pelbagai design headband yang terkini dan semuanya comel-comel belaka
-Headband ini juga terdapat dalam pelbagai warna
-Headbandnya murah dan ianya sangat berkualiti
-Setiap pembelian 5pcs keatas tiada kos cas penghantaran dikenakan
-Setiap pembelian 10pcs keatas percuma kos penghantaran dan diberikan 1 pcs percuma headband
Lihatlah betapa gembiranya cucu mama bila dapat memakai headband yang cantik dan comel dari keluaran Cik Tom ni tau..alhamdullilah dapat feedback baik dari anak, cantik semua headbandnya dan bolehlah memakai headband ini semasa raya nanti katanya...
Bila bab melawa ni memang bagilah si kecik Damia ni...pantang nampak sesuatu yang cantik mulalah nak mencubanya...nasib baiklah dapat cucu yang mudah memberikan komitmen yang baik...model cilik sedang memperagakan headband cantik dan menarik ini tau...
Ini adalah diantara koleksi headband yang ada di Instagram Cik Tom..masih ada banyak lagi koleksi-koleksi yang lain juga...pada korang yang ingin lihat koleksi headband yang lain bolehlah terjah ke IG Cik Tom tau...pilih saja headband yang menjadi pilihan hati korang...selain headband Cik Tom juga ada menjual tudung untuk kanak-kanak,beg dan baju kanak-kanak.. apa lagi korang jom kita ke instagram Cik Tom ini yer...

Pada korang yang like follow IG dan FB Cik Tom ini korang berpeluang memenangi hadiah headband cantik dari Cik Tom sebab Cik Tom akan membuat contest di IG dan FB beliau.

Followlah instagram Cik Tom dan Facebook yer...klik jer kat link di bawah ni yer...
Whatsapp :013-8013500

Sempena bulan ramadan dan bulan raya yang bakal menjelang ini, mama nak bagi promo ini, untuk setiap pembaca blog mama..pada kawan-kawan semua bolehlah gunakan Promo Code
CTRAYA01 untuk diskaun 10% setiap pembelian.



TABUNG HARAPAN MALAYSIA

May 31, 2018 2 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Tabung Parti Harapan Malaysia | Bagi merealisasikan apa sumbangan kita pada negara inilah masanya...jangan merungut atau membangkang apa jua yang mereka perlu lakukan tapi fikirkan juga apa yang perlu kita sumbangkan..apalah sangat dengan sumbangan kewangan yang kita perlu berikan itu tapi fikirkanlah sumbangan kecil kita itu bakal dapat membantu negara kita ke arah kebaikkan...tiada apa yang dapat kita banggakan selain bangga dapat membantu memberikan sumbangan ikhlas secara sukarela ini untuk membantu negara kita yang tercinta ini...

Ingat semasa Negara kita ingin mencapai kemerdekaan dulu, bagaimana rakyat membantu Tengku Abdul Rahman yang tiada sumber kewangan untuk beliau berangkat ke London...rakyat jugalah yang dengan sukarela membantu memberi segala apa yang ada agar dapat membantu Tengku Abdul Rahman berangkat ke London untuk berbincang bagi mendapat persetujuan kemerdekaan segera untuk negara kita...

Pada semua rakyat Malaysia yang ingin menderma dan memberikan sumbangan secara sukarela bolehlah disalurkan kepada AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA ( cek) dan JABATAN AKAUNTAN NEGARA(online) melalui akaun:
MAYBANK 5660 1062 6452

Jangan merungut tentang sumbangan kecil kita untuk negara tapi fikirkanlah sumbangan kecil kita itu mampu membantu negara..

p/s jadilah seorang rakyat yang prihatin pada negara...

30 May 2018

BAWA HUBBY KE KLINIK

May 30, 2018 4 Comments

ASSALAMUALAIKUM...
Bawa Hubby Ke Klinik | Hari ni bawa hubby ke klinik untuk check up sakit allegiknya...mula-mula sikit jer rasa gatal-gatalnya tapi kelamaan dah rasa tak tahan pulak...rasanya dah 2 kali hubby makan daging mesti dia akan kena allegik gatal-gatal macam ni...mungkin hubby dah tak boleh makan daging lagi ke...kenalah stop dulu makan daging kat rumah mama ni...Kalau ke klinik mesti part menunggu ni la yang peritnya...kalau ramai pesakit lagilah jenuh menunggu...nasib baik hubby dapat awal nombornya...sakit ni tak kira bulan puasa ke atau bulan biasa mesti ada jer yang sakit..sakit ni memang tak kira masa atau bulan puasa, pasti ada jer ramai yang sakitnya...

Dapat juga ubat untuk menghilangkan sakit allegik ni...mudah-mudahan selepas makan ubat masa berbuka nanti bolehlah berkurangan sakitnya...In sha Allah...

p/s sakit penghapus dosa-dosa kecil kita....

DOA HARIAN RAMADAN HARI KE 14

May 30, 2018 4 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

DOA HARIAN RAMADAN
DOA HARI KE 14
YAA ALLAH ! 
JANGANLAH ENGKAU HUKUM AKU,KERANA
KEKELIRUAN YANG KU LAKUKAN.
DAN AMPUNILAH AKU DARI KESALAHAN-KESALAHAN DAN KEBODOHAN.
JANGANLAH ENGKAU JADIKAN DIRIKU SEBAGAI SASARAN BALA' 
DAN MALA PETAKA DENGAN KEMULIAAN MU
WAHAI KEMULIAN KAUM MUSLIMIN.

29 May 2018

RESIPI SPAGHETTI BOLOGNESE ALA MELAYU

May 29, 2018 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Resipi Spaghetti Bolognese Ala Melayu | Dah nama pun tekak orang melayu masak makanan western pun nak ada sedikit campuran cilinya...kita yang buat dia, ikut suka kita la nak letak apa janji sedap dimakan dan semua keluarga suka menikmatinya...mama kalau masak sos spaghetti ni mesti nak campur cili juga kalau tak memang tak boleh nak makan...jadi pada korang yang suka makan spaghetti ni dan nak mencuba resepi spaghetti ala melayu ni bolehlah mencubanya yer...mana tahu akan rasai sendiri perbezaannya....jomlah kita tengok resepi spaghetti bolognese ala melayu dari mama ni yer...
Macam biasalah sediakan bahan-bahan yang diperlukan Spaghetti, sos bolognese,bawang holland,cendawan,cili kisar,daging kisar/hancur,daun bay,garam dan serbuk perasa.
Tumiskan bawang holland yang telah dipotong-potong dadu..biarkan garing sebentar selepas tu tumiskan cili kisar pula..biarkan sehingga cili tu garing...setelah garing masukkan sos bolognese dan daging kisar ke dalamnya...gaulkan sehingga rata dan biarkan masak sebentar...
Setelah itu masukkan cendawan butang yang telah dipotong,daun bay, garam dan serbuk perasa kedalam sos spaghetti tadi...biarkan sebentar sehingga sos kering sedikit...Setelah sos kering sedikit bolehlah di tutup apinya..
Sementara tu kita rebus mee spaghettinya pula..letakkan sedikit minyak zaitun...kalau tak ada minyak zaitun boleh guna minyak masak biasa jer untuk mengelakkan spaghetti tu dari melekat...rebus sehingga mee spaghetti kembang dan kemudian toskan airnya...
Spaghetti bolognese siap untuk dihidangkan...pada korang yang suka cheese bolehlah taburkan hirisan cheese diatas spaghetti tadi...okay korang selamat mencuba yer..

Resepi berkaitan klik link bawah ni :


p/s dah hari ke 13 kita berpuasa...

DIY SUSUN ATUR SEMULA DAPUR KECIK TANPA KC

May 29, 2018 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Diy Susun Atur Semula Dapur Kecik Mama | Dah semakin nak raya ni macam-macam nak diubahsuai bukan apa atleast adalah perubahan sedikit untuk raya tak seperti hari yang biasa...mama ni memang tak habis dengan ubah suainya jer...tiada yang menarik pun kat bahagian dapur mama ni sebab dapur yang kecik ni hanya boleh diubah sedikit saja sebab ruang dapur mama ni kecik dan terhad...kalau ramai-ramai berada di dapur mama ni mula bergesel bahu la jawabnya...jadi buatlah mana yang mampu jer..
Rasa macam dah jemu dengan susunan yang lama ni...jadi buatlah sedikit pertukaran tempat letak susunan barangan yang ada di ruangan dapur mama ni...
Tu dia bila dah diangkat berlambak semua barangan sebelum disusun semula...bila dah punggah semuanya nak susun balik memang kena amibil masa sikit nak susun satu persatu semula...inilah dia kalau dapur tak ada kc...susun jer la kat mana yang dirasakan okay...
Dah alihkan susunan ke sebelah sini akhirnya...inilah kerja grandma yang asyik dok alih mengalih perabot yang ada di dapur ni...itupun kalau rajin sangat nak mengalih tapi kalau datangnya penyakit M memang biarkan jer la...

Okaylah dah siap alihkan mana yang perlu janji berubah tempatnya...dapur orang lama jadi susunan pun ikut cara orang lama juga la...janji mata sendiri sedap memandangnya..mana yang kurang ubah jer la sikit-sikit...

p/s bersyukur dengan apa yang ada..

BERIFTAR DI GRAND BLUE WAVE HOTEL

May 29, 2018 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Beriftar Di Grand Blue Wave | Sabtu lepas puasa hari ke10 mama dan hubby menghadiri majlis berbuka puasa bersama staff company Gemilang Zamrud Sdn Bhd di Grand Blue Wave Hotel...cuti masaklah mama hari tu tapi anak kat rumah tetap memasak untuk menu berbuka puasa di rumah...sesekali dapat berifftar di luar memang seronok juga tapi kalau dapat bawa anak-anak lagilah seronoknya..
Sebelum waktu berbuka hubby dah ready ambil makanan...semua makanan ada disediakan, tu yang tak tahu nak ambil yang mana dulu...ambil mana yang rasa menarik..
Sementara menunggu waktu azan berbuka sempat juga kami berwefie sekejap...Kalau dah makan nanti memang dah tak ada masa nak snap gambar...first time hubby pakai baju kurta moden dari KACAX tempohari, dah tak boleh tunggu raya pun..
Table yang disediakan untuk staff Gemilang Zamrud...
Menu berbuka mama pada hari tu...nasi putih, butter prawn, sotong goreng kunyit,salad dan ulam..
Menu untuk hubby berbuka...nasi putih, pucuk ubi masak lemak,sotong goreng kunyit dan paru goreng Berempah..
Butter Prawn...
Rojak petis...
Dessert yang sedap sekali...
Menu berbuka pada hari ke 10 Ramadan tempohari...

p/s sekejap je dah hari ke 13 berpuasa...

DOA HARIAN RAMADAN HARI KE 13

May 29, 2018 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

DOA HARIAN RAMADAN
DOA HARI KE 13
YAA ALLAH !
SUCIKANLAH DIRIKU DARI KEKOTORAN DAN KEJELEKAN.
BERILAH KESABARAN PADAKU UNTUK MENERIMA SEGALA KETENTUAN.
DAN BERILAH KEMAMPUAN KEPADAKU UNTUK BERTAQWA,
DAN BERGAUL DENGAN ORANG-ORANG YANG BAIK DENGAN BANTUAN MU,
WAHAI DAMBAAN ORANG-ORANG MISKIN.


28 May 2018

WOWSHOP | SHOPPING ONLINE DI WOWSHOP

May 28, 2018 6 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Shopping Online di WowShop | Bila bab shopping online ni memang seronok jer kan...klik sana klik sini dah siap, tunggu barang sampai depan rumah jee...aduh!! Parah kalau kaki tengok tv ni,buka jer dah terpandang barang yang kita suka memang dah tak leh alih cannel lain selagi tak habis...kali ni mama terbeli la bendalah ni...nampak macam mudah sangat tu yang beli juga la lagi pun blander cili kat rumah ni dah mula nak buat hal nampaknya...jadi bila nampak kat wow shop ni tu yang terasa nak mencubanya....
Dah sampai pun barangan yang telah mama order kat WowShop ni...
Europlus Food Chopper...memang banyak kegunaannya boleh blander cili,bawang,kisar daging,buat ais blanded,buat air batu campur dan macam-macam lagi dengan Europlus Food Chopper ni....nak cuba semuanya nanti...
Bila mama order Europlus Food Chopper ni ada hadiah sampingan diberikan...5 bekas mangkuk stainless stell dan satu spatula..
Puas hati bila menggunakan Europlus Food Choppee ini sebab ianya lebih mudah...nak chopper cili tanpa air pun boleh dilakukan...biasanya kalau kita nak buat rencah nasi goreng guna blander biasa terpaksa kena letak air tapi dengan Europlus tak perlu terus jer blanderkan rencah tersebut...lebih mudah sangat menggunakannya...kalau korang teringin nak membelinya boleh jer ke laman web WowShop dan order jer terus...harga jualannya hanya RM139 sahaja..

p/s semuanya nak mudah dan ringkas jer...

DOA RAMADAN HARI KE 12

May 28, 2018 2 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

DOA HARIAN RAMADAN
DOA HARI KE 12
YAA ALLAH !
HIASILAH DIRIKU DENGAN PENUTUP DAN KESUCIAN.
TUTUPILAH DIRIKU DENGAN PAKAIAN QAN'AH DAN KERELAAN.
TEMPATKANLAH AKU DI ATAS JALAN KEADILAN DAN SIKAP TULUS.
AMANKANLAH DIRIKU DARI SETIAP YANG AKU TAKUTI DENGAN PENJAGAAN MU,
WAHAI PENJAGA ORANG-ORANG YANG TAKUT.