ASSALAMUALAIKUM...
Resipi Spaghetti Bolognese Ala Melayu | Dah nama pun tekak orang melayu masak makanan western pun nak ada sedikit campuran cilinya...kita yang buat dia, ikut suka kita la nak letak apa janji sedap dimakan dan semua keluarga suka menikmatinya...mama kalau masak sos spaghetti ni mesti nak campur cili juga kalau tak memang tak boleh nak makan...jadi pada korang yang suka makan spaghetti ni dan nak mencuba resepi spaghetti ala melayu ni bolehlah mencubanya yer...mana tahu akan rasai sendiri perbezaannya....jomlah kita tengok resepi spaghetti bolognese ala melayu dari mama ni yer...
Macam biasalah sediakan bahan-bahan yang diperlukan Spaghetti, sos bolognese,bawang holland,cendawan,cili kisar,daging kisar/hancur,daun bay,garam dan serbuk perasa.
Tumiskan bawang holland yang telah dipotong-potong dadu..biarkan garing sebentar selepas tu tumiskan cili kisar pula..biarkan sehingga cili tu garing...setelah garing masukkan sos bolognese dan daging kisar ke dalamnya...gaulkan sehingga rata dan biarkan masak sebentar...
Setelah itu masukkan cendawan butang yang telah dipotong,daun bay, garam dan serbuk perasa kedalam sos spaghetti tadi...biarkan sebentar sehingga sos kering sedikit...Setelah sos kering sedikit bolehlah di tutup apinya..
Sementara tu kita rebus mee spaghettinya pula..letakkan sedikit minyak zaitun...kalau tak ada minyak zaitun boleh guna minyak masak biasa jer untuk mengelakkan spaghetti tu dari melekat...rebus sehingga mee spaghetti kembang dan kemudian toskan airnya...
Spaghetti bolognese siap untuk dihidangkan...pada korang yang suka cheese bolehlah taburkan hirisan cheese diatas spaghetti tadi...okay korang selamat mencuba yer..
Resepi berkaitan klik link bawah ni :
p/s dah hari ke 13 kita berpuasa...
1 Comments
ui sedapnya. tapi suami saya tak berapa suka spageti
ReplyDeleteJanjiKita
Post a Comment