SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Rutin yang selalu dilakukan pada hari Sabtu adalah mencari bahan masakan di Tesco Bukit Indah...menu yang harus dimasak semalam adalah permintaan anak bongsu mama iaitu "Nasi Ayam" nak tengok resepinya nanti dulu yer hari ni mama nak cerita lain dulu...mama pun apa lagi meneruskan pencarian mencari bahan untuk nasi ayam itu semalam...

 mula-mula mama nak cerita kes anak mama yang sulung ni...bila dah ke tesco ni memang ada bermacam-macam offer untuk barangannya bila hujung minggu ! anak mama memang suka membelek dulu barangan apa yang menarik dan murah harganya...belek punya belek terpandanglah dia satu barang yang memang sudah lama diidamkannya...

selalunya bila nak beli ada saja halangannya tapi kali ini memang terus ambil jer memandangkan harganya yang begitu murah...3 tier periuk itu hanya Rm 29.90 sahaja ! memang murah sesangat...biasanya memang tak dapat dengan harga begitu...


inilah barangan yang baru diangkut dari pasaraya tesco semalam periuk kukus serbaguna...lain barang yang nak dicari lain pula yang dibelinya...lepas ni lagi rajinlah anak mama membuat kek kukusnya itu..puas hati anak mama kerana telah berjaya membawa pulang sebuah periuk kukus itu semalam...


 sampai saja di rumah ! menantu mamalah yang mula-mula telah merasmikan periuk kukus itu semalam...menu pertama beliau semalam adalah mengukus jagung menggunakan periuk kukus itu...memang senang dan mudah sekali menggunakannya...sedap juga dapat makan jagung kukus hasil tangan menantu sendiri yang membuatnya..