Assalamualaikum...
Dari semalam hubby mama dah asyik sakit perut jer...kat opis pun asyik keluar masuk jamban jer...rupa-rupanya hubby ada makan makanan di sebuah restoren yang kurang elok agaknya...nak sangat makan lauk sambal petai di kedai tu katanya...tapi bila makan rasanya pun dah macam nak basi nasib baik hubby tak habis memakannya...kalau tidak mungkin lagi teruk la jadinya..
Pagi ni memang tak boleh jadi terus bawa hubby ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan...bila sampai giliran doktor check keadaan badan hubby lemah oleh itu doktor nasihatkan supaya masukkan air dahulu...terpaksalah mama menunggu sejam 2 untuk menghabiskan 1 tabung air garam tu kot...sementara nak menunggu air tu habis hubby boleh lena sekejap kat situ...
Alhamdullilah nampaknya beransur berkurangan sakit perut dan demam hubby mama tu...doktor dah bagi ubat dan MC supaya hubby dapat berehat saja di rumah...memang bahaya sekarang ni kalau hendak makan di restoren atau di kedai makan yang kurang elok tahap kebersihannya....oleh itu kawan-kawan kenalah kita berhati-hati bila kita hendak menjamu selera di luar tu...kena jadi seorang yang memilih kedai dan keadaan suasananya...pilihlah kedai yang bersih dari semua seginya yer...
p/s kesihatan perlu dijaga...
10 Comments
Payah juga skrg ni kan..nk cri kedai yang bersih senang cuma kualiti kebersihan bahan mentah tu xdpt nk pastikan..huhu
ReplyDeletefarah memang cerewet kalau bab makan, tengok kedai jugak...
ReplyDeletesyafakillah mama....
ReplyDeleteSemoga hubby mama cepat swmbuh...amin..
ReplyDeletesalam mama,risau jugak macam tu...moga hubby mama cepat sembuh ye..
ReplyDeletebetul tu. kadang2 kita anggap cirit birit ni biasa, tapi kalau ia berlarutan, tu yang takut tu. huhu...
ReplyDeletebetul tu kak..sebab tu naniey suka masak..jarang sgt makan kat luar..sebab kita tak tahu cara org kedai tu masak..tak terjamin kebersihannya..
ReplyDeleteTake care, moga cepat sembuh..Amiin
ReplyDeletebahaya juga ni.... kenapa pandai pilih kedai makan lepas ni.. semoga cepat sembuh ya hubby mama tu..
ReplyDeletekadang2 kedai ni luaran nampak bersih je... kat belakang susah nak kata...
ReplyDeletePost a Comment