SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Hari ni masak lauk yang simple saja tapi sedap rasanya...bila pandang lauk ni teringat semasa duduk kampung dulu...arwah mak suka masak lauk ni siap ada sambal tumis ikan bilis atau sambal belacan dan ikan masin... memang seronok kalau makan ramai-ramai bersama nasi panas...wow memang orang cakap mak mentua lalu belakang pun tak sedar la...jom kita tengok resepinya...

Bahan-bahannya mudah dan senang didapati..
tempe,telur,soo hoon,bawang putih,ikan bilis,daun sop,bawang goreng,air,garam,serbuk perasa,daun kunyit dan sedikit minyak untuk menumis..

Cara memasaknya :
Rendam soo hoon biarkan..ambil bawang putih hiris dan ikan bilis tumiskan ke dalam periuk..dah garing sedikit masukkan air ke dalam periuk biarkan mendidih masukkan awal garam dan serbuk perasa secukup rasa...dah mendidih kecilkan api dapur dan pecahkan telur ke dalam kuah,biarkan telur tu masak...masukkan soo hoon,daun kunyit dan tempe ke dalam periuk biarkan sekejap...

Bila sudah siap bolehlah dihidangkan tabur daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasannya...hidangkan bersama nasi panas,sambal tumis/sambal belacan juga ikan masin...selamat mencuba hidangan yang cukup simple ini...